JAWATAN KOSONG PERKESO

Pertubuhan Keselamatan Sosial atau juga dikenali dengan nama ringkasnya PERKESO merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia. PERKESO bertindak sebagai agensi yang mentadbir serta melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan bertanggungjawab memberi perlindungan keselamatan sosial kepada para pekerja serta tanggungan mereka. Bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia, PERKESO telah membuka peluang pekerjaan dengan menawarkan pelbagai jawatan kosong untuk pengisian di seluruh Malaysia. Orang ramai yang berminat untuk menyertai agensi ini boleh membuat permohonan secara online.

Kekosongan jawatan yang terdapat di PERKESO adalah seperti berikut :

  1. Pegawai Eksekutif Sumber Manusia
  2. Pegawai Eksekutif Pengurusan
  3. Pegawai Eksekutif Pembangunan Perniagaan
  4. Pegawai Perubatan
  5. Pengurus Kes
  6. Application Developer
  7. Pegawai Juruteknik ICT
  8. Pegawai Penolong Latihan Vokasional
  9. Pegawai Penolong Penasihat Perubatan
  10. Pegawai Pembantu Pengurus Kes
  11. Pegawai Jurupulih Cara Kerja (Therapist)
  12. Pegawai Jurupulih Anggota (Physiotherapist)
  13. Pegawai Khidmat Pelanggan

Kelayakan dan Syarat – Syarat Permohonan adalah seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Memiliki sekurang – kurangnya SPM atau setaraf
  • Berpersonaliti yang ramah dan mesra, skil komunikasi yang baik dengan pelbagai pihak, komited terhadap pekerjaan serta boleh bekerja secara berpasukan dengan baik
  • Memiliki sikap proaktif

Kelebihan PERKESO

  • Pendapatan bulanan dengan pelbagai imbuhan atau elaun yang menarik
  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit serta lain – lain tertakluk kepada syarat yang ditetapkan

Cara Memohon

  • Permohonan adalah secara online sahaja dan bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu di dalam sistem sebelum membuat sebarang pengisian data dalam sistem. Untuk memohon secara online, anda perlu layari laman web PERKESO di http://hr.perkeso.gov.my.
  • Layari portal http://hr.perkeso.gov.my/ dan klik butang Daftar.
  • Masukkan nama penuh, emel, username, password, verify password dan nombor kad pengenalan. Klik butang Sign Up untuk mencipta akaun anda.
  • Setelah berjaya mencipta akaun di dalam sistem pekerjaan PERKESO, anda boleh masuk ke dalam sistem dengan memasukkan username dan password. Kemudian, klik butang Log in. Anda akan dibawa ke paparan skrin yang seterusnya.
  • Masukkan maklumat peribadi anda ke dalam sistem dengan lengkap. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul dan tepat bagi mengelakkan sebarang masalah semasa permohonan. Pastikan anda memuat naik resume terkini bersama gambar berukuran passport yang terbaru.
  • Pemohon juga disarankan sentiasa mengemaskini maklumat terkini seperti mana yang diperlukan.
  • Pilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik anda supaya peluang untuk dipanggil temuduga adalah tinggi berbanding memohon jawatan yang tidak setaraf dengan kelayakan akademik anda.
  • Permohonan dibuka mulai 23 September 2019 hingga 13 Oktober 2019. Anda perlu merujuk iklan penuh jawatan kosong PERKESO terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.
  • Calon yang benar – benar layak sahaja akan dipanggil temuduga dan sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam bulan, ia bermakna permohonan adalah tidak berjaya

Kekosongan jawatan adalah di seluruh negeri di Malaysia. Sekiranya pemohon mendapat panggilan temuduga dari PERKESO, pastikan pemohon telah benar – benar bersedia untuk berkhidmat serta bersedia untuk di tempatkan di mana – mana cawangan PERKESO di seluruh negeri. Gaji permulaan yang ditawarkan oleh PERKESO bermula dari RM 1,400 sebulan sehingga RM 10,000 dan ianya bergantung kepada jawatan yang ditawarkan.