Halo Telco

Halo Telco

Mungkin ramai lagi tidak mengetahui kewujudan Halo Telco di pasaran Malaysia. Ia menawarkan panggilan tanpa had kepada semua rangkaian telco dengan liputan 4G pada harga yang berpatutan, berbaloi serta  memenuhi pelbagai jenis keperluan pengguna. Halo Telco juga menggunakan rangkaian Celcom yang turut diservis oleh Tunetalk.

 

Kelebihan Halo Telco

 

Liputan Internet Yang Meluas – Menggunakan Talian Celcom Halo Telco menggunakan liputan talian Celcom dan ia sudah semestinya mempunyai kawasan liputan yang agak meluas termasuklah di kawasan luar bandar dan pastinya tiada isu masalah talian internet.

 

Pelan Langganan Yang Menarik

Telco ini turut menawarkan pakej pelan langganan menarik yang boleh dipilih berdasarkan keperluan

 

Boleh Kekalkan Nombor Lama

Nombor lama boleh dikekalkan tanpa perlu menukar nombor baru

 

Menjana Pendapatan 

Pengguna telco ini berpeluang menjana pendapatan pasif iaitu komisen tunai sebanyak 10% sekiranya ahli keluarga dan rakan menggunakan Halo Telco (agen Halo telco)

Mata Ganjaran

Hanya kumpul mata ganjaran dan boleh tebus pelbagai hadiah menarik dengan AirAsia, Goodies dan sebagainya

 

Khairat Kematian

Terdapat bantuan khas kepada pengguna serta rakan niaga bernilai sehingga RM 1200

 

Guna Sambil Beramal

Nilai langganan anda akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui Halo Prihatin

Perlindungan Insuran Takaful

Perlindungan insuran takaful untuk kemalangan yang melibatkan kematian atau kecacatan fizikal kekal

 

Tempoh Sah Nombor Sehingga Setahun

Nombor telefon boleh dikekalkan sehingga setahun penggunaan 

 

Pelan Panggilan Halo Telco

Terdapat beberapa pelan panggilan ditawarkan oleh Halo Telco iaitu seperti berikut :

       

Plan TuneUnl

  • Hanya RM 48 sebulan
  • Pelan panggilan percuma untuk semua rangkaian
  • Pelan data tanpa had 6mbps (boleh digunakan pada bila-bila masa)
  • 5GB Hotspot
  • Manfaat khairat kematian sehingga RM 800 bagi pengguna plan ini dengan tempoh matang selama 6 bulan

 

Plan Hi-35

  • Hanya RM 35 sebulan
  • Pelan panggilan percuma untuk semua rangkaian
  • Data 30GB + 5GB High Speed (boleh digunakan pada bila-bila masa)
  • Semua data 35GB boleh dikongsi bersama pengguna lain
  • Manfaat khairat kematian sehingga RM 800 bagi pengguna plan ini dengan tempoh matang selama 6 bulan
  • Hanya perlu tambah RM 3 untuk 1.5GB data atau RM 10 untuk 10GB

 

Plan Hi-25

    • Hanya RM 25 sebulan
    • Pelan panggilan percuma untuk rangkaian Tunetalk
    • Data 25GB High Speed (boleh digunakan pada bila-bila masa)
    • Capped Speed 1mbps untuk Youtube dan Netflix
    • Semua data 25GB boleh dikongsi bersama pengguna lain
  • Hanya perlu tambah RM 3 untuk 1.5GB data 

 

Plan Call 20

    • Hanya RM 20 sebulan
    • Pelan panggilan percuma untuk semua rangkaian 
    • Data 3GB High Speed (boleh digunakan pada bila-bila masa)
    • Data 10GB data asas (asas internet)
    • Data tanpa had (connect App dengan 3mbps capped speed – Whatsapp)
    • Semua data 25GB boleh dikongsi bersama pengguna lain
  • Hanya perlu tambah RM 3 untuk 1.5GB data 

 

Pelan Tahunan Halo Telco

    • Hanya RM 200 setahun
    • Pelan panggilan percuma untuk rangkaian Tunetalk
    • Data 10GB High Speed sebulan atau 120GB setahun (boleh digunakan pada bila-bila masa)
    • Data 10GB data asas (asas internet)
    • Semua data 10GB boleh dikongsi bersama pengguna lain
  • Hanya perlu tambah RM 10 untuk 10GB data dan RM 20 untuk panggilan percuma ke semua rangkaian

 

Halo Telco tidak menawarkan perkhidmatan pelan postpaid. Namun, penukaran dari pelan postpaid (rangkaian lain) ke prabayar boleh dilakukan melalui proses MNP (Mobile Number Port-In) berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh syarikat telco asal pengguna. Sekiranya ingin mengekalkan nombor lama, pastikan sim kad atas nama sendiri, tidak terikat dengan sebarang kontrak, tiada tunggakan bil dan simkad masih aktif.