Jenis – jenis Hotel Yang Terdapat di Malaysia
Setiap kali tibanya musim cuti sekolah atau cuti umum, pastinya anda merancang untuk bercuti bersama keluarga. Di dalam Malaysia juga mempunyai tempat – tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Walaubagaimanapun, bukan tempat yang menarik akan ditulis. Artikel kali ini adalah berkisar jenis – jenis penginapan yang terdapat di Malaysia. Kebiasaannya hotel – hotel akan penuh ditempah orang ramai, namun masih ada alternatif lain yang boleh anda pilih sebagai penginapan anda.
Hotel
Hotel merupakan bilik penginapan yang menyediakan kemudahan bagi pengunjung untuk beristirehat dan juga bermalam jika berada di luar kawasan untuk bercuti ataupun atas urusan kerja. Ia biasanya dipilih bagi penginapan jangka pendek. Kemudahan asas biasanya disediakan oleh pihak hotel untuk keselesaan pengunjung. Hotel – hotel yang besar biasanya menyediakan kemudahan kolam renang, pusat kecergasan, restoran dan spa untuk kemudahan pelanggan.
Airport Hotel
Kebiasaannya hotel jenis ini berada di kawasan berhampiran lapangan terbang. Ia memudahkan penumpang kapal terbang berada di kawasan berhampiran sebelum meneruskan penerbangan. Lokasinya yang terletak berdekatan lapangan terbang mengelakkan risiko terlepas penerbangan yang sepatutnya. Hotel yang berdekatan dengan KLIA dan KLIA2 adalah TH Hotel dan juga Tune Hotel.
Resort Hotel
Resort Hotel mempunyai tarikan yang tersendiri. Biasanya ia mempunyai taman tema, pantai, tempat bersejarah, spa atau sebagainya yang mampu menarik pengunjung menginap di hotel jenis ini. Menjelang cuti sekolah dan cuti umum biasanya resort hotel sering mendapat sambutan ramai. Kemudahan yang disediakan juga cukup mewah dan selesa. Tarikan – tarikan baru akan sentiasa diperkenalkan bagi menarik lebih ramai pengunjung. Antara resort hotel yang terdapat di Malaysia adalah seperti Sunway Resort Hotel & Spa, A Famosa Resort, Bukit Merah Laketown Resort, Bukit Gambang Resort dan banyak lagi.
Boutique Hotel
Boutique Hotel biasanya memiliki keunikan yang tersendiri dari segi seni bina serta hiasan dalamannya. Ia tidak sama seperti hotel – hotel lain kerana menampilkan identiti yang tersendiri serta lebih ringkas berbanding hotel – hotel yang terdapat di Malaysia. Antara boutique hotel di Malaysia adalah seperti casa Del Rio, Melaka………….
Motel
Motel sebenarnya bermaksud more to way hotel. Hotel jenis ini biasanya terletak berhampiran jalan – jalan utama. Malah, bilik penginapan di sini juga biasanya bertentangan dengan jalan besar yang memudahkan pengunjung akses ke motel ini untuk menginap. Harga sewa bilik di motel juga lebih murah dan sangat ekonomi.
Homestay
Homestay merupakan penginapan berkonsep rumah yang disewakan kepada pengunjung yang datang bersama kumpulan yang agak besar. Harga sewaan homestay lebih berpatutan sekiranya pengunjung bercuti bersama ahli keluarga yang ramai. Terdapat pilihan homestay jenis 2 bilik hingga 3 bilik, teres atau rumah dua tingkat, atau juga jenis flat atau apartment. Sekiranya berkonsep apartment, mungkin juga terdapat kolam renang yang boleh digunakan oleh pengunjung sekiranya menginap di apartment tersebut.
Jenis Hotel Berdasarkan Bintang
Terdapat juga jenis hotel mengikut kategori bintang yang dimiliki. Hotel di Malaysia memiliki pengiktirafan bermula dari 1 bintang hingga 5 bintang. Klasifikasi hotel berdasarkan bintang adalah seperti berikut :
Hotel 1 Bintang (*)
Hotel jenis ini bersaiz kecil dengan keluasan bilik penginapan yang terhad, iaitu minimum 20m². Jumlah bilik penginapan juga biasanya agak sedikit dengan jumlah minimum 15 buah bilik sahaja. Biasanya hotel ini terletak di kawasan orang ramai dan berhampiran pengangkutan awam. Ia juga biasanya berhampiran ndengan pusat – pusat hiburan dan harga sewaannya juga sangat berpatutan.
Hotel 2 Bintang (**)
Hotel 2 Bintang ini terletak di lokasi yang mudah di akses. Bangunan hotel pula cantik, bersih dan rapi. Malah, ia juga bebas pencemaran. Jumlah minimum bilik penginapan sebanyak 20 buah bilik, malah turut memiliki sebuah bilik suite. Saiz minimum bilik standard lebih kurang 22 m² dan saiz minimum bilik suite pula adalah 44m². Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tv, telefon, bilik mandi, pendingin udara dan sebagainya. Hotel ini turut dilengkapi dengan lobi kecil.
Hotel 3 Bintang (***)
Lokasi hotel ini biasanya terletak berhampiran pusat – pusat perniagaan, pusat membeli belah dan terletak berhampiran bandar – bandar utama. Memiliki lobi yang selesa, bilik yang luas serta layanan yang lebih baik. Hotel jenis ini biasanya memiliki minimum 2 buah bilik suite, dan minimum 20 buah bilik standard. Ia juga menyediakan restoran untuk pelanggan menjamu selera. Perkhidmatan valet parking juga disediakan.
Hotel 4 Bintang (****)
Hotel bertaraf 4 bintang ini biasanya menjadi pilihan golongan professional. Hotel ini mempunyai standard yang tersendiri semasa memberi perkhidmatan kepada para tetamu. Biasanya hotel ini memiliki bangunan yang cukup besar dan terletak berhampiran pusat membeli belah, pusat hiburan dan juga restoran. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Memiliki lobi yang luas, bar, restoran, pusat kecergasan, kolam renang dan banyak lagi. Mempunyai minimum 50 buah bilik standard dan minimum 3 buah bilik suite untuk para tetamu.
Hotel 5 Bintang (*****)
Hotel bertaraf 5 bintang ini merupakan hotel yang termewah dengan kemudahan tambahan serta perkhidmatan yang terbaik. Memegang prinsip bahawa tetamu adalah nombor satu, ia perlu dilayan dan disambut baik ketika tetamu tiba di muka pintu hotel. Menyediakan welcome drink buat tetamu yang menginap. Kemudahan bilik tidur yang selesa, bilik yang begitu luas. Biasanya hotel ini memiliki minimum bilik standard sebanyak 100 buah bilik dan bilik suite minimum 4 bilik. Hotel ini juga memiliki kolam renang, pusat kecergasan, restoran, valet parking dan banyak lagi.
Setiap penginapan yang terdapat di Malaysia ini mempunyai kadar sewaan yang berbeza mengikut penginapan yang di pilih. Ia juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang berbeza. Oleh sebab itu juga harganya turut berbeza. Anda yang ingin bercuti bersama keluarga boleh membuat pilihan mengikut jenis yang bersesuaian. Ini bagi memastikan semua ahli keluarga dapat bercuti dengan selesa dan juga gembira.