Hotel Berhampiran KLCC
Menara Berkembar PETRONAS merupakan salah satu ikon negara Malaysia. Ia merupakan antara bangunan ke-11 tertinggi di dunia dan sering menjadi sebutan masyarakat Malaysia. Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah Suria KLCC, Taman KLCC, Aquaria, Petrosains, Dewan Filharmonik Petronas dan juga Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Oleh sebab itu, ramai pelancong dari luar negara turut memenuhi ruang KLCC ini setiap masa terutamanya di hujung minggu kerana ingin melawat tempat – tempat menarik yang terdapat di sini.
Para pengunjung yang ingin bercuti di Kuala Lumpur, bolehlah menempah bilik – bilik penginapan yang terletak di tengah – tengah kota metropolitan yang berhampiran KLCC. Penginapan yang terletak berhampiran KLCC ini menawarkan pemandangan yang begitu menarik serta mengujakan terutamanya di waktu malam. Anda dapat melihat keindahan cahaya lampu yang terpancar dari bangunan sekitar ibu kota ini.
Memilih penginapan berhampiran KLCC merupakan satu keputusan yang tepat kerana terdapat kemudahan pengangkutan awam yang memudahkan para pengunjung untuk menerokai sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Bagi memudahkan anda membuat pilihan, anda boleh membaca artikel ini terlebih dahulu sebelum menempah mana – mana bilik penginapan mengikut bajet anda.
Dorsett Kuala Lumpur
Dorsett Kuala Lumpur terletak berhampiran dengan pusat membeli belah Timesquare, Pavillion dan juga KLCC. Tanpa perlu menaiki kenderaan, anda juga boleh berjalan kaki sahaja ke pusat – pusat membeli belah yang terdapat di sini.
Bilik penginapan di hotel ini dihiasi dengan dekorasi ringkas namun masih tetap mengekalkan ciri – ciri yang penuh elegan, bersih serta dilengkapi dengan pendingin udara, TV, mini bar yang dilengkapi dengan kemudahan membuat air kopi dan teh serta peti keselamatan untuk menyimpan barang – barang berharga buat sementara waktu sepanjang anda menginap di sini.
Pengunjung diberikan akses internet secara percuma. Bagi yang menginap di sini, anda boleh menggunakan kemudahan kolam renang yang cantik serta beriadah di pusat kecergasan yang mempunyai pemandangan luar yang menarik. Pasti anda merasa selesa menginap di sini dan ternyata ianya sangat berbaloi.
Harga: Bermula dari RM 315.00 semalam
Alamat: 172 Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Traders Hotel
Traders Hotel terletak di bangunan 34 tingkat dan mempunyai sebanyak 571 buah bilik penginapan pelbagai jenis. Bangunan hotel ini mempunyai rekabentuk yang sangat sofistikated dan mempunyai kemudahan ruang pejalan kaki bertutup untuk ke bangunan KLCC dan juga stesen LRT. Setiap bilik penginapan di sini dihiasi dengan dekorasi moden dan menggunakan gabungan warna – warna tenang yang boleh membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak tatkala menginap di sini. Cermin – cermin bersaiz besar dari lantai ke siling yang dipasang di setiap bilik juga membolehkan para tetamu menikmati pemandangan kota metropolitan yang di kelilingi dengan bangunan – bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur.
Bagi yang gemar beriadah seperti jogging, bolehlah ke Taman KLCC yang menyediakan trek jogging untuk kegunaan orang ramai. Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan spa seperti mandian wap serta kolam panas serta rawatan urutan dan juga facial buat para tetamu yang menginap di sini. Kolam renang turut disediakan di hotel ini. Pusat kecergasan juga dibuka 24 jam sehari bagi kegunaan para tetamu.
Harga: Bermula dari RM 657.00 semalam
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
The Zon Suites Hotel
The Zon Suites Hotel merupakan antara hotel yang sering menjadi pilihan ramai kerana harganya yang sangat berpatutan serta sangat dekat dengan KLCC. Hotel ini hanya berjarak kira – kira 5 minit sahaja untuk ke Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC serta Taman KLCC dengan hanya berjalan kaki.
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti pusat kecergasan, kolam renang, sauna dan spa yang boleh digunakan oleh tetamu yang menginap. Setiap bilik penginapan jenis suite dilengkapi dengan ruang tamu dan juga dapur. Ia sangat sesuai dijadikan bilik penginapan bersama keluarga.
Harga: Bermula dari RM 180.00 semalam
Alamat: 161D, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Intercontinental Kuala Lumpur
International Kuala Lumpur menyediakan kemudahan penginapan yang begitu sempurna buat para tetamu. Ia sesuai menjadi pilihan percutian bersama keluarga kerana kedudukannya terletak di tengah – tengah bandaraya Kuala Lumpur. Hotel ini menampilkan dekorasi dalaman yang begitu ekslusif membuatkan para tetamu begitu tertarik dan selesa dengan penampilan hotel ini. Kemudahan shuttle ada disediakan buat para tetamu yang ingin ke Suria KLCC atau ke Bintang Walk. Namun, sekiranya anda gemar berjalan kaki, boleh juga ke KLCC dengan hanya berjalan yang mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.
Setiap bilik mempunyai ruang yang agak luas serta dihiasi dengan dekorasi moden. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti TV, mini bar, kemudahan untuk membuat air kopi dan teh, peti keselamatan peribadi serta tempat tidur yang dilengkapi dengan bantal yang lembut dan empuk. Perkhidmatan internet juga disediakan buat para pengunjung yang berada di hotel ini.
Sekiranya anda mempunyai masa lapang, boleh berkunjung ke Concierge Lounge untuk bersantai sambil menggunakan iPad yang telah disediakan buat para tetamu secara percuma. Selain itu, anda boleh menggunakan kolam renang serta perkhidmatan spa yang terdapat di sini.
Harga: Bermula dari RM 600.00 semalam
Alamat: 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Ascott Kuala Lumpur
Ascott Kuala Lumpur merupakan kemudahan penginapan berciri apartmen mewah yang mempunyai kelas yang tersendiri. Dengan hanya berjalan kaki, anda boleh ke KLCC dengan masa 10 minit perjalanan sahaja sambil menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur.
Ascott Kuala Lumpur menawarkan penginapan apartmen mewah yang memiliki kelasnya yang tersendiri, sesuai dengan lokasinya yang terletak di pusat bandar. Jarak apartmen ini dari KLCC hanyalah memakan masa 10 minit perjalanan kaki, bolehlah anda dan keluarga menikmati pemandangan sekitar bandar sambil menuju ke bangunan ikonik ini.
Bagi anda yang gemar bermain tenis, gelanggang tenis turut disediakan. Selain itu, kolam renang, pusat kecergasan serta spa disediakan buat para pengunjung. Kolam renang pula menampilkan pemandangan yang menarik buat para tetamu iaitu suasana persekitaran bandaraya Kuala Lumpur.
Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan di bilik penginapan seperti hiburan rumah, ruang dapur yang lengkap dengan peralatan memasak, peti deposit keselamatan, mesin mencuci pinggan mangkuk, microwave serta pelbagai kemudahan lain membuatkan anda seperti berada di rumah sendiri.
Harga: Bermula dari RM 385.00 semalam
Alamat: No 9 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Impiana KLCC
Pastinya anda mempunyai penginapan impian tatkala berkunjung ke Kuala Lumpur. Lebih – lebih lagi jika ingin menginap di sekitar Menara Berkembar Petronas dan KLCC. Sekiranya inginkan penginapan ‘impian’, anda boleh memilih Impiana KLCC semasa bercuti di Kuala Lumpur. Hotel ini terletak tidak jauh dari KLCC yang hanya kira – kira 5 minit sahaja perjalanan dengan berjalan kaki. Malahan, pengunjung boleh ke Pavilion melalui sky bridge yang bersambung dengan KLCC. Ini merupakan antara privilege yang diberikan buat para tetamu hotel yang menginap di hotel mewah ini.
Hotel mewah ini turut menyediakan sebuah spa yang pernah memenangi anugerah dan pastinya anda akan mendapat layanan terbaik ketika di sini. Pusat kecergasan juga turut disediakan buat para pengunjung yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan senaman.
Warna – warna neutral yang dihiaskan di setiap bilik memberikan keselesaan buat para tetamu. Lantai kayu serta tempat tidur yang selesa membuatkan para tetamu pasti tidur lena. Kemudahan wifi juga turut tersedia buat para tetamu dan boleh diakses dari bilik penginapan tanpa perlu berada di lobi.
Harga: Bermula dari RM 446.00 semalam
Alamat: 13 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Corus Hotel
Perjalanan hanya mengambil masa kira – kira lima minit sahaja dari bangunan hotel ke Menara Berkembar sekiranya berjalan kaki. Malah, sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan LRT, jaraknya hanya mengambil masa dua minit sahaja. Corus Hotel yang terletak tidak jauh dari KLCC ini turut menyediakan perkhidmatan shuttle untuk ke Chinatown dan juga Bukit Bintang. Kedudukan hotel ini yang terletak di tengah kotaranya memudahkan anda untuk menjelajah sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Setiap bilik penginapan di sini dilengkapi dengan pendingin udara yang begitu menyegarkan, kemudahan membuat air kopi dan teh turut disediakan buat para tetamu yang menginap di sini. Bilik air pula dilengkapi dengan tab mandi membolehkan anda berehat sambil membersihkan badan. Sudah pasti ia sangat mengujakan.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan peralatan senaman di dalam gym hotel ataupun bersauna di bilik yang sauna. Tetamu hotel boleh menjamu selera di Dondang Sayang Coffee House yang menyajikan pelbagai menu dari negara Eropah dan juga menu tempatan. Perkhidmatan food truck turut dibuka semasa waktu tengahari bersebelahan bangunan hotel di tapak parking kosong.
Harga: Bermula dari RM 265.00 semalam
Alamat: Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Le Apple Boutique Kuala Lumpur
Hotel ini terletak sangat berhampiran dengan pusat membeli belah Avenue K serta KLCC dan boleh berjalan kaki sahaja untuk sampai di sini. Setiap bilik penginapan di sini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat tidur yang selesa serta empuk, peti sejuk, TV, pendingin udara, bar mini, mesin deposit keselamatan untuk kemudahan tetamu.
Berhampiran hotel ini terdapat begitu banyak perkhidmatan food truck untuk anda menjamu selera. Harga bilik penginapan di sini agak berpatutan membolehkan ramai pengunjung dari luar menginap di sini mengikut bajet masing – masing.
Harga: Bermula dari RM 210.00 semalam
Alamat: No. 160, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
PNB On The Park
PNB On The Park merupakan perkhidmatan penginapan berkonsep apartment. Penginapan di sini dihiasi dengan gabungan warna – warna tenang dilengkapi perabot kayu yang mewujudkan kombinasi suasana moden, klasik dan elegan. Setiap apartment dilengkapi dengan pelbagai kemudahan memasak, ruang santai yang dilengkapi dengan sofa bagi memberi keselesaan untuk bersantai bersama keluarga dan rakan – rakan. Anda boleh menonton filem – filem kegemaran menggunakan pemain cakera DVD yang turut disediakan buat para tetamu. Kemudahan wifi juga turut disediakan dengan kelajuan yang sangat memuaskan kerana wifi router disediakan di setiap bilik.
Perkhidmatan shuttle secara percuma turut disediakan buat para tetamu yang ingin ke pusat membeli belah One Utama dan juga Mid Valley. Kedudukan KLCC yang berhampiran dengan tempat penginapan ini membolehkan para tetamu berjalan kaki sahaja jika ingin berkunjung ke KLCC. Antara kemudahan lain yang terdapat di sini adalah gymnasium, kolam renang, bilik sauna, laluan jogging, gelanggang tenis dan juga bilik karaoke.
Harga: Bermula dari RM 283.00 semalam
Alamat: 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Oasia Suites Kuala Lumpur
Oasia Suites Kuala Lumpur ini berjarak hanya 900 meter dari Menara Berkembar Petronas. Pastinya pengunjung boleh berjalan kaki sahaja untuk sampai ke sini. Jika ingin menggunakan perkhidmatan monorel Bukit Nenas, anda boleh berjalan kaki sejauh 10 minit perjalanan sahaja. Perkhidmatan shuttle ke Bukit Bintang disediakan secara percuma oleh pihak hotel. Seperti juga hotel – hotel lain, Oasia Suites ini turut menyediakan kemudahan gymnasium dan juga kolam renang yang terletak di bahagian bumbung hotel. Anda boleh bermandi – manda sambil menikmati pemandangan sekitar ibu kota dari bumbung hotel.
Sambil berehat di dalam bilik bersama keluarga, anda juga boleh menikmati pemandagan sekitar bandar hanya melalui tingkap besar di bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan ruang dapur, ruang makan dan juga mesin basuh dan pengering untuk kegunaan para tetamu. Bilik penginapan di sini sangat sesuai buat pengunjung yang ingin menginap lama di sini.
Setiap bilik yang sangat luas dan sempurna untuk penginapan keluarga ini memiliki tingkap yang besar supaya anda dapat melihat pemandangan sekitar bandar sambil berehat. Bilik-
Harga: Bermula dari RM 260.00 semalam
Alamat: No 10, Lorong P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Grand Hyatt Kuala Lumpur
Grand Hyatt Kuala Lumpur menyediakan penginapan kelas pertama buat para pengunjung. Lokasinya terletak di tengah ibu kota dan berhampiran KLCC, malah anda boleh berjalan kaki sahaja kira – kira 6 minit perjalanan. Anda juga boleh ke Pavilion menggunakan sky bridge yang terdapat di sini.
Grand Hyatt mempunyai keunikan tersendiri apabila lobinya berada di tingkat paling atas dan membolehkan para pengunjung melihat pemandangan indah sekitar ibu kota. Setiap bilik penginapan di sini menggunakan dekorasi yang mewah serta mengagumkan. Saiz bilik di sini juga agak luas serta memberi keselesaan yang memuaskan.
Kemudahan gymnasium juga dibuka 24 jam bagi kegunaan para tetamu yang menginap. Ia turut menawarkan perkhidmatan jurulatih peribadi, peralatan senaman dilengkapi dengan skrin LCD serta akses internet. Perkhidmatan spa juga turut tersedia di sini di mana Essa Spa menyediakan sebanyak 11 bilik rawatan yang turut dilengkapi dengan kemudahan jakuzi, steam, saunda dan juga bilik ice fountain. Sekiranya anda ingin menjamu selera, bolehlah mencuba hidangan di Restoran Poolside yang menyediakan makanan segar dan ringkas untuk dicuba sambil menikmati pemandangan indah dari kolam renang.
Harga: Bermula dari RM 767.00 semalam
Alamat: 12, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Shangri-La Hotel
Shangri-La Hotel merupakan antara hotel mewah yang terdapat di Kuala Lumpur. Jarak antara hotel ini dan KLCC hanya sejauh 5 minit perjalanan dengan berjalan kaki sahaja. Sekiranya ingin melawat ke pusat membeli belah lain sekitar Kuala Lumpur, perkhidmatan shuttle turut disediakan oleh pihak hotel. Stesen monorel Bukit Nenas juga tidak jauh dari hotel ini iaitu hanya 5 minit perjalanan dengan berjalan kaki.
Hotel ini turut dilengkapi dengan kolam renang yang dihiasi dengan pepohon hijau, tab mandian air panas, spa dan juga gymnasium. Setiap bilik penginapan di sini dihiasi dengan dekorasi mewah membuatkan para tetamu begitu tenang dan selesa tatkala menginap di sini. Para tetamu hotel boleh menikmati pemandangan indah di sini hanya melalui jendela bilik penginapan.
Harga: Bermula dari RM 540.00 semalam
Alamat: 11 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Double Tree By Hilton
Double Tree By Hilton terletak berhampiran stesen LRT Ampang Park iaitu kira – kira 5 minit sahaja perjalanan melalui ruang pejalan kaki bertutup. Ia juga berhampiran pusat membeli belah The Intermark, Kuala Lumpur dan berjarak sejauh 10 minit sahaja dengan KLCC sekiranya berjalan kaki. Anda boleh melawati tempat – tempat menarik sekitar Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan LRT ini tanpa perlu lagi menaiki teksi atau pun bas.
Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan buat para tetamu yang menginap di sini seperti gymnasium, bilik sauna dan juga kolam renang yang luas dan selesa. Bilik penginapan di sini sangat selesa bercirikan konsep moden dan mewah.
Bagi menjamu selera pula, para tetamu boleh mencuba makanan yang disediakan dalam pelbagai pilihan seperti masakan Melayu, Cina, India dan juga barat iaitu Italian Style. Pastinya penginapan anda begitu bermakna jika menginap di sini.
Harga: Dari RM395+ Semalaman
Alamat: 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Mandarin Oriental Hotel
Mandarin Oriental Hotel merupakan hotel yang paling hampir dengan pintu masuk ke Menara Berkembar Petronas ini. Lokasi yang strategic ini memudahkan para tetamu berkunjung ke KLCC untuk membeli belah dan sebagainya. Hotel ini turut menyediakan pelbagai kemudahan yang tidak kurang hebat seperti pusat kecergasan, spa dan juga gelanggang tenis. Bagi peminat sukan golf, anda juga boleh bermain golf di sini di mana pihak hotel turut menyediakan kemudahan pusat golf dalaman buat para tetamu tanpa perlu berada di padang golf.
Sepertimana hotel – hotel lain, bilik penginapan di sini turut dilengkapi pendingin udara beserta TV 42 inci berskrin rata serta kemudahan membuat air teh dan kopi. Ruang bilik airnya pula berlantaikan marmar dan dilengkapi tab mandi dan juga air pancuran. Gabungan warna bilik yang digunakan beserta dekorasi elegan membuatkan penginapan ini terasa begitu mewah sesuai dengan harga yang dikenakan.
Harga: Bermula dari RM 629.00 semalam
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Sememangnya banyak tempat penginapan yang boleh anda pilih jika berkunjung ke Kuala Lumpur. Pilihan hotel boleh dibuat berdasarkan jarak serta kemudahan yang disediakan. Malah, harga penginapan sesebuah bilik penginapan perlu dijadikan panduan sebelum membuat tempahan bilik. Pastikan anda telah memilih bilik penginapan sesuai dengan bajet yang tersedia.