EFS RM 1,000 untuk anak baru lahir
Endowment Fund Sarawak ( EFS) adalah satu program oleh kerajaan Negeri Sarawak bagi membantu anak kelahiran Sarawak. Program ini dilancarkan pada perbentangan Bajet 2019 Sarawak. Diangarkan lebih 21,283 bayi kelahiran Sarawak akan mendapat feadah dari EFS. Bantuan ini adalah khas untuk Bapa ataupun Ibu Sarawak dan juga mereka yang telah berkahwin dengan pasangan dari negeri lain. Bantuan RM 1,000 sekali akan diberi kepada anak kelahiran Sarawak dimana wang ini akan dimasukan ke dalam Bank Islam dan anak itu hanya boleh mengeluarkan wang itu setelah mereka mencapai umur 18 tahun ataupun mereka meninggal dunia. Ini adalah umur apabila mereka melanjutkan pelajaran ke IPTA ataupun IPTS. Kadar Fedah 4.2% akan diberi oleh Bank Islam di satu bank akaun TDT-EFS istimewa. Ibu bapa kemudian boleh mengambil Sijil untuk akaun TDT-EFS dari Cawangan Bank Islam yang ditentukan. Permohonan EFS akan bermula pada 1 Mac 2019.
Pendaftaran boleh dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Negeri Sarawak. JPN kemudian akan menghantar borang kepada Bank Islam. Peruntukan sebanyak RM 40 juta akan diberi untuk program EFS.
Syarat kelayakan
- Kedua Ibu Bapa adalah Warganegara Malaysia
- Anak kelahiran Sarawak atau luar Sarawak
- Kedua dua atau salah seorang Ibu bapa mempunyai status kad pengenalana K
- Pendaftaran hendak dibuat semasa tahun pertama kelahiran