Hotel Murah Di Kuantan

Kuantan merupakan ibu negeri Pahang yang memiliki pelbagai tarikan pelancongan. Ia juga kaya dengan alam semulajadi yang mempersonakan. Malah, terdapat banyak tempat yang boleh dikunjungi serta tempat makan yang menarik untuk diterokai. Bagi yang bercadang untuk bercuti di Kuantan, artikel ini mungkin dapat membantu anda memilih penginapan yang bersesuaian dengan bajet. Jom kita tinjau hotel murah yang terdapat di Kuantan ini.



Booking.com

 

Hotel Seri Malaysia 

Terletak berhampiran Teluk Chempedak dengan jarak pemanduan 10 minit sahaja. Hotel ini berada di kawasan bandar yang begitu strategic dan juga berdekatan dengan Muzium Sungai Lembing, Zoo Teruntum dan Kuantan River Cruise. Turut menyediakan kemudahan kolam renang serta perkhidmatan wifi percuma untuk para pengunjung.

 

Harga: Bermula dari RM 130 satu malam

Alamat: Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan

 

Hotel Sentral Kuantan

Hotel ini terletak di tengah – tengah bandar Kuantan dan bertaraf 3 bintang. Jika bermalam di sini, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan indah Sungai Kuantan dan Kawasan bakau yang menghijau pada waktu pagi hanya dari kamar bilik. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan  bersama keluarga antaranya memancing ikan, merentas sungai dan banyak lagi. Bagi yang gemar membeli belah, bolehlah melawat pusat membeli belah yang berdekatan kerana terdapat pelbagai barangan menarik untuk dimiliki.

 

Harga: Bermula dari RM 84 satu malam

Alamat: No 45-P Jalan Besar, 25000 Kuantan

 

Hotel Cathayana 

Lokasi di tengah bandar Kuantan dan turut dikelilingi pusat membeli belah yang sesuai untuk seisi keluarga. Cathayana Hotel antara yang menjadi pilihan ramai sewaktu berkunjung ke sini. Di waktu malam, pengunjung akan dapat melihat cahaya lampu bergemerlapan di pelusuk bandar. Penyediaan ruang parkir bertingkat memudahkan pengunjung meletakkan kereta dengan lebih selamat.

 

Harga: Bermula dari RM150 satu malam

Alamat: A41/3, Lorong Tun Ismail 5, 25000 Kuantan

 

Hotel Grand Continental 

Antara hotel yang terkemuka di Kuantan, lokasinya yang terletak di tengah bandar memudahkan para pengunjung bermalam di sini. Menyediakan bubble bath di tab mandi, pastinya menyeronokkan. Lokasi ini juga tidak jauh dari Teluk Chempedak dan turut berhampiran pusat membeli belah Berjaya Megamall. Jika anda tidak berkesempatan untuk keluar bersarapan, apa kata ada nikmati sahaja sarapan pagi di Manja Coffee House yang menawarkan hidangan Asia dan Barat setiap hari.

 

 

Harga: Bermula dari RM 131 satu malam

Alamat: Jalan Gambut, 25000 Kuantan

 

Hotel Seasons View 

Dihiasi warna putih coklat, hotel ini menampilkan hiasan yang agak ringkas dekorasinya. Namun, keselesaan pengunjung tetap menjadi keutamaan. Tilamnya dan bantalnya yang empuknya pastinya membuatkan tidur malam para pengunjung lena dibuai mimpi. Antara lain yang istimewanya di sini adalah sarapan pagi yang dikatakan cukup menyelerakan. Selain itu, lokasinya yang terletak berhampiran padang Majlis Perbandaran Kuantan ini juga menempatkan pelbagai makanan dari foodtruck pada waktu malam. Jarak dari hotel ke Kuantan Parade dan Kompleks Teruntum pula hanyalah sekitar 350 meter. Bagi yang ingin ke Teluk Chempedak, jaraknya pula sekitar 10 minit pemanduan dari hotel.

 

Harga: Bermula dari RM108 satu malam

Alamat: A-22, Lorong Haji Abdul Rahman 1, 25000 Kuantan

 

Hotel Pantai Regal 

Hotel ini antara penginapan yang terkini di bandar Kuantan. Menampilkan hiasan moden dan minima, pastinya membuatkan para pengunjung berasa begitu tenang dan selesa. Selain dapat melihat pemandangan sekitar bandar Kuantan, pengunjung juga dapat menikmati keindahan gunung dan alam semulajadi yang ada.

 

Harga: Bermula dari RM 85 satu malam

Alamat: A-1 Lorong Pandan Damai 2 / 201, Jalan Gambang, 25150 Kuantan

 

Hotel Skytree

Skytree Hotel juga terletak di bandar Kuantan serta berhampiran pusat membeli belah. Keluasan bilik yang ditawarkan sangat selesa buat para pengunjung. Berkonsepkan hiasan moden, hotel ini sering menjadi pilihan ramai.

 

Harga: Bermula dari RM 118 satu malam

Alamat: B-50, Jalan Dato Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan

 

Hotel Grand Darul Makmur  

Hotel ini bertaraf 4 bintang dan pastinya pengunjung seakan tidak percaya dengan harga yang ditawarkan iaitu serendah RM 128 untuk satu malam. Ruang bilik juga besar dan selesa. Antara kemudahan lain adalah seperti gymnasium, kolam renang dan juga bilik sauna. Jika ingin membeli belah, pengunjung boleh ke Berjaya Megamall dan juga East Coast Mall yang hanya 5 minit sahaja jaraknya dengan pemanduan.

 

Harga: Bermula dari RM 128 satu malam 

Alamat: Lot 5 & 10 Lorong Gambut Off Jalan Beserah, 25300 Kuantan

 

Arenaa Batik Boutique

Bagi yang tidak pernah bermalam di hotel butik, apa kata anda cuba menginap di Arenaa Batik Boutique jika berkunjung ke Kuantan. Pastinya anda terpukau dengan kelainan yang ditampilkan, hiasan dalaman serta rekabentuk di dalam hotel ini begitu menarik sekali. Suasana bilik menjadi romantic kerana hiasannya begitu elegan serta agak royal. Jangan lupa juga untuk mencuba hidangan nasi lemak sebagai sarapan pagi anda kerana dikatakan begitu memikat selera para pengunjung yang datang.

 

Harga: Bermula dari RM 102 satu malam

Alamat: E 2324 – 2326, Jalan Dato’ Wong Ah Jang, 25100 Kuantan

 

Kompo EcoRooms

Kompo EcoRooms merupakan sebuah villa yang dilengkapi dengan beberapa buah bilik yang dijadikan sebuah hotel. Ia menawarkan harga bilik penginapan yang cukup murah dan berpatutan. Jika anda datang bersama ahli keluarga yang ramai, Kompo EcoRooms pastinya sangat sesuai untuk seisi keluarga. Hotel ini menyediakan kemudahan water cooler dan peti sejuk di setiap aras. Kemudahan menggosok pakaian pula disediakan di ruangan khas untuk para pengunjung.

 

Harga: Bermula dari RM 75 satu malam

Alamat: 30-32, Lorong Seri Kuantan 17, Jalan Beserah, 25250 Kuantan

 

Laman Sentosa Boutique Residence

Pengunjung akan disajikan dengan pemandangan hijau tatkala menginap di Laman Sentosa Boutique Residence kerana terdapat beberapa ruangan di sini menampilkan sentuhan hijau yang mempersonakan. Hotel ini juga menawarkan dekorasi yang unik dan ada stail tersendiri sesuai dengan pengunjung yang bercitarasa tinggi. Sambil menikmati keindahan alam semulajadi di sini pengunjung menikmati kudapan ringan yang disediakan secara percuma sahaja.

 

Harga: Bermula dari RM 160 satu malam

Alamat: B809, Jalan Air Putih 2, Taman Sentosa, Pahang, 25350 Kuantan

 

De Rhu Beach Resort 

Resort ini memiliki sebanyak 162 buah bilik yang terletak di Pantai Balok. Bagi yang menginap di sini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama teman dan keluarga tersayang. Selain itu, pengunjung juga boleh boleh melakukan aktiviti riadah di tepi pantai, bermain di taman air atau berenang di kolam renang yang disediakan. Jika ingin menikmati hidangan masakan Cina halal, pengunjung bolehlah mencubanya di De Rhu Oriental Restaurant.

 

Harga : Bermula dari RM 105 satu malam

Alamat: 152, Sungai Karang, Beserah, 26100 Kuantan, Pahang

 

Hotel E Red 

Hotel E Red, sebuah hotel yang agak murah namun dekorasi hotelnya Nampak begitu eksklusif sehingga ianya kelihatan seperti sebuah hotel mewah. Menawarkan pelbagai jenis bilik untuk didiami antaranya Deluxe Twin, Deluxe King, Business Room dan Family Room. Setiap bilik turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Hotel ini terletak tidak jauh dari Berjaya Megamall atau East Coast Mall iaitu jaraknya kira – kira 470 meter hingga 960 meter sahaja. Masjid Sultan Ahmad Shah juga terletak kira – kira 1 km sahaja dari hotel dan bolehlah pengunjung singgah jika ada kesempatan.

 

Harga : Bermula dari RM 138 satu malam

Alamat: No.113, Jln Haji Abdul Aziz, 25000 Kuantan 

 

Hotel Signature 

Lokasi hotel ini terletak berhampiran terminal bas Kuantan dan sangat memudahkan pengunjung yang datang ke Kuantan menaiki pengangkutan awam. Perkhidmatan kaunter hotel juga beroperasi selama 24 jam sehari membolehkan pengunjung check-in pada bila – bila masa sahaja. Bilik penginapan juga bersih dan kemas walaupun hanya merupakan hotel bajet.

 

Harga : Bermula serendah RM 68 satu malam

Alamat: No.41, Jalan Beserah, 25000 Kuantan, Pahang

 

Hotel  Mandurah 

Hotel Mandurah terletak berhampiran Pantai Balok dan menghadap Laut Cina Selatan. Lokasinya terletak hanya 10 minit dari bandar Kuantan dengan menaiki kenderaan. Menyediakan sebanyak 60 buah bilik penginapan dengan rekabentuk unik bercirikan tradisi moden. Ruang bilik yang agak besar pastinya memberi keselesaan kepada para pengunjung. Keindahan pantai serta desiran ombak yang kedengaran pastinya memberi ketenangan kepada pengunjung yang menginap di sini.

Harga : Bermula dari RM 138 satu malam

Alamat: D – 929216, Jalan Kuantan – Kemaman, Pantai Beserah, 26100 Kuantan

 

Hotel Pavilion 

Terletak berhampiran pusat membeli belah seperti Kuantan City Mall dan juga Berjaya Megamall, pastinya hotel ini menjadi tumpuan ramai kerana jaraknya cuma 100 meter sahaja. Jika ingin ke Teluk Chempedak, pengunjung hanya perlu memandu kira – kira 15 minit sahaja untuk tiba ke destinasi. Selain menyediakan kemudahan asas di dalam bilik penginapan, pengunjung juga boleh menonton sehingga 33 saluran tv yang disediakan.

 

Harga : Bermula serendah RM 93 satu malam

Alamat: No. A 25 & A 27, Jalan Tun Ismail 1, 25000 Kuantan 


Hotel Classic 

Hotel Classic ini pernah memenangi anugerah Best Budget Hotel menawarkan kemudahan penginapan bajet yang sangat selesa. Terletak berhadapan Sungai Kuantan, pastinya memberi pemandangan yang indah buat para pengunjung. Turut menyediakan sarapan pagi setiap hari dengan pelbagai pilihan menu yang menarik. Jarak pemanduan antara hotel dengan Berjaya Megamall hanyalah 10 minit dan dari Desa Nelayan pula 15 minit sahaja.

 

Harga : Bermula serendah RM 81 satu malam

Alamat: 7 Bangunan LKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

 

Hotel  Vivo 

Hotel Vivo antara hotel bajet yang kerap mendapat kunjungan berulang dari pengunjung yang sama. Ini kerana biarpun ianya dikategorikan sebagai hotel bajet, namun hotel ini menyediakan kelengkapan bilik yang sangat memuaskan hati. Setiap bilik dilengkapi pendingin hawa serta tempat tidur yang selesa. Lokasinya berhampiran kedai dan restoran memudahkan pengunjung untuk menjamu selesa jika menginap di sini.

 

Harga : Bermula serendah RM 65 satu malam

Alamat: A4392 Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

 

Hotel Sri Manja

Hotel Sri Manja ini terletak di Bandar Indera Mahkota dengan jarak pemanduan selama 12 minit dari bandar Kuantan. Terdapat 6 jenis bilik bermula dari deluxe queen room hinggalah junior suite. Kadar harga untuk satu malam bermula dari RM 118 sahaja. Menyediakan kolam renang bersaiz besar untuk para pengunjung pastinya menyeronokkan. Hotel ini juga menyediakan kemudahan untuk mengadakan kursus atau seminar dengan harga yang berpatutan. Untuk sarapan pagi di hotel, caj serendah RM 15 dikenakan untuk orang dewasa dan RM 10 bagi kanak – kanak.

 

Harga : Bermula dari RM 118 satu malam

Alamat: Jalan IM 7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan Pahang


Hotel Greenleaf 

Hotel ini terletak berhampiran Masjid Sultan Ahmad, Muzium Tokoh Pahang, Taman Rekreasi Kuantan, pusat membeli belah dan lain – lain. Saiz bilik agak besar dan boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa. Mempunyai bilik mesyuarat yang boleh menampung kapasiti sehingga 80 orang dalam satu masa menjadikan hotel ini antara pilihan ramai untuk mengadakan mesyuarat / seminar.

 

Harga : Bermula serendah RM 63 satu malam

Alamat: No 60-62, Jalan Bukit Ubi, 25200 Kuantan, Pahang

 

Hotel Riverside  

Hotel Riverside menawarkan penginapan bajet dengan harga serendah RM 68 untuk satu malam. Lokasinya terletak di kawasan bandar dan bersebelahan Sungai Kuantan. Walau pun ianya sebuah hotel bajet, namun hotel ini menyediakan bilik penginapan jenis deluxe dan eksekutif yang bersih, selesa serta kemudahan asas dalam bilik untuk para pengunjung.

 

Harga : Bemula dari RM 68 satu malam

Alamat: 47, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang

 

Hotel Elite 

Hotel ini terletak tidak jauh dari Kuantan Parade dan juga East Coast Mall dengan anggaran 10-15 minit sahaja jika berjalan kaki. Tetamu juga boleh berkunjung ke Pantai Telok Cempedak yang terletak kira – kira 20 minit sahaja perjalanan. Bagi yang menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan, lapangan terbang terletak hanya 30 minit sahaja jarakanya dengan memandu. Hotel Elite juga turut dikelilingi pelbagai kedai, restoran dan juga kedai pengurup wang yang memudahkan pelanggan untuk membuat pertukaran matawang. Bilik penginapan juga turut dilengkapi dengan kemudahan asas yang sebaiknya untuk kegunaan para tetamu.

 

Harga : Bermula serendah RM 64 satu malam

Alamat : 78, Jalan Besar, Bandar Kuantan, Kuantan


The Sky Inn

The Sky Inn terletak di Teluk Chempedak, Kuantan dan hanya kira-kira 200 meter sahaja dari pantai. Hotel ini juga berada kira – kira 5 km dari Sultan Ahmad Shah International Convention Centre dan 2.6km dari Kuantan Recreational Parks. Masjid Sultan Ahmad Shah 1 pula terletak sejauh 5km sahaja, begitu juga dengan Muzium Hero.

 

Harga : Bermula dari RM 120 satu malam

Alamat : No 2A&B Jalan Sim Lim, Teluk Cempedak, Kuantan

 

The V Hotel

Hotel ini berada di tengah bandar Kuantan dan sangat mudah untuk ke Kawasan sekitar yang berdekatan. Bangunan hotel kelihatan agak mewah namun menawarkan penginapan dengan harga yang berpatutan. Setiap bilik turut dilengkapi pelbagai kemudahan untuk para tetamu.

 

Harga : Bermula hanya dari RM 80 satu malam

Alamat : No. 3, Jalan Haji Abdul Rahman, Kuantan

 

The Leverage Lite 

Hotel ini agak baru di Kuantan. Mempunyai tempat letak kereta yang banyak dan luas memudahkan para tetamu menginap di sini. Kemudahan bilik dengan katil bertaraf lima bintang pastinya memberi keselesaan kepada para tetamu.

 

Harga : Bermula dari RM 95 satu malam

Alamat : A-289 Jalan Air Putih, Kuantan 

 

GM Hotel 

 

Menyediakan bilik kapsul yang boleh menempatkan seramai empat orang tetamu dan hanya dikhususkan buat tetamu lelaki sahaja. Bagi bilik ini, katil yang disediakan adalah secara bertingkat, dilengkapi dengan rak penyimpanan barang serta peti keselamatan yang ditempatkan di sisi katil. Bilik penginapan lain juga disediakan untuk para tetamu yang datang berpasangan atau berkeluarga. Ruang bilik agak terhad namun tetap selesa.

 

Harga : Bermula serendah RM 61 satu malam

Alamat : B-106 & B-108 Jalan Bukit Ubi, Kuantan, Pahang

 

Carlton Inn

Harga bilik serendah RM 64 sahaja untuk satu malam, hotel ini tetap menawarkan bilik penginapan yang memuaskan hati para pelanggan. Hiasan bilik agak ringkas namun tetap menarik perhatian. Terletak di tengah bandar Kuantan pasti sentiasa menjadi pilihan para pengunjung.

 

Harga : Bermula hanya dari RM 64 satu malam

Alamat : B-802 and 804, Jalan Bukit Ubi, Kuantan, Pahang

 

OYO 44043 First Garden Hotel

Hotel bertaraf dua bintang ini boleh didiami dengan kadar serendah RM 43 sahaja untuk satu malam. Bilik yang disediakan agak kecil sesuai bagi yang datang secara solo atau berpasangan. 

 

Harga : Bermula dari RM 43 satu malam

Alamat : No. 43 Jalan Haji Junid, Perkampungan Seri Teruntum, Kuantan

 

Meriton Hotel

Hotel Meriton berada hanya kira – kira 600 meter sahaja dari tengah bandar. Jika ingin ke Berjaya Megamall, pengunjung boleh berjalan kaki sekitar 3 minit sahaja. Di kelilingi dengan tempat – tempat menarik untuk dilawati, pastinya Meriton Hotel menjadi pilihan ramai.

 

Harga : Bermula dari RM 107 satu malam

Alamat : Jalan Tun Ismail 10, Kuantan

 

Kosma Boutique Hotel

Kosma Boutique Hotel ini berada di lokasi yang begitu strategik. Hanya beberapa minit perjalanan sahaja, pengungjung boleh menghabiskan masa untuk membeli belah atau bersiar – siar di tepian pantai Teluk Cempedak. Setiap bilik dihiasi dengan gaya kontemporari serta memenuhi standard para tetamu.

 

Harga : Bermula serendah RM 73 satu malam

Alamat: A-73, Jalan Teluk Sisek, Kuantan

 

TC Theme Park

Bagi yang ingin bermalam berhampiran pantai Teluk Cempedak, TC Theme Park adalah yang paling sesuai. Terletak di Lot Banglo 3 Jalan Sim Lim, Pantai Teluk Chempedak hanya kira – kira 4.8km sahaja dari pusat bandar. Bagi yang membawa anak kecil pasti seronok bermalam di sini kerana terdapat kolam renang untuk bermandi manda. Bagi yang ingin BBQ pada waktu malam, kemudahan memasak turut disediakan.

 

Harga : Bermula hanya dari RM 90 satu malam

Alamat : Lot banglo 3 Jalan Sim Lin, Teluk Cempedak, Kuantan

 

Pastinya dengan artikel ini membolehkan anda memilih penginapan yang sesuai dengan bajet. Harga serendah RM 50 sahaja untuk satu malam cukup memuaskan hati dan turut memberi keselesaan kepada para pengunjung.