Hotel murah di Shah Alam

Shah Alam yang merupakan ibu negeri Selangor turut dikenali dengan gelaran Bandaraya Anggerik merupakan salah satu destinasi pelancongan yang anda harus  kunjungi selain Bandar Melaka dan Port Dickson. Antara yang menarik di Shah Alam adalah tempat makan yang begitu banyak serta menarik untuk dicuba. Selain itu juga, di Shah Alam ini terdapat banyak tempat – tempat menarik seperti laman seni, taman tema, taman botani, pusat membeli belah dan banyak lagi tempat menarik yang boleh ditemui di sini. Atas factor itulah Shah Alam dikelilingi dengan hotel – hotel atau tempat penginapan yang sesuai dijadikan tempat singgahsana semasa bercuti di Shah Alam. Sebagai pengunjung yang akan bercuti serta berkunjung di Shah Alam, anda boleh membuat pilihan berdasarkan bajet anda.

 

SENARAI HOTEL MURAH DI BAWAH RM 150 SEMALAM

 

  1. Havenue Hotel

 

Havenue Hotel merupakan antara hotel bajet yang terletak di Pusat Komersial Arena Bintang. Antara tarikan sekitar hotel ini adalah seperti Zoo di Kampung Baru Subang, Subang Jaya Youth Club jarak kira – kira 10.38km, Subang Galaxy dengan jarak 2.60km, Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam Convention Centre hanya 10km, Stadium Shah Alam pula hanya 8km jarak perjalanan dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah hanya kira – kira 3km dari hotel. Walaupun ianya merupakan sebuah hotel bajet, namun setiap bilik penginapan di hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hotel – hotel lain. Malah hotel ini turut menyediakan kemudahan akses wifi yang cepat dan pantas untuk kemudahan para pengunjung. Suasana hotel ini begitu homie dan moden sangat menitikberatkan keselesaan para pengujung. Susun atur serta dekorasinya begitu mesra dan indah turut menggamit hati para pengunjung. Konsep serta rekaan dalamannya cukup menepati jiwa para pengunjung. Katilnya yang begitu empuk serta tiada sebarang gangguan pasti melenakan tidur malam para pengunjung hotel.

 

Harga: Bermula dari RM 88 Semalam

Alamat: A-08, Jalan Zuhal U5/178, Pusat Komersial Arena Bintang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam

No Telefon: 03-7734 0760

 

  1. Pegasus Hotel Shah Alam

 

Pegasus Hotel Shah Alam terletak hanya kira – kira 1km dari Shah Alam Convention Centre. Ia juga berada tidak jauh dari Stadium Malawati iaitu hanya 2.8km sahaja jarak dari hotel ini.

Pegasus Hotel Shah Alam menawarkan kemudahan seperti sauna dan gim buat para pengunjung secara percuma. Kemudahan seperti ini adalah sangat jarang disediakan oleh hotel bajet di kawasan sekitar Shah Alam. Walaubagaimanapun, antara kemudahan menarik yang disediakan ini telah menarik ramai pengunjung untuk bermalam di hotel ini. Dekorasi di hotel ini juga begitu menarik, moden dan kelihatan mewah. Pasti pengunjung tidak akan menyangka bahawa hotel ini merupakan hotel bajet tatkala melihat dekorasinya yang agak mewah. Di setiap sudut hotel juga menampilkan rekabentuk kreatif dan unik. Rekabentuk, warna serta hiasan dalaman bilik penginapan juga begitu menarik dengan warna – warna ceria menimbulkan mood dan suasana yang tenang serta selesa buat para pengunjung.

 

Harga: Bermula dari RM117 Semalam

Alamat: IDCC Shah Alam Jalan Pahat L 15/L, Dataran Otomobil, Sek 15, 40200 Shah Alam

No Telefon: 60 3-5036 8888

 

 

 

 

  1. Alami Garden Hotel

 

Alami Garden Hotel terletak di Presint Alami, Seksyen 13 Shah Alam. Ia mempunyai daya tarikannya sendiri kerana terletak di kawasan berhampiran Pusat Perniagaan Worldwide, Kampus MSU, Tesco Hypermarket, AEON Mall, Pusat Akuatik, Kelab Shah Alam, Taman Botani Negara Shah Alam, Shah Alam Extreme Park, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Plaza Alam Sentral, I-City, Muzium Sultan Alam Shah dan banyak lagi. Hotel ini menawarkan bilik hotel jenis apartment dan juga bilik biasa. Sekiranya anda berkunjung dalam jumlah yang ramai, adalah disarankan memilih bilik jenis apartment untuk keselesaan ramai. Bagi penginapan jenis apartment, hotel ini menyediakan kemudahan ruang balkoni, ruang tamu, 2 buah tandas, serta 6 buah katil single untuk para pengunjung. Hotel ini juga menyediakan akses wifi yang sangat pantas buat para pengunjung. Selain menyediakan kemudahan membuat minuman panas kopi dan the, hotel ini turut menyediakan biskut untuk santapan para pengunjung.

 

Harga: Bermula dari RM 138  Semalam

Alamat: 1-13, Block 1, Presint Alami, No. 2, Persiaran Akuatik , 40100 Shah Alam

No Telefeon: 03-5518 1223

 

  1. Mimilala Hotel @ i-City, Shah Alam

 

Mimilala Hotel terletak berhampiran I-City Shah Alam. Antara tarikan yang ada berhampiran hotel ini adalah seperti Taman Botani Negara Shah Alam, Laman Seni Seksyen 7, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Wet World Shah Alam dan banyak lagi daya tarikan di sekitar hotel ini. Bagi pengunjung yang ingin bercuti ke I-City, boleh cuba penginapan di Mimilala Hotel ini. Walaupun hotel ini merupakan hotel bajet, namun ia juga menyediakan kemudahan surau buat pengunjung yang beragama Islam. Kedudukan hotel ini yang terletak di deretan kedai, turut memudahkan pengunjung untuk menjamu selera serta mendapat pelbagai keperluan. Hotel ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hotel lain turut menyediakan kemudahan wifi buat para pengunjung serta wangian bilik yang begitu nyaman sekali.

Harga: Bermula dari RM 80 Semalam

Alamat: No.22, Jalan Keluli AN7/AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

No Telefon: 03-3362 6219

 

  1. The Tree Boutique Hotel

 

The Three Boutique Hotel antara hotel yang berharga di bawah RM 100 semalam. Ia terletak di Pusat Komersial Seksyen 7 di mana ia berada di antara kawasan membeli belah terutama buat para wanita. Kawasan sekitar hotel ini merupakan kedai serta butik pakaian yang terkenal. Pastinya kaum wanita yang menginap di hotel ini tidak akan melepaskan peluang untuk membeli belah di sini. Selain kedai dan butik pakaian, kawasan sekitar hotel juga turut dipenuhi dengan restoran – restoran makanan yang menarik serta sedap – sedap belaka. Selain itu, hotel ini tidak jauh dari I-City Shah Alam yang sering menjadi tempat pilihan par a pengunjung. Pastikan anda menginap di hotel ini.

 

Harga: Bermula dari RM 88 Semalam

Alamat: No 2-A & 4-A, Jalan Plumbum Q7/Q, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, 40000 Shah Alam

No Telefon: 03-5519 3997

 

  1. M Avenue Hotel

 

M Avenue Hotel ini mempunyai bangunan yang diwarnakan dengan warna merah, putih dan biru merupakan sebuah hotel bajet yang berkonsep moden. Lokasinya begitu strategic di mana terletak berhampiran butik pakaian dan juga restoran yang menarik. Malah restoran di sini di buka sehingga lewat malam membolehkan para pengunjung hotel bersantai bersama keluarga. Selain itu juga, hotel ini terletak berhampiran taman tema I-City iaitu kira – kira 2 km sahaja dari hotel. Terdapat juga pusat membeli membelah yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung kerana terletak tidak jauh dari hotel ini. Hotel ini turut menyediakan pelbagai kemudahan buat para pengunjung dan istimewanya bilik – bilik di hotel ini adalah kalis bunyi dan sudah pasti tidur anda begitu nyenyak tanpa sebarang gangguan bunyi bising dari luar.

 

Harga: Bermula dari RM100 Semalam

Alamat: C-1-G Jalan Serai Wangi H 16/H, Alam Avenue 1, Persiaran Selangor, Seksyen 16, 40200 Shah Alam

No Telefon: 03-5524 4525

 

  1. Best View Boutique Hotel Kota Kemuning

 

Best View Boutique Hotel ini kelihatan begitu ringkas dengan suasana di dalam biliknya tidak begitu padat dengan perabot. Walaubagaimanapun, perabot yang digunakan bersifat moden dan  juga masih baru. Gabungan warna natural seperti hitam, coklat dan putih serta beberapa warna lain turut menceriakan suasana bilik di hotel ini. Hotel ini dilengkapi dengan kemudahan tv lcd serta menggunakan sistem kunci elektronik di setiap bilik bagi menjamin tahap keselamatan yang tinggi. Lokasi hotel ini terletak di kawasan strategik di mana ia berada tidak jauh dari kawasan berikut :

  • 7.8km dari Gamuda Walk Kota Kemuning
  • 9.2km dari Uptown Shah Alam
  • 13.9km dari Bandaraya Shah Alam
  • 4.2km dari Giant Hypermarket Utama Kemuning
  • 8.0km dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
  • 8.0km dari AEON Mall Shah Alam
  • 15.0km dari UiTM Shah Alam

 

Harga: Bermula dari RM 77 Semalam

Alamat: 50 Jalan Biola 33/1, 40350 Shah Alam

No Telefon: 03-51316530

 

  1. Intekma Resort & Convention Centre

 

Intekma Resort & Convention Centre (IRCC) terletak di tengah – tengah bandar utama di Lembah Klang dan juga sub bandar Kuala Lumpur. Ia juga terletak tidak jauh dari kampus utama UiTM, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Pusat Komersial Shah Alam, Hospital serta mengambil masa kira – kira 45 minit sahaja dari KLIA. Hotel ini menawarkan penginapan jenis hotel dan apartment sesuai dengan keperluan para pengunjung. IRCC ini dikelilingi dengan tumbuhan – tumbuhan semulajadi dan suasana begitu tenang di sini. Jenis – jenis bilik yang ditawarkan di sini adalah bilik Premier, Premier Deluxe, Premier Executive, Standard, Deluxe, Junior Suite, 2 Rooms Suite, Executive Suite, 1 Rooms Apartment, 2 Rooms Apartment dan 3 Rooms Apartment. IRCC ini juga menawarkan kemudahan kolam renang yang begitu besar serta selesa buat para pengunjung. Sebagai pengunjung yang menginap di hotel ini, anda tidak perlu berasak sewaktu di kolam mandi kerana ternyata keluasan kolam renang di sini cukup luas.

 

Harga: Bermula dari RM 104 Semalam

Alamat: Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

No Telefon : 03-5522 5000

 

  1. Laman Green The Boutique Hotel

 

Laman Green The Boutique Hotel terletak tidak jauh dari Shah Alam Convention Centre (SACC) kira – kira 3.2.km sahaja. Selain itu, ia juga terletak berhampiran Stadium Shah Alam iaitu sejauh 700 meter manakala terletak kira – kira 5km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Hotel ini menggabungkan konsep futuristik sebagai rekaan dalaman hotel telah menampilkan suasana yang begitu unik. Di ruang lobi hotel kelihatan dindingnya dihiasi dengan rumput hingga ke siliing. Malah, potongan kayu sebagai latar belakang kaunter begitu menarik perhatian. Bilik penginapan di hotel ini agak kecil tetapi dihiasi dengan konsep yang menarik malah membuatkan ia turut kelihatan agak mewah. Hotel ini juga terletak berhampiran restoran – restoran Melayu yang boleh anda cuba. Menawarkan kelengkapan bilik dan perkhidmatan wifi di setiap ruang hotel buat para pengunjung.

 

Harga: Bermula dari RM 90 Semalam

Alamat: 8 & 10, Jalan Renang 13/26, 40100 Shah Alam

No Telefon: 03-5511 8808

 

  1. Hotel de Art

Hotel de Art terletak di Shah Alam mempunyai hiasan yang begitu menarik di mana hiasan – hiasan yang memenuhi ruang hotel adalah hasil karya – karya seni anak tempatan. Ruang lobi hotel ini dilengkapi dengan perabot yang elegan serta lukisan di dinding yang bertemakan Paris. Kelihatan hotel ini seperti galeri seni di mana terdapat begitu banyak koleksi seni dipamerkan di sini. Bilik penginapan hotel pula menampilkan tema yang berbeza – beza. Ia juga mempunyai beberapa cawangan di sekitar Shah Alam antaranya di Seksyen 19, Seksyen 7 dan juga berhampiran I-City Shah Alam. Walaubagaimanapun, setiap hotel ini menawarkan kadar sewa bilik yang berbeza.

 

Harga: Bermula dari RM 118 Semalam

Alamat: No. 2 Jalan Nelayan D 19/D, Section 19, 40300 Shah Alam

No Telefon: 03-5888 7090

 

Harga: Dari RM 83 Semalam

Alamat: No.19 Jalan Keluli 7/110, Section 7, 40000 Shah Alam

No Telefon: 03-5880 5588

 

Harga: Bermula dari RM 126 Semalam

Alamat: 3, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7,, 40000 Shah Alam

No Telefon: 03-5518 0975

 

  1. Best Western I-City

 

Best Western I-City berada di tengah – tengah I-City iaitu taman tema yang terkenal di Shah Alam. Sudah pasti ia juga menjadi pilihan utama para pengunjung I-City kerana lokasinya yang begitu strategic memudahkan para pengunjung mengunjungi I-City dengan mudah. Para pengunjung dapat menikmati pemandangan menarik dari I-City hanya dengan melihatnya dari tirai kamar hotel sahaja.

 

Harga: Bermula dari RM 148 Semalam

Alamat: A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia, CityPark, i-City,, 40000 Shah Alam

No Telefon: 03-5521 9000

 

 

  1. D’Metro Hotel

 

D’Metro Hotel ini terletak di Seksyen 19 Shah Alam dan hanya 2.9km dari Pusat Konvensyen Shah Alam, 3.6km jaraknya dari Stadium Malawati, 3.6km dari Stadium Shah Alam malah berada dalam jarak 9 km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Hotel ini menyediakan lounge serta restoran bagi kemudahan pengunjung menjamu selera. Ia menawarkan harga bilik yang begitu  murah buat para pengunjung. Hotel bajet ini menawarkan dekorasi yang menarik, kelengkapan bilik tidur serta wifi percuma. Hotel ini menampilkan persekitaran yang menarik malah ianya berhampiran dengan restoran – restoran yang begitu menyelerakan.

 

Harga: Bermula dari RM 80+ Semalam

Alamat: No.10, Jln Nelayan D 19/D, Seksyen 19, , 40300 Shah Alam

No Telefon: 03-5545 2693

 

Inilah senarai hotel – hotel murah yang terdapat di sekitar Shah Alam yang boleh menjadi sumber rujukan anda sebelum membuat perancangan bercuti di Shah Alam. Semoga artikel ini dapat memberi pilihan yang terbaik dan tepat buat anda.