eToro Malaysia Review

Apakah eToro?

Jika anda berminat dengan pelaburan, pastinya konsep eToro bukan sesuatu yang
asing bagi anda. eToro ialah sebuah platform pelaburan sosial dan berbilang aset
yang membolehkan pengguna berdagang dan melabur dalam pelbagai instrumen
kewangan seperti saham, mata wang kripto dan komoditi. Platform ini ditubuhkan
untuk mendemokrasikan perdagangan dan menjadikannya boleh diakses oleh orang
ramai, termasuk pelabur-pelabur baharu yang mungkin tidak mempunyai latar
belakang pelaburan sosial yang mendalam. eToro telah hadir dalam dunia
perdagangan dan pelaburan dalam talian sebagai platform terkemuka, menawarkan
ciri-ciri inovatif yang menggabungkan rangkaian sosial dan perdagangan kewangan.
eToro Malaysia

Sebagai sebahagian daripada jangkauan globalnya, eToro juga telah menjadikan
kehadirannya dirasai di Malaysia yang membolehkan pelabur dan peniaga Malaysia
menyertai pasaran kewangan global dengan mudah. Boleh diakses melalui iOS dan
Android, eToro terbukti merupakan platform yang mesa pengguna dek kerana
kemudahan untuk diakses ini. eToro beroperasi secara sah di rantau Asia Pasifik,
termasuk Malaysia di bawah Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC).
Walaupun pelaburan melalui platform eToro di Malaysia adalah sah sepenuhnya,
namun, pelabur harus menyedari bahawa eToro tidak mempunyai lesen di bawah
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini bermaksud, jika ada sesuatu yang buruk berlaku,
pengguna berkemungkinan besar tidak akan dilindungi di bawah undang-undang
Malaysia. Sebaliknya, pengguna perlu mendapatkan bantuan di bawah
undang-undang Australia. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membaca terma syarat
pengguna sebelum mendaftar akaun eToro.
Mengapa pilih eToro?

1. Platform pelbagai aset

Pengguna boleh mengakses lebih daripada 3,000 aset kewangan yang
berbeza iaitu saham, mata wang kripto, ETF, indeks, mata wang dan komoditi
yang boleh dilaburkan dengan atau tanpa leverage.

2. Yuran dan komisen yang rendah

eToro menawarkan komisen 0% dan tidak mengenakan apa-apa caj apabila
anda ingin mencipta akaun atau membeli aset tertentu. Namun, ada beberapa
yuran eToro yang merangkumi caj pengeluaran dan kos penukaran mata
wang.

3. Perdagangan sosial

eToro ialah komuniti pedagang dan pelabur terbesar di dunia, berjumlah lebih
30 juta pengguna dari lebih 100 negara yang membolehkan peniaga dan
pelabur berinteraksi, berkongsi idea, strategi perdagangan, malah membuat
kawan baharu.

4. Melindungi dana dan maklumat peribadi

Setiap dana yang didepositkan oleh pelanggan akan disimpan dalam akaun
berasingan yang akan memastikan dana itu selamat. eToro juga
menggunakan piawaian tertinggi untuk melindungi dana dan maklumat
peribadi pelanggannya.

eToro membolehkan pengguna dari seluruh dunia, termasuk Malaysia, untuk
berdagang pelbagai aset kewangan dan mengambil bahagian dalam perdagangan
sosial. Dengan konsep unik perdagangan sosialnya, eToro memberikan peluang
kepada pelabur untuk belajar dari pedagang berpengalaman dan meningkatkan
kefahaman mereka tentang pasaran kewangan global.