Game Untuk Family Day

Cuti sekolah bakal tiba. Pasti ramai yang telah membuat rancangan untuk bercuti dan menghabiskan masa berkualiti bersama yang tersayang. Banyak tempat – tempat menarik yang boleh menjadi pilihan untuk bercuti. Jika bercuti bersama keluarga yang besar, boleh diselitkan dengan pelbagai aktviti permainan yang menyeronokkan. Jom kita tengok senarai permainan yang boleh dimainkan bersama semasa bercuti nanti.

 

Jersi berwarna untuk pasukan yang berbeza

https://shope.ee/1AtsYx1rW8

 

 

Imbang Bola dengan Tali

Game ini memerlukan kordinasi dah sesuai dimain oleh dewasa mahupun kanak-kanan. Setiap pasukan akan mengimbang bola ke dalam tong dengan tali. Pasukan yang mempunyai bola yang terbanyak akan menang

Peralatan : https://shope.ee/5V2rjEmUy3

 

 

Lipan Manusia

Setiap keluarga akan membentuk satu pasukan. Pasukan yang paling cepat masuk garisan penamat akan menang

Peralatan : Pengikat kaki lipan https://shope.ee/1VWixBagby

 

Lari Dalam Guni

Setiap pemain perlu berlari, melompat atau berjalan dalam keadaan kedua kaki berada dalam guni. Kebiasaannya ia dimainkan secara berkumpulan.

Peralatan : Kain guni  https://shope.ee/qGJd969RM

 

 

Tarik Guni

Setiap pertandingan memerlukan 2 pemain. Penarik dan yang ditarik. Mereka yang berjaya melepasi garisan penamat dulu akan menjadi pemenang.

Peralatan : Kain Guni 

 

Sumpit Ping Pong 


Bola ping pong diletakkan di atas botol / tin susu / tin biskut. Pemain perlu menyumpit bola ping pong tersebut sehingga jatuh menggunakan straw yang dimasukkan dengan biji kacang hijau. Masa yang diperuntukkan adalah 1 minit sahaja. Kumpulan yang banyak menjatuhkan bola ping pong adalah pemenang.

Peralatan : Bola ping pong, botol / tin susu / tin biskut,  kacang hijau dan straw 

https://shope.ee/6pXWnMFpWj

 

https://shope.ee/6UugP2wE0S

 

 

Kerusi Muzik (Music Chair)

Boleh dimainkan maksima 15 orang. Kerusi disusun dalam bentuk bulatan dan pemain perlu berjalan mengelilingi kerusi sebaik sahaja muzik dimainkan. Pemain perlu duduk di kerusi sebaik sahaja muzik dihentikan. Yang gagal mendapat kerusi akan dikeluarkan dari permainan.

Peralatan : Kerusi , Handphone ataupun radio untuk memainkan lagu

 

Boling Kelapa

Susun botol kaca seperti susunan pin boling. Sebiji kelapa akan digunakan untuk menjatuhkan kesemua botol tersebut. Pemenang dikira apabila semua piramid pin berjaya dijatuhkan.

Peralatan : Botol plastik kosong dan buah kelapa tua atau mana-mana bola , buah yang boleh dibuang

 

Watermelon Monsters

Pemain akan duduk di kerusi yang dihadapannya diletakkan sepotong tembikai di atas meja. Ia perlu dimakan sehingga habis tanpa menggunakan tangan.

Peralatan : Tembikai, meja dan kerusi

 

Ping Pong Dalam Sudu

Letakkan bola ping pong di atas sudu, imbangkan sudu dan jalan ke garisan penamat (permainan individu) atau serahkan kepada ahli kumpulan sehingga pemain terakhir (berkumpulan) berjalan ke garisan penamat.

Peralatan : Sudu dan bola ping pong

 

 

Flip Sudu Masuk Dalam Besen

Sebatang sudu akan diletakkan dengan jarak 30cm dari besen. Sudu tersebut perlu diflip hingga masuk ke dalam besen. 2 kali percubaan sahaja dibenarkan dan kumpulan yang paling banyak memasukkan sudu ke dalam besen dikira menang. Setiap pemain dibenarkan percubaan dua kali sahaja.

Peralatan : Besen dan sudu 

 

Cookies Face 

Sekeping biskut akan diletakkan di atas muka pemain dan pemain perlu mendongakkan kepala sambil tangan ke belakang. Biskut tersebut perlu digerakkan menggunakan pipi sehingga ia berjaya masuk ke dalam mulut. Sekiranya biskut tersebut jatuh, pemain perlu main semula. Pemain paling pantas dikira pemenang.


Peralatan : Biskut dan alas plastik

 

Imbangkan Cawan Berisi Air

Isikan air sehingga suku cawan dan pemain perlu berjalan ke arah garisan penamat. Cawan berisi air mestilah kekal di atas kepala tanpa dipegang oleh pemain.  

Peralatan : Cawan dan air

 

Gula – Gula Dalam Tepung

Setiap pemain perlu mencari gula – gula yang disorok dalam sepiring tepung tanpa menggunakan tangan. Kumpulan yang memperolehi gula – gula terbanyak akan menjadi juara permainan ini.

Peralatan : Piring, tepung, gula – gula dan meja

 

Bergerak Dengan Batu Bata

Permainan ini memerlukan dua biji batu bata sebagai alat utama. Pemain perlu berjalan ke garisan penamat sambil memijak di atas kedua batu bata tersebut dengan strategi tersendiri.

Peralatan : 2 biji batu bata

 

Isi Air Dalam Botol

Isi air menggunakan span ke dalam botol yang disediakan. Air diperolehi dari dalam baldi yang diletakkan di hadapan pemain. Botol berisi air yang banyak dikira pemenang.

Peralatan : Span, botol air dan baldi 

 

Bola Dan Gelung Hula Hoop 

Pemain perlu menggolekkan bola menggunakan gelung hula hoop mengelilingi kon, kemudian kembali ke garisan mula dan diteruskan oleh pemain seterusnya.

Peralatan : Gelung hula, bole dan bola

 

 

 

Radio Rosak

Permainan ini boleh dimainkan maksima 10 orang dengan keadaan masing – masing berada dalam satu barisan. Orang yang terakhir dalam barisan akan menyampaikan mesej kepada pemain di hadapannya tanpa menggunakan suara dan hanya menggunakan bahasa isyarat. Seterusnya mesej itu akan disampaikan sehingga kepada pemain pertama dalam barisan. Pemain pertama akan menterjemahkan mesej yang diterima dan sekiranya mesej yang disampaikan adalah betul, maka kumpulan tersebut akan menjadi pemenang.

 

Teka Ayat / Benda

Boleh dimainkan secara berkumpulan. Kumpulan yang banyak teka dengan betul dikira sebagai pemenang. Seorang pemain akan ditunjukkan beberapa keping gambar dan perlu melakonkan gaya serta gerakan kepada ahli kumpulan untuk meneka. Kumpulan yang banyak meneka dengan betul dikira pemenang.

Peralatan : Kertas atau kad keras dan pen marker

 

Dart Belon

Beberapa biji belon yang ditiup akan dilekatkan pada dinding. Terdapat belon yang berisi konfeti dan tanpa konfeti. Pemain perlu membaling dart ke arah belon sehingga pecah namun belon yang menjadi sasaran adalah belon yang berisi konfeti. Kumpulan yang berjaya memecahkan belon berisi konfeti akan menjadi pemenang.

Peralatan : Belon dan konfeti

 

Ping Pong Dalam Kotak Telur

Kotak telur akan diwarnakan dengan beberapa warna di tempat yang berlainan. Pemain perlu melontarkan bola ping pong ke kotak telur tersebut. Kawasan yang berwarna mewakili markah berbeza. Setelah kesemua bola ping pong dilontarkan, kira jumlah markah yang diperolehi.

Peralatan : 3 kotak telur, 12 biji bola ping pong dan pewarna

 

Belon Air

Permainan dimainkan secara berkumpulan dan setiap kumpulan akan berdiri dalam satu barisan. Kedudukan setiap pemain perlu dijarakkan. Isi belon dengan air. Pemain yang berada di hadapan sekali perlu memindahkan belon tersebut ke pemain di belakangnya dengan membaling belon tersebut dan ianya perlu disambut dengan selamat. Sekiranya belon tersebut pecah, kumpulan tersebut dikira telah kalah.

Peralatan : Belon dan air 

 

Apit Bola

Permainan ini dilakukan dalam kumpulan. Setiap pemain perlu mengepit bola menggunakan kedua belah kaki dan bawa bola tersebut mengelilingi kon sebelum menyerahkannya kepada pemain seterusnya. Bola tersebut tidak boleh jatuh dan jika bola tersebut jatuh pemain perlu berada di tempat permulaan semula. Kumpulan yang pertama berjaya menamatkan permainan adalah pemenang.

 

Peralatan : Bola dan kon

 

Tarik Upih

Seorang pemain perlu duduk di atas daun upih, manakala seorang lagi perlu menarik daun tersebut sehingga ke garisan penamat. Juara dikira siapa yang tiba dahulu di garisan penamat.

Peralatan : Daun upih

 

Buah Gantung

Beberapa biji buah akan diikat pada paras bibir pemain. Setiap pemain perlu memakan buah tersebut tanpa memegangnya dengan kedua tangan dilipatkan ke belakang. Pemain yang berjaya menghabiskan buah tersebut paling awal akan menjadi juara.

 

Peralatan : Buah dan tali

 

Tiup Bola Ping Pong

Pemain perlu meniup bola ping pong sehingga ia berjaya masuk ke dalam cawan plastik yang diletakkan di hujung meja. Yang berjaya memasukkan bola tersebut paling awal adalah pemenang.

 

Peralatan : Bola ping pong, meja dan cawan

https://shope.ee/6pXWnMFpWj

 

https://shope.ee/6UugP2wE0S

 

Inilah antara senarai permainan yang boleh anda cuba bersama seisi keluarga. Pastinya ia sangat menyeronokkan tatkala melihat telatah masing – masing untuk memenangi pertandingan tersebut. Yang penting enjoy!