Hotel Double Stars Cameron Highlands

Penginapan di Cameron Highlands sememangnya banyak namun anda harus bijak memilih supaya penginapan tersebut memuaskan hati dan berbaloi. Pemilihan hotel berdasarkan lokasi juga adalah sangat penting bagi memudahkan anda mengakses kemudahan yang terdapat di persekitaran hotel.

 

Hotel Double Stars merupakan antara pilihan yang bijak bagi pengunjung yang bercuti ke Cameron Highlands. Hotel ini menawarkan penginapan yang santai dan mudah ditemui. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandar kira – kira hanya 0.5km sahaja dari pusat bandar. Lokasi hotel sangat strategik membolehkan pengunjung yang menginap di sini boleh ke mana-mana sahaja dengan cepat dan mudah ke tempat-tempat yang menarik di Cameron Highlands. Di samping itu, pihak hotel juga turut menawarkan aktiviti rekreasi buat para tetamunya.

 

Hotel Double Stars menawarkan perkhidmatan yang sempurna dan semua kemudahan adalah penting untuk menggembirakan pelancong yang bermalam di sini. Hotel ini menawarkan kemudahan Wi-Fi percuma dalam semua bilik, perkhidmatan meja penyambut tetamu 24-jam, tempat letak kereta, bilik keluarga yang lebih besar untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang terbaik. Hotel ini turut menyediakan kemudahan lif bagi memudahkan para tetamu untuk naik dan turutn ke bilik penginapan masing – masing.

 

Kedudukan hotel ini yang terletak di kawasan Brinchang adalah tidak jauh dari tapak pasar malam Cameron Highlands. Pelancong boleh sahaja berjalan kaki untuk ke pasar malam tersebut tanpa menaiki kenderaan sambil menghirup udara segar yang nyaman di sebelah malam. Hotel ini juga terletak tidak jauh dengan Big Farm Strawberry dan juga Cactus Valley. Ia boleh diakses dengan hanya berjalan kaki sahaja tanpa perlu menaiki kenderaan. Cuaca yang begitu nyaman membuatkan anda tidak berasa penat berjalan kaki.

 

Deretan kedai serta restoran yang agak banyak memudahkan para pelancong menjamu selera dengan mudah tanpa perlu mencarinya di tempat lain. Pelbagai makanan panas turut disajikan di restoran berhampiran. Kedai – kedai cenderamata juga banyak terdapat di sini. Anda boleh mendapatkan beberapa barangan cenderamata sebagai kenang – kenangan di sini.