ePANGKAT
Sistem e-Pangkat merupakan satu sistem online yang dibina untuk memudahkan proses kenaikan pangkat serta meminimumkan kesilapan dalam pengurusan kenaikan pangkat bagi kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sistem ini telah diperkenalkan sejak 21 Ogos 2018 bertujuan untuk mengatasi masalah dalam pengurusan pangkat di mana terdapat kelewatan memproses maklumat bagi kenaikan pangkat kerana maklumat yang disimpan secara manual adalah tidak tepat, tidak lengkap, tidak teratur, tidak kemaskini, dan tidak sistematik.
Sistem e-Pangkat ini juga dilihat dapat menstrukturkan kembali maklumat yang tidak lengkap dan tidak tepat dengan lebih mudah dan proses kenaikan pangkat akan lebih mudah diuruskan. Sistem ini juga bertujuan untuk mengautomasikan kesemua urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, pertukaran jawatan serta penempatan supaya ianya lebih sistematik dan mudah untuk dicapai semula. Ia juga membolehkan segala urusan kenaikan pangkat dilaksanakan dalam tempoh masa yang sepatutnya. Antara maklumat yang akan disimpan di dalam e-Pangkat ialah:
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Akademik***
- Maklumat Pengisytiharan Harta***
- Maklumat Pengalaman Kerja***
- Maklumat PTK
- Maklumat Prestasi***
- Maklumat Peminjam Tegar
- Maklumat Prestasi Khas***
- Maklumat Perkhidmatan***
- – AKS
- – CUTI
- – PPPLD/ PPPS
- Maklumat Keutuhan SPRM
- Penilaian Bagi Laluan Cemerlang
- Maklumat Tindakan***
- – Tempoh Cubaan Berdenda
- – Tatatertib
- Hanya yang bertanda *** sahaja perlu dikemaskini oleh Ketua Jabatan
LANGKAH – LANGKAH PENDAFTARAN PENGGUNA
- Klik portal berikut https://epangkat.moe.gov.my/firsttimelogin.php dan masukkan maklumat yang dikehendaki seperti nombor kad pengenalan, kata laluan, alamat emel dan tempat bertugas.
- Bagi pemilihan tempat bertugas, anda perlu memilih salah satu kategori berikut:
- Sekolah : Bagi yang berkhidmat di sekolah
- PPD : Bagi yang berkhidmat di PPD
- JPN : Bagi yang berkhidmat di JPN
- Bahagian : Bagi yang berkhidmat di bahagian – bahagian di KPM, tidak termasuk IAB, KM, IPG
IAB : Bagi yang berkhidmat di IAB
- Kolej Matrikulasi : Bagi yang berkhidmat di Kolej Matrikulasi
- Institut Pendidikan Guru : Bagi yang berkhidmat di IPG
- Kemudian, klik Hantar.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan sistem ini, ajukan pertanyakan anda kepada alamat berikut:
- Cawangan Naik Pangkat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
- No Telefon : 03-8884 7963 / 7863 / 7816
- Email : cnp@moe.gov.my
CARA PENGISIAN MARKAH DALAM SISTEM e-PANGKAT
- Masuk ke portal http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php dan log masuk ke akaun peribadi samada Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian dan patuhi langkah keselamatan akaun bagi mengelakkan sebarang ketirisan maklumat.
- Setelah berjaya log masuk ke akaun anda, sila pilih samada Modul Guru Besar / Pengetua / Ketua Bahagian. Modul ini bertujuan untuk membuat pengesahan permohonan yang hanya boleh dilakukan oleh samada Guru Besar / Pengetua / Ketua Bahagian. Pegawai – pegawai ini akan bertanggungjawab untuk memperaku serta membuat pengesahan bagi setiap butiran maklumat yang telah diisi oleh pemohon adalah sah dan betul sebelum tarikh tutup iklan di peringkat ini.
- Klik Senarai Iklan Time-Based
- Klik Carian Iklan. Pilih tahun semasa dan pada item Pilihan, klik ‘Belum Ditutup’ dan kemudian klik Cari.
- Paparan iklan akan terpapar di skrin. Pastikan iklan Time-Based tersebut mempunyai item berikut :
- Tarikh Mula – iaitu tarikh iklan dibuka bagi urusan kenaikan pangkat secara Time-Based
- Tarikh Tutup Ketua Jabatan – iaitu tarikh terakhir bagi Ketua Jabatan boleh membuat perakuan bagi pegawai bawahan beliau bagi urusan kenaikan pangkat secara Time-Based. Kegagalan Ketua Jabatan berbuat demikian boleh menjejaskan urusan kenaikan pangkat pegawai bawahan beliau.
- Pilih salah satu iklan tersebut. Sekiranya terdapat pegawai yang berada di bawah Ketua Jabatan layak serta memenuhi syarat, nama beliau akan dipaparkan.
- Klik butang Kemaskini.
- Pilih samada perakuan pegawai kenaikan pangkat secara Time-Based Berdasarkan Kecemerlangan (TBBK) disahkan atau tidak.
- Masukkan ulasan berhubung perakuan kenaikan pangkat beliau. Sila maklum bahawa ulasan wajib diisi.
- Klik butang Hantar
- Klik butang Kembali sekiranya ingin membatalkan proses. Sekiranya anda membatalkan proses, sebarang maklumat yang telah dimasukkan tidak akan disimpan di dalam sistem.
- Masukkan markah Penilaian Tahap Kecemerlangan (KC) diruang Markah Penilaian KC. Setelah masukkan markah, klik butang Kemaskini.
- Ulang proses yang sama sekiranya terdapat pegawai lain yang layak.
- Maklumat yang telah dikemaskini akan dihantar oleh Ketua Jabatan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian secara automatic setelah iklan tamat.
Sistem ePangkat ini diharap dapat memudahkan segala urusan kenaikan pangkat kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia dan mengelakkan berlakunya keciciran kenaikan pangkat di kalangan pegawai yang terlibat.