Hotel murah di Cameron Highland

Penginapan Termurah di Cameron Highland

Percutian di Cameron Highland merupakan percutian idaman setiap orang. Suasana udara yang nyaman dan pemandangan ladang teh hijau membuatkan pengalaman percutian berbeza dan menyeronokkan. Pelbagai tempat – tempat menarik dan makanan yang sedap boleh didapati semasa bercuti di Cameron. Anda semestinya menginginkan kenangan percutian yang indah, jadi anda perlu memilih tempat penginapan yang menarik, selesa, bersih dan menyediakan fasiliti yang lengkap. Walau bagaimanapun, tempat penginapan haruslah sesuai dengan bajet anda. Hotel murah yang boleh didapati di Cameron Highland terbahagi kepada dua lokasi iaitu di Tanah Rata dan Brinchang serta jenis apartment atau hotel.

 

Hotel Murah di Tanah Rata

Tanah Rata adalah pekan yang terbesar dan merupakan pusat pentadbiran penduduk di Cameron Highland. Di Tanah Rata juga terdapat banyak kedai, restoran, bank dan pejabat awam yang menjadi penduduk tetap di sini.

 

1. Cameronian Inn

Hotel ini terletak 1,400 meter dari paras laut dan merupakan sebuah penginapan popular di Tanah Rata. Hotel ini dilengkapi dengan suasana dan hiasan taman yang indah. Terletak berdekatan dengan tempat menarik iaitu Strawberry Farm 10 minit memandu dan Ladang Teh Boh 25 minit memandu. Terdapat 18 bilik di mana sesetengah bilik mempunyai bilik air persendirian dan ada yang bilik air berkongsi. Hotel ini juga ada menyediakan kemudahan Cafe dengan pelbagai menu tempatan disediakan.

Harga: Dari RM65 Semalam

 

 Orchid Haven

 

Jika anda seorang backpacker dan hanya memerlukan tempat tidur yang selesa dengan harga yang murah, inilah hotel yang sesuai. Kemudan wifi secara percuma turut disediakan di dalam bilik. Hotel ini juga sangat berdekatan dengan perkampungan orang Asli dengan jarak hanya 600m sahaja.

Harga: Dari RM90 Semalam

 

 

Planters Hotel

Hotel ini berharga lebih dari RM100 semalam, namun berbaloi kerana lokasinya yang berhampiran kedai – kedai jualan. Tambahan pula, bilik penginapan mempunyai bilik air persendirian, wifi percuma, TV skrin flat, Astro dan shower air panas. Jadi, anda boleh berehat dengan selesa di hotel ini.

 

Harga: Dari RM155 Semalam

 

Heritage Hotel Cameron Highlands

Hotel ini merupakan antara resort terbesar di Cameron Highlands yang dibina dengan konsep hotel butik sama seperti taraf hotel 4 bintang. Dari hotel dapat dilihat pemandangan Tanah Rata dan kabus yang meliputi awan. Kemudahan di dalam bilik penginapan juga lengkap. Fasiliti lain yang terdapat di hotel ini adalah taman, restoran dan juga perpustakaan. Di lounge juga ada menyediakan Café sambil mencuba kek dan menikmati teh Cameron. Anda juga boleh berjalan kaki ke Tanah Rata yang hanya mengambil masa 10 minit.

Harga:  Dari RM188 Semalam

 

Hotel Murah di Brinchang

Brinchang merupakan pekan pelancongan kedua paling popular di Pahang selepas Tanah Rata. Di Brinchang amat sesuai untuk aktiviti outdoor seperti Jungle Trekking dan memetik buah di ladang Strawberi. Tempat menarik di Brinchang ialah Gunung Batu Brinchang dan Strawberry Farm.

 

 

Hotel Rainbow

 

Merupakan antara hotel bajet yang mesra keluarga di Brinchang dan terletak sederet dnegan kedai – kedai. Bilik penginapannya juga lengkap dengan kemudahan asas. Anda tidak akan menghadapi masalah untuk mencari makanan tempatan dan barang keperluan semasa menginap di hotel ini kerana kemudahan kedai sekitarnya. Anda juga boleh berjalan kaki ke ladang strawberry dan kaktus yang mengambil masa hanya 10 minit sahaja. Di waktu malam, terdapat pasar malam popular yang menjual pelbagai barangan dan makanan.

Harga: Dari RM90 Semalam

 

 

Hotel Jasmine

Hotel ini terletak berdekatan dengan pasar malam pekan Brinchang yang hanya 5 minit sahaja berjalan kaki. Manakala tempat menarik seperti taman rama-rama dan ladang kaktus mengambil 15 minit manakala Ladang Teh Boh mengambil masa 20 minit dengan pemanduan. Bilik penginapannya juga mempunyai kemudahan dan fasiliti yang lengkap.

Harga: Dari RM98 Semalam

 

 

Smurf Inn

Hotel ini menyediakan kemudahan penginapan yang unik kerana bertema fantasi. Kemudahan bilik juga lengkap dan mempunyai bilik air persendirian. Terdapat juga taman permainan untuk kanak – kanak disediakan.

Harga: Dari RM120 Semalam

 

Moon River Lodge

Hotel ini amat sesuai bagi yang sukakan suasana hutan. Orang awam boleh mengetahui dan mempelajari mengenai kehidupan harian komuniti penanam dan peladang di Cameron Highlands. Hotel ini juga menyediakan kelas Organic Farming kepada tetamu yang berminat. Tetamu juga diberi peluang untuk memetik sayur-sayuran yang tumbuh di ladang mereka. Fasiliti lain adalah jungle trekking yang menyediakan trek yang menarik seperti Fergully Trail, River Trail dan Bamboo Canopy trail. Bilik penginapan terdiri daripada persendirian dan perkongsian, manakala tandas juga adalah jenis perkongsian.

Harga: Dari RM180 Semalam

 

 

Natasya Resort

Penginapan di Natasy Resort adalah sangat selesa dan luas kerana berkonsepkan apartment. Setiap apartment dilengkapi dengan kemudahan ruang tamu dan dapur. Manakala rekabentuk dan hiasan bilik bercirikan moden. Pemandangan ladang the hijau yang bergunung ganang juga dapat dilihat di luar balkoni.

Harga: Dari RM190 Semalam