iShareFans review scam ke tidak ?

Baru baru ini..banyak orang yang berkongsi link iSharefans di laman social media. Mari kita tengok benda ini betul ke tidak?

Apa itu iShareFans (ISF) ?

ShareFans adalah laman dimana seseorang boleh menjana pendapatan dengan membuat task di laman social media seperti TikTok, Instagram, Youtube ataupun Facebook. Konsep dan Idea untuk website iShareFans adalah berdasarkan penjualan beli like, share, subscribe untuk laman social media.  Pembeli fans,subscribers ataupun like akan membeli dari laman iShareFans. Untuk membuat duit, kamu boleh membuat task seperti like ,follow ataupun subscribe untuk si pembeli.

Kalau penguna buat task di laman social ini akan mendapat RM 1 untuk setiap task. Harga ini adalah amat tinggi , tasks maksima adalah 3 task sehari untuk akaun basic.  Akaun basic ada percuma. Kalau kamu banyar untuk upgrade akaun..boleh membuat lebih banyak task dan mendapat lebih banyak dalam sehari, di ini ada elemen Ponzi.  Cashout adalah RM100

Sebelum itu mari ini lihat umur page ini

Website ini adalah amat muda, baru start bulan Ogos tahun 2020. Kebiasaan website sebegini kurang reputasinya. ISF dimiliki oleh E&M E-commerce Sdn bhd. Laman rasmi di http://aikecity.com beralamat di Perak.

Company Name E & M E-COMMERCE SDN. BHD.
Company Registration No. 201701019436 (1233601-H)
Incorporation Date * 02 JUNE 2017
State PERAK
Age Of Company (Year) * 3

 

Akaun Bank yang pernah digunakan Isharefans

SEVEN DAYS MARKETI EM SB , Public Bank:  3218862233

Trinity Expert Management Sb , Public Bank : 3221561003

Company Registration Number

201901041459 (1350789-X)

 

Kami tidak dapat mencari dimana iShareFans membuat hosting disebabkan pengunaan Cloudfare. Tiada maklumat onwer yang sebenarnya, Design aplikasi adalah tidak memuaskan.Design macam aplikasi sehari..Benda ini macam boleh tutup bila bila sahaja. But masa ini  ,Isharefans sudah tidak boleh di akses

 

Modus Operandi ISF

ISF mula mula memberi wang yang tinggi dan percuma kepada penguna. Task boleh dibuat dan duit boleh dapat dengan amat mudah. Ini adalah agak kurang logik. Oleh itu penguna akan mengambil risiko untuk membeli akaun VIP dengan ISF untuk membuat lebih banyak duit

 

Hari Kedua

 

Cara ambil task

Penguna boleh membuat duit dengan follow dan link posting social media. Untuk memgambil task, Click di bahagian tasks.  Bagi mereka yang membeli akaun VIP boleh membuat lebih banyak tasks. Ini bermakna pembeli akan mendapat lebih banyak pulangan. Di sini ada sedikit keraguan dan elemen ponzi

 

KESIMPULAN

Bagi mereka yang membeli akaun VIP, itu adalah risiko dan tangungjawab sendiri , kalau dah dapat modal balik kira dah selamat. Seperti semua bentuk pelaburan and perniagaan ada risikonya,  Jangan gadaikan apa yang kamu tidak boleh hilang. Kalau setakat makan pun tak mampu, jangan masuk modal, main free dah cukup.  Benda ini boleh tutup bila bila sahaja