Harga Petrol di Malaysia

Polemik harga minyak tidak pernah sepi dari diperkatakan sama ada secara realiti atau di alam maya. Minyak mentah keluaran Malaysia adalah minyak mentah yang berkualiti tinggi dan akan dieksport ke luar negara dengan harga lebih tinggi kerana kandungan sulfurnya yang rendah dimana ia memerlukan proses penapisan yang kurang berbanding minyak mentah yang lain. Manakala untuk memenuhi permintaan dalam negara, syarikat-syarikat minyak seperti Petronas, Shell dan lain-lain akan mengimport minyak yang telah diproses/ditapis (refined oil) dari pasaran luar. Sebagai pengguna, rata – rata rakyat Malaysia amat berharap supaya harga minyak terus merudum supaya dapat menikmati penggunaan petrol dengan harga yang lebih murah bagi menjalani aktiviti seharian. Tambahan pula, di zaman tuntutan kos sara hidup kini, kejatuhan harga minyak memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia. 

Kejatuhan Harga minyak?

Walau bagaimanapun, jika harga minyak terus mengalami kejatuhan, ini bakal memberi impak yang besar kepada negara. Petronas yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada bajet negara terpaksa mengurangkan sumbangan kepada Malaysia pada masa hadapan disebabkan kemungkinan penyusutan perolehan mereka. Untuk makluman semua, Petronas telah menyumbangkan RM732 bilion kepada negara sejak tahun 1974 sehingga 2012. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Petronas mungkin menyumbang hanya RM 43 bilion pada tahun hadapan sekiranya harga minyak mentah dunia berada pada paras bawah USD 75 per tong minyak seperti yang dilaporkan CEOnya baru-baru ini. Beliau menyifatkan setiap penurunan USD 1 per tong minyak, Petronas akan kehilangan RM 1 bilion.

Bagaimana cara penetapan harga minyak petrol di Malaysia? Secara kasarnya, harga minyak petrol di Malaysia dipengaruhi secara langsung oleh harga pasaran minyak yang telah diproses (refined oil) iaitu berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan bukannya dipengaruhi oleh pasaran harga minyak mentah (crude oil) sebagai contoh WTI crude ataupun Brent crude.

Kerajaan menentukan harga minyak petrol melalui sistem apungan terkawal. Sistem apungan terkawal atau managed float merupakan satu prinsip ekonomi di mana kerajaan akan mengawal harga minyak petrol di dalam negara supaya rakyat tidak terkesan dengan harga minyak dunia yang sentiasa berubah-ubah. Menurut Business Circle, cara ini telah lama wujud sejak 90-an lagi dan digunakan oleh Kerajaan, namun sejak Disember 2014 di mana pemberian subsidi terhadap minyak petrol ini ditarik balik, rakyat mula sedar akan kewujudan sistem ini kerana mula mengambil peduli tentang kaedah penetapan harga minyak di Malaysia. Pada 2019, subisidi untuk Ron 95 telah ditetapkan balik. Harga Ron 95 adalah tetap pada RM 2.08 seliter. 

Melalui sistem apungan terkawal, cara pengiraan yang digunakan oleh Malaysia adalah Automatic Pricing Mechanism (APM) dan telah digunakan sejak tahun 1983. Tujuan APM pada asalnya adalah untuk memastikan minyak petrol yang dijual kepada rakyat Malaysia adalah bersesuaian dengan kos sara hidup dan ekonomi semasa. Namun begitu, tujuan asal pelaksanaan APM tersebut semakin dilupakan selaras dengan pertukaran yang silih berganti jawatan Perdana Menteri Malaysia.  

APM mengambil kira beberapa faktor termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya. Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Perbezaan antara harga runcit dengan harga sebenar akan ditampung oleh subsidi dan pengecualian cukai jualan. Komponen-komponen yang terdapat di dalam APM adalah seperti berikut:

Kos produk (MOPS)

Malaysia menggunakan harga purata harian “Mean of Platts Singapore (MOPS)” di pasaran Platts sebagai asas untuk menentukan kos poduk bagi RON97, RON95 dan Diesel. Platts merupakan pasaran harian produk petroleum yang diterbitkan oleh McGraw Hill Companies Limited di Singapura. Kebanyakan negara di rantau ini juga menggunakan MOPS sebagai rujukan kos produk petroleum mereka.

Alpha

Perbezaan harga yang dipaparkan di pasaran Platts dengan harga belian sebenar oleh syarikat minyak. Kerajaan telah menetapkan Alpha pada kadar 5 sen seliter untuk petrol dan 4 sen seliter bagi diesel.

Kos operasi

Terdiri daripada kos pengangkutan dan kos pemasaran. Pada masa ini, Kerajaan menetapkan kos operasi pada kadar 9.54 sen hingga 9.58 sen seliter.

Margin syarikat minyak

Ditetapkan pada 5 sen seliter bagi petrol dan 2.25 sen bagi diesel.

Margin pengusaha stesen

Ditetapkan pada 12.19 sen seliter bagi petrol dan 7 sen seliter bagi diesel.

Cukai jualan

Diwartakan dibawah Akta Cukai Jualan 1972 dengan kadar 58.62 sen seliter bagi petrol dan Cukai jualan bagi diesel telah dinaikkan daripada 19.64 sen seliter kepada 40 sen seliter berkuatkuasa mulai 1 Februari 2009.

Subsidi

Subsidi diberikan apabila harga sebenar lebih tinggi daripada harga runcit yang ditetapkan setelah mengambilkira pengecualian cukai jualan.

Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses.

Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:

Note# 1 – Barrel (bbl) = 158.9873 liters

Note# 2 – Harga Mean of Platts Singapore (MOPS) adalah mahal sedikit dari NYMEX. Ini kerana harga yang dilihat pada NYMEX adalah harga bagi Crude Oil (minyak mentah) sedangkan harga bagi Mean of Platts Singapore (MOPS) adalah harga rujukan bagi Refined Oil (minyak yang telah siap diproses).

Kos operasi (9.58 sen/liter)

– Margin syarikat minyak (5 sen/liter)

– Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)

– ‘Alpha’ yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)

Jadi Kiraan Sebenar Kiraan Harga Petrol:

MOPS + Kos Operasi + Alpha + Keuntungan Syarikat + Keuntungan Stesen Minyak = Harga Sebenar Petrol

MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

Bermula 29 Mac 2017, Kerajaan mengumumkan harga runcit Petrol dan Diesel melalui

kaedah pengapungan terkawal secara mingguan. Kaedah penetapan baru tersebut mungkin memberi kesan yang baik kepada pengguna kerana tempoh pengiraan purata kos harga minyak menjadi semakin pendek dan membolehkan trend harga runcit yang lebih stabil berbanding harga bulanan sebelum ini. Penetapan harga siling minyak juga diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu untuk mengelakkan penjual menjual harga minyak lebih dari sepatutnya. Semua pengusaha stesen minyak boleh mengikut harga siling tetap di bawah sistem baharu, atau menawarkan harga lebih rendah selepas menerima kelulusan.

Bermula 1 Julai 2017, satu formula bagi menentukan harga minyak petrol ditetapkan oleh  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha menstabilkan industri minyak negara. Bagi hal ini, KPDNKK akan mengadakan pertemuan dengan syarikat minyak minggu depan untuk membincangkan formula tersebut bagi kepentingan semua pihak. Harga minyak juga berkemungkinan ditetapkan secara harian pada masa akan datang.

Untuk 2019 Januari. Harga petrol akan ditentukan pada hari Jumaat setiap minggu.

Sumber