Harga iphone 14 malaysia
Penggunaan telefon pintar pada era permodenan dan teknologi yang berkembang pesat ini
amatlah meluas. Setiap telefon pintar mempunyai kelebihannya masing-masing dan kita
hanya perlu memilih berdasarkan tujuan utama penggunaan telefon pintar dalam kehidupan
seharian. Jadi, apa yang membuatkan iPhone 14 lebih menonjol dari yang lain?
Jika anda ingin membeli telefon pintar, iPhone 14 mungkin dapat memenuhi citarasa anda.
Abadikan detik-detik berharga anda dengan kamera berkualiti tinggi pada telefon pintar ini:
Kamera Utama: 12 MP: 26 mm, bukaan ƒ/1.5, penstabilan gambar optik sensor bergerak,
lensa tujuh elemen, 100% Focus Pixels
Kamera Ultra Wide: 12 MP: 13 mm, bukaan ƒ/2.4 dan bidang pandang 120°, lensa lima
elemen.
Kamera swafoto: 12 MP f/1.9, AF, Photonic Engine.
Anda juga boleh mengaktifkan mod ProRAW 48MP pada kamera untuk menghasilkan imej
yang lebih tajam dan terang. Dengan spesifikasi kamera tersebut, anda dapat menyimpan
gambar-gambar anda sebagai kenangan berharga.
Jangan bimbang akan kehabisan storan kerana iPhone 14 boleh menyimpan data sehingga
512GB serta turut mempunyai variasi storan yang lebih kecil iaitu 128GB dan 256GB. Ia
mempunyai RAM sebanyak 6GB LPDDR5. Pemproses yang digunakan bagi iPhone 14 ialah
Apple A15 Bionic. iPhone14 mempunyai kapasiti bateri sebanyak 3279 mAh yang dilengkapi
dengan teknologi pengecasan pantas sebanyak 20W yang mampu mengisi bateri sebanyak
50% dalam masa 30 minit sahaja.
Dari segi fizikal pula, iphone 14 dilengkapi dengan kelebaran skrin 6.1-inci Super Retina
XDR OLED, 2532 x 1170 piksel, (460ppi), 60Hz. iPhone 14 dibina dengan Ceramic Shield di
bahagian hadapan, manakala bahagian belakang merupakan kaca dan aluminium. Ia
mempunyai kelebaran 71.5mm, ketinggian 146.7mm dan ketebalan 7.8mm dengan berat
172g. iPhone 14 hadir dalam 5 warna termasuklah Biru, Merah, dan warna baharu yang
menawan iaitu Ungu, Hitam (Midnight) dan Putih (Starlight)!
Yang lebih menarik lagi, iPhone14 dilengkapi dengan ciri pengesanan kemalangan yang
dipanggil Crash Detection. Ciri ini akan menghantar notifikasi dan membuat panggilan
kecemasan kepada ahli keluarga atau rakan rapat yang diletakkan dalam Kontak
Kecemasan. Pengguna tidak perlu risau sekiranya kemalangan berlaku di tempat yang tidak
mempunyai akses kepada rangkaian telefon atau WiFi kerana lokasi anda akan dikesan
melalui satelit.