Geran Sepadan SSPN

Geran Sepadan: RM500 Diberikan Percuma Untuk Kanak-Kanak Berumur 7 Hingga 12 Tahun

Semasa pembentangan Bajet 2018, mantan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah membuat pengumuman bahawa sebanyak RM 250 juta akan disediakan buat 500,000 pencarum terawal Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang berumur 7 hingga 12 tahun. Skim ini juga telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSPN1M). Ibu bapa atau penjaga yang telah membuat simpanan di dalam SSPN1M sebanyak RM 500 mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 bagi anak yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun adalah layak menerima Insentif Khas Geran Sepadan secara percuma bernilai RM 500. Walau bagaimana pun, geran ini hanya boleh dikeluarkan setelah penerima manfaat berumur 18 tahun sahaja.

 

Insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan ini adalah sebagai pemangkin serta motivasi kepada para ibu bapa atau penjaga untuk lebih konsisten dan berdisiplin dalam menabung untuk masa hadapan anak – anak mereka. Malah, ia turut memupuk budaya menabung wang lebihan belanja harian yang diterima oleh pelajar setiap hari. Bagi ibu bapa yang telah membuka akaun SSPN1M untuk anak – anak, mereka tidak perlu memohon untuk mendapatkan insentif ini. Mereka hanya perlu membuat simpanan di dalam akaun sekurang – kurangnya RM 500 dalam tahun 2018 bagi melayakkan mereka menikmati insentif yang diperkenalkan ini.

 

Syarat – Syarat Pemberian Insentif Geran Sepadan

  • Anda boleh membuka akaun SSPN1M atau membuat penambahan simpanan secara online dengan hanya melayari laman web PTPTN, kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen yang dilantik secara sah.
  • Bagi melayakkan pemohon menerima insentif ini, pemohon perlu membuat simpanan sekurang – kurangnya RM 500 pada tahun 2018.
  • Insentif tidak boleh dikeluarkan selagi penerima manfaat belum mencapai umur 18 tahun. Wang simpanan dalam akaun SSPN1M boleh dikeluarkan, dengan syarat baki minimum akaun mestilah sekurang – kurang RM 1,000 termasuk insentif RM 500.
  • Pendapatan bulanan keluarga mestilah tidak melebihi RM 4,000 sebulan

 

SSPN1M ini adalah pelan terbaik yang diperkenalkan oleh PTPTN, dijamin oleh kerajaan dan ianya patuh Syariah. Oleh itu, bagi penyimpan yang beragama Islam tidak perlu khuatir kerana produk yang diperkenalkan menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar. Skim yang sentiasa mendapat perhatian kerajaan ini menawarkan pelbagai insentif percuma yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Penabungan awal yang dipupuk sejak awal persekolahan adalah langkah positif sebagai penyediaan pendidikan di masa hadapan. 

Kelebihan SSPN1M

  • Simpanan di dalam akaun SSPN1M ini dilindungi oleh perlindungan takaful yang begitu murah dan komprehensif serta tidak membebankan ibu bapa.
  • Ibu bapa yang mengalami keilatan kekal atau berhadapan dengan kematian, pendidikan anak – anak yang ditinggalkan akan terjamin sekiranya akaun SSPN1M yang dimiliki mempunyai perlindungan takaful
  • SSPN1M menyediakan pelan simpanan terbaik dengan pelaburan yang begitu rendah dan tidak membebankan
  • Kadar dividen yang diberikan agak tinggi serta kompetitif berbanding institusi kewangan lain
  • Ibu bapa juga turut mendapat pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 12,000 setahun

Pemberian insentif ini dilihat dapat mengubah perspektif orang ramai terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) yang bukan sekadar pemberi pinjaman pendidikan sahaja. Namun, PTPTN juga sebagai penggalak bagi rakyat Malaysia membuat tabungan demi pendidikan anak – anak di masa hadapan. Ibu bapa perlu mengorak langkah dari awal supaya anak – anak mereka bebas hutang sebaik sahaja tamat pendidikan di peringkat yang lebih tinggi, malah dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya masing – masing. Anda yang ingin membuka akaun SSPN1M untuk anak – anak boleh terus layari laman web rasmi SSPN atau layari https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008716

Sebarang maklumat lanjut mengenai insentif ini boleh diperolehi dengan melayari laman web iaitu http://www.ptptn.gov.my/web/guest/sspn1m-gs500

atau menghubungi talian careline 03 – 2193 3000.