eKasih
E-KASIH
Satu sistem pangkalan data peringkat nasional telah diwujudkan bagi mengumpul serta merekod maklumat berkaitan keluarga miskin dan dikenali sebagai sistem eKasih. Sistem ini diwujudkan bertujuan untuk membantu merancang, melaksana serta memantau program kemiskinan. Sistem ini diwujudkan setelah mendapat persetujuan dan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah diadakan pada 31 Oktober 2007 dan juga Mesyuarat Menteri besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Program ini diwujudkan untuk membasmi gologan miskin tegar.
Sistem ini telah dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan telah mula diguna pakai pada Jun 2008. Ia merupakan sistem pangkalan data yang mengandungi pelbagai maklumat seperti profil peribadi individu, senarai program atau bantuan yang telah diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan juga Ahli Isi Rumah (AIR), pemantauan keberkesanan program atau bantuan yang diterima. Maklumat asas individu yang dimasukkan ke dalam sistem ini adalah seperti maklumat peribadi, lokasi tempat tinggal, Pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, pendapatan bulanan serta bantuan, pemilikan harta serta tahap kesihatan individu. Maklumat yang dimasukkan dalam sistem ini adalah berdasarkan Bancian Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM ini merupakan program bancian yang diadakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di mana hasil bancian telah diserahkan kepada pihak ICU JPM sebagai input sistem ekasih.
CIRI-CIRI UTAMA eKASIH:
1.Semakan status kemiskinan boleh dibuat secara online
2.Maklumat bantuan mudah diselaraskan
3.Maklumat kemiskinan boleh dikemaskini secara online
4.Pengiraan Status Kemiskinan (miskin / tegar) dapat dilakukan secara automatik berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
5.Laporan dan statistik kemiskinan dapat dijana dengan mudah
6. Boleh membuat pemantauan kemiskinan masyarakat dan poverty mapping
Antara modul yang terdapat dalam eKasih adalahseperti Pendaftaran, Modul Semakan, Kemaskini, Pangkalan Ilmu, Laporan, Sokongan, Pemakluman Kemiskinan.
Pendaftaran Ekasih secara online
Cara untuk mendaftar portal eKasih. Pendaftaran boleh dilakukan secara online dengan melayari laman web rasmi eKasih iaitu dengan link di atas
Pendaftaran secara manual
Pendaftaran secara manual juga boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Daerah dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.
Kelayakan
Pejabat daerah kemudian akan menghantar pegawai untuk membuat siasatan di tempat kediaman pemohon samaada mereka layak untuk mendapat status eKasih.
Semakan untuk pendaftaran dalam eKASIH
Maklumat pemohon seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat emel atau alamat tempat tinggal terkini diperlukan semasa membuat semakan pendaftaran. Semakan boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Wilayah Persekutuan atau ICU JPM.
ICU JPM menggunakan dua kaedah tatacara pendaftaran iaitu pendaftaran terperinci dan juga pendaftaran terbuka. Bagi pendaftaran terbuka, pemohon yang terdiri daripada orang miskin atau wakilnya boleh mendaftarkan diri dalam system eKasih melalui laman web di atas
Kewujudan bank data eKasih bukanlah untuk memberi sebarang bantuan. Namun, ia telah dibangunkan untuk mengumpulkan maklumat berkenaan keluarga miskin dan menjadi bank data kepada agensi yang ingin membuat sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Agensi yang ingin membantu akan mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu terhadap keluarga miskin yang memerlukan bantuan supaya bantuan yang disalurkan dapat disalurkan kepada keluarga yang benar – benar layak menerima bantuan. Walaubagaimanapun, sekiranya Ketua Isi Rumah ingin memohon bantuan, perlu memohon bantuan terhadap agensi yang sememangnya telah dipertanggungjawabkan.
KAD IDENTITI eKASIH
Sistem eKasih yang diwujudkan ini turut menyediakan kad identity eKasih yang boleh dimohon melalui PPN bagi agensi di dalam negeri, manakala bagi agensi di kawasan Wilayah Persekutuan, kad tersebut boleh dimohon melalui ICU JPM.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan orang miskin perlu memanfaatkan system eKasih yang telah diwujudkan ini bagi membasmi kemiskinan rakyat dari terus bercambah.