Hotel bajet di Melaka
Adakah anda sedang merancang untuk bercuti di bandar bersejarah Melaka? Sebelum mulakan perjalanan, sudah tentu ada akan menempah hotel sebagai tempat menginap. Hotel yang bagaimana yang anda pilih? Adakah banyak kemudahan untuk menginap dan berehat di hotel yang terdapat di Melaka? Artikel ini mungkin membantu anda untuk mencari hotel di sekitar Melaka. Kebiasaannya pencarian hotel adalah bergantung kepada berapa bajet anda. Di Melaka terdapat pelbagai rating hotel, bermula dari hotel bajet sehingga hotel 4 bintang. Kategori bajet pula biasanya sama ada bajet RM100 ke bawah atau RM100 ke atas. Berikut merupakan review hotel di Melaka mengikut susunan dari 1 bintang ke 4 bintang.
River One Residence (1 Bintang)
Antara hotel bajet di Melaka ialah River One Residence yang terletak di Jalan Kampung Pantai dan dekat dengan Jonker Street. Hotel ini hanya mempunyai 15 bilik dan menyediakan Wifi percuma di dalam setiap bilik. Anda juga boleh menyimpan luggage yang disediakan di hotel.
Hotel ini terletak di Taman Kota Shah Bandar, Terra Nova yang amat strategik jika anda bercadang untuk melawat semua tempat di Melaka. Setiap bilik mempunyai kemudahan Wifi, meja untuk membuat kerja serta kemudahan asas yang lengkap.
Hotel Sunflower (2 Bintang)
Hotel ini terletak di Padang Temu iaitu antara Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Terdapat sebanyak 23 bilik yang disediakan hotel ini dengan rekaan bentuk moden. Setiap bilik dilengkapi dengan shower air panas dan TV 32-inci beserta Astro.
Hotel ini terletak di Pusat Bandar Melaka. Hotel ini terletak berhampiran dengan kemudahan bank, bangunan kerajaan dan tempat menarik yang merupakan tarikan di Melaka seperti rumah peranakan Baba dan Nyonya. Hotel ini juga menyediakan kemudahan yang lengkap dan reka bentuk bilik yang moden dan selesa.
Hotel Suria Malaqa (2 Bintang)
Hotel ini baru sahaja dibina dalam tempoh 3 tahun dan terletak hanya 5 kilometer dari pusat Bandar. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap dan selesa seperti LCD TV, Wifi percuma, penghawa Dingin, dan meja untuk berkerja.
Prima Hotel Melaka (3 Bintang)
Hotel ini merupakan hotel 3 bintang yang terletak di Jalan Bunga Raya berdekatan dengan pusat Bandar Melaka. Hotel ini menyediakan kemudahan bilik yang bersih, luas dan selesa dan mempunyai kemudahan yang lengkap. Pekerja hotel juga amat mesra melayan pelanggan.
The Emperor Hotel Melaka (3 Bintang)
Hotel ini terletak di Jalan Munshi Abdullah dan berhampiran dengan pusat Bandar Melaka. Anda boleh berjalan kaki ke pusat membeli-belah dan tempat bersejarah di Bandar Melaka. Kemudahan di dalam bilik juga lengkap dan terdapat kolam renang dewasa dan kanak – kanak disediakan.
Hotel ini terletak di Jalan Munshi Abdullah dan berdekatan dengan Kota A’Famosa, Jonker Street dan The Stadhuys . Bilik pula dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap dan tempat menyediakan Teh atau Kopi dan Wifi. Hotel ini juga mempunyai banyak tempat parking
Queenspark Hotel (3 Bintang)
Hotel ini terletak di Melaka Raya, hanya 500 meter dari pusat Bandar dan berdekatan dengan Mahkota Medical Center dan Eco Bike Tour.
Syaz Meridian Hotel Melaka (3 Bintang)
Jika anda mencari hotel yang berdekatan dengan pusat membeli belah, ini adalah hotel yang sesuai kerana berdekatan dengan Mahkota Parade dan Merdeka Pahlawan Shopping Mall. Hotel ini juga berdekatan dengan Terminal Bas Melaka. Kemudahan bilik yang disediakan juga lengkap dengan 53 buah bilik yang bersih dan selesa.
Wana Riverside Hotel (3 Bintang)
Hotel ini juga berdekatan dengan pusat bandar yang terletak di jalan Munshi Abdullah.. Setiap bilik terdapat TV LCD, penghawa dingin, kopi, teh dan meja untuk berkerja. Hotel ini menyediakan penginapan yang selesa, wifi percuma, keselamatan 24 jam dan kedai serbaneka.
Marvelux Hotel (3 Bintang)
Hotel ini terletak di Taman Kota Laksamana Jaya dengan jarak dari bandar Melaka hanya 1 kilometer sahaja. Setiap bilik dilengkapi dengan Wifi percuma, TV LCD, almari, kopi dan teh segera dan sofa. Kemudahan lain seperti Spa dan Fitness Centre juga terdapat di sini.
Swiss Garden Hotels (4 Bintang)
Hotel ini terletak 3km dari pusat bandar. Hotel ini terdapat 769 bilik dan setiap bilik di lengkapi Wifi percuma, TV LCD, penghawa dingin dan meja untuk berkerja.
Mahkota Hotel Melaka (4 Bintang)
Hotel ini merupakan servis apartment yang menawarkan bilik yang luas dan sesuai untuk yang mencari keselesaan untuk keluarga. Terdapat 617 bilik dengan setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, dapur kecil, ruang tamu, sofa dan TV. Pelbagai fasiliti lain disediakan seperti bilik sauna dan karaoke.
Bayou Lagoon Park Resort (4 Bintang)
Hotel ini terletak berdekatan dengan tempat tarikan popular di Melaka seperti Hospital Ayer Keroh, Tasik Ayer Keroh dan Zoo Melaka. Hotel ini disediakan kolam renang yang dihiasi taman tema mini yang menarik. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap.
Bayview Hotel (4 Bintang)
Hotel ini terletak di Jalan Bendehara di pusat bandar Melaka. Terdapat 192 bilik dengan reka bentuk menarik dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap.
Avillion Legacy (4 Bintang)
Hotel ini terletak sangat berdekatan dengan Kota A Farmosa dan St. Paul Hill. Terdapat 262 bilik yang selesa yang dilengkapi dengan TV satelit, minibar dan peti keselamatan peribadi. Kolam renang dewasa dan kanak – kanak juga disediakan. Hotel ini juga menyediakan permainan golf bagi peminat sukan ini.
Novotel Melaka (4 Bintang)
Hotel ini terletak di Melaka Raya dengan hiasan dalaman yang cantic. Kemudahan hotel dan dalam bilik penginapan juga lengkap dan selesa.
Kings Green Hotel (4 Bintang)
Hotel ini terletak di Jalan Tun Perak dan berdekatan dengan stesen bas Melaka dan AEON Shopping Center. Terdapat 151 bilik hotel yang dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap.
Sebenarnya, banyak lagi hotel menarik terdapat di Melaka. Terdapat hotel yang dibina dengan rekaan yang unik seperti Ke Cabin Bungalow, The Hut Serkam, Limastiga Umbai, Masbro Village Homestay, Agrofarmstay Durian Tunggal, Fantasy Hotel, Fuga Village, Bustel Melaka. Anda boleh membuat tempahan hotel yang dipilih di Booking.Com, Trivago.com, Agoda.com, Traveloka.com dan banyak lagi laman web terpilih.