Hotel Berdekatan Lost World Of Tambun
Booking.com
Teringin bercuti di Lost World of Tambun? Tidak tahu hotel mana yang ingin dijadikan tempat penginapan sekeluarga atau bersama kawan – kawan? Lost World of Tambun terletak adalah taman tema terbesar yang terletak di bandar tambun, berhampiran bandar Ipoh, Perak. Taman tema ini menghimpunkan pelbagai permainan yang menyeronokkan dan mencabar yang bakal menguji daya ketahanan dan tahap keberanian anda. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di taman tema tersebut seperti menaiki buggy untuk mengeliling Lost World of Tambun, Boga Cruise, mendaki di Gua Datok atau dikenali juga sebagai Picasso Cave, manjakan diri di spa dan sauna di Lost World Crystal Spa, BBQ Dinner, mandi-manda di Lost World Hotsprings, menyaksikan Animals Show, bermain bersama pelbagai haiwan di Petting Zoo dan banyak lagi.
Promosi Tiket Lost World of Tambun
Jadi, jika ingin menikmati semua aktiviti di taman tema tersebut, percutian sehari sahaja tidak mencukupi, anda sekeluarga semestinya mengambil tempoh beberapa hari untuk bercuti dengan sepuasnya. Pemilihan hotel juga akan menjadi pilihan yang perlu difikirkan dan diteliti dalam senarai semak anda.
Lost World Hotel
Jarak: Dalam Lost World
Harga: RM200 – RM 300
Salah satu hotel yang berdekatan dengan Lost World of Tambun iaitu Lost World Hotel. Lokasi hotel ini sangat dekat dengan taman tema, hanya boleh diakses melalui jalan kaki sahaja kerana berada betul – betul di hadapan pintu masuk Lost World sahaja. Ramai pengunjung memilih hotel ini untuk memudahkan perjalanan untuk bercuti di Lost World walaupun rata – rata memberikan rate 3 bintang sahaja. Rate harganya juga tidak begitu mahal, sekitar RM200 – RM300 sahaja bergantung kepada jenis bilik yang dipilih.
Sun Inns Hotel Tambun
Jarak: 1KM
Harga: RM 64 – RM 120
Selain Lost World Hotel, terdapat beberapa hotel di Tambun Ipoh yang dijadikan pilihan penginapan semasa anda bercuti di Tambun. Sun Inns Hotel Sun City juga terletak tidak jauh dari Lost World of Tambun, lebih kurang 1 kilometer sahaja. Namun begitu, pengunjung banyak memberikan komen saiz biliknya kecil dan bilangan tempat meletak kenderaan yang sedikit. Tiada masalah jika keluarga anda kecil atau anda hanya datang bersama pasangan sahaja. Hotel ini tidak sesuai jika keluarga anda mempunyai jumlah yang ramai. Manakala rate kos juga adalah murah daripada RM 64 sehingga RM 120 ringgit satu malam.
Golden Roof Hotel
Harga : RM 98 – RM 128
Golder Roof Hotel pula merupakan hotel 3 bintang yang terletak di bahagian tepian kedai yang berhadapan Store Giant. Hotel ini baru sahaja beroperasi pada September 2015. Jika pengunjung memilih untuk berdekatan dengan pusat membeli barangan runcit seperti Giant dan kedai makan yang berhampiran, pengunjung akan memilih hotel ini. Hotel ini direka untuk kedua-dua tujuan perniagaan dan percutian. Pengunjung boleh menikmati akses mudah ke semua yang bandar yang meriah ditawarkan. Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda. Rate kos penginapan di hotel ini juga tidak mahal iaitu dari RM 98 hingga RM 128.
Tulip Hotel
Seterusnya, Tulip Hotel, namun semakan di laman web tidak banyak review diberikan kepada hotel ini. Lokasinya terletak di satu kawasan dengan Golder Roof Hotel, tidak jauh dengan Lost World of Tambun. Jarak ke pusat bandar hanya 8.0 km dan ke lapangan terbang dalam tempoh 15 minit. Syurga untuk berehat dan bersantai, hotel ini akan menawarkan pembaharuan penuh hanya beberapa langkah dari pelbagai daya tarikan bandar seperti The Lost World of Tambun, Kawasan Pendakian Rock, Pusat Beli Belah Bandar Kinta.
Travelland Hotel
Jika mengikut review dari pihak peraktourism.my, Travelland Hotel adalah antara hotel yang mereka syorkan untuk pengunjung menginap. Hotel Travelland antara pilihan kedua terbaik selepas Hotel Lost World dengan rate harga bilik adalah dari RM 99 ke RM 280. Jaraknya lebih kurang 5 minit dengan Lost World of Tambun. Travelland Hotel adalah tempat yang sesuai untuk memulakan lawatan anda di Ipoh. Dari sini, tetamu boleh menikmati akses mudah ke semua yang bandar yang meriah ditawarkan. Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda.
Selain itu, ada juga hotel lain di sekitar Tambun seperti The Haven Resort Hotel, The Banjaran Hotspring dan homestay seperti RnB Homestay Ipoh, Duan Homestay Tambun, Home Stay in Ipoh Near Lost World of Tambun, Homestay Izzah, Medic Tony Homestay Sunway Alpine Village Apartment dan Jeffrey Homestay. Terdapat juga hotel bajet di Tambun Ipoh yang boleh anda dapatkan sekitar harga RM50 satu malam iaitu Luxury Dream Stay.
Best Western Premier ( 5 Bintang)
Terdapat satu – satunya hotel bertaraf 5 Bintang di Tambun Ipoh yang ditawarkan seperti Best Western Premier The Haven Ipoh. Hotel ini terletak pada kedudukan yang strategik di mana pengunjung boleh menikmati akses mudah kepada semua. Jarak ke pusat bandar hanya 11.3 km dan ke lapangan terbang dalam tempoh 20 minit. Hotel ini menawarkan kadar bilik di atas RM500. Jika anda memilih keselesaan penginapan dan sedikit elemen kemewahan bagi mencipta kenangan bercuti di Ipoh, hotel inilah yang paling sesuai untuk anda sekeluarga.
Jadi, terserah kepada pilihan dan keselesaan anda, kebanyakan hotel yang berada di sekitar taman tema Lost World of Tambun memang terkenal cukup bagus akan pelayanannya, begitu pula dengan kemudahan yang ditawarkan. Terserah kepada bajet anda, jika anda sekadar untuk tidur di hotel tanpa memikirkan keselesaan, anda boleh memilih hotel bajet. Jika anda perlukan keselesaan yang maksima dan kemewahan, pilihlah hotel bertaraf 5 Bintang.