Permohonan Kad Siswa 1Malaysia
Kad Siswa 1Malaysia (KDS1M) ini diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi dan Kepenggunaan bagi membantu meringankan kos sara hidup pelajar di Negara ini. Kad ini juga merupakan satu inisiatif para siswa di dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang telah diadakan pada November 2011. Baucar Bantuan Buku 1Malaysia juga tidak lagi dikeluarkan buat para pelajar institut pengajian tinggi awam. Walaubagaimanapun, Bantuan Buku 1Malaysia telah digantikan dengan Kad Siswa 1Malaysia buat para pelajar yang layak di mana sebanyak RM 250 akan dikreditkan ke akaun bank pelajar melalui Kad Siswa 1Malaysia. Bagi mendapatkan kad siswa ini, para pelajar perlu mendaftar dengan Bank Kerjasama Rakyat. Kad ini juga boleh digunakan di premis – premis perniagaan terpilih bagi mendapatkan diskaun harga barangan tertentu. Kad Siswa 1Malaysia ini mempunyai banyak kelebihan lain selain Bantuan Buku 1Malaysia. Ia juga boleh digunakan di premis makanan segera seperti KFC, tiket keretapi, kedai – kedai yang terpilih dan banyak lagi. KDS1M ini mempunyai fungsi iaitu boleh digunakan sebagai kad diskaun untuk pembelian barang atau perkhidmatan, boleh juga dijadikan kad debit, kad ATM sama seperti kad bank yang lain dan kad yang menggantikan baucer buku berjumlah RM250.00.
Antara premis perniagaan yang bekerjasama dengan kad siswa 1Malaysia adalah seperti berikut :
KEDAI BUKU DAN ALAT TULIS
- MPH Bookstores
- BORDERS
- RONA
- Imlaq Book Centre
- Klang Trading
- Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
- Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad
- Koperasi Unversiti Sains Malaysia Berhad
KELENGKAPAN PERALATAN SUKAN DAN PAKAIAN
- iFamily
- Bata
- Texline Lino
- Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
KLINIK / OPTOMETRI / CERMIN MATA
- Qualitas Health
- Poliklinik An – Nisa’
- Menara Optometry
- Focus Point
RESTORAN MAKANAN DAN MINUMAN
- KFC
- A & W
- Daily Fresh
- Restoran Kenny Crab
- Legend’s Claypot Bariyani House
- The Chicken Rice Shop
- Dubu Dubu Seoul Food
- Sweet Chat
- Pancake House International
- Bangi Kopitiam
- Coffee Berry
- Station One Café
- My Java Coffee
- Gloria Jeans Coffee
HOTEL DAN PENGINAPAN
- Ancasa Express Pudu
- Ancasa Hotels & Spa Kuala Lumpur
- Ancasa Hotel & Resorts
- Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
- Leo Express Hotel
- Jerejak Rainforest Resort Penang
- Tune Hotel
- Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
- Koperasi Majlis Guru Agama Menengah Berhad
- Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan
- Koperasi Guru – Guru Melayu Kedah Berhad
- Rakyat Travel Sdn Bhd
PRODUK / PUSAT KECANTKAN / SALON
- Paris Hill
- Foot Master
- Clara
- Proactiv
- Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad
Produk IT
- Koperasi Pegawai – Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
- Koperasi Celcom Berhad
Pelajar yang memohon Kad Siswa 1Malaysia perlu mempunyai kriteria – kriteria berikut :
- Sedang mengikuti sebarang program atau kursus dalam tempoh 1 tahun atau lebih samada di peringkat sijil, matrikulasi, diploma, ijazah dan ke atas serta berstatus aktif (semak kelayakan di IPT masing – masing)
- Merupakan warganegara Malaysia
- Pelajar perlu berada di Malaysia sepanjang tempoh pelaksanaan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT)
- Pelajar sedang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau separuh masa
- Hanya pelajar yang menuntut di IPT seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang berdaftar sahaja layak memohon
CARA PERMOHONAN KAD SISWA 1MALAYSIA
- Para pelajar boleh membuat permohonan secara online di laman web berikut https://www.bankrakyat.com.my/ mulai tarikh yang telah ditetapkan
- Tunggu emel pengesahan tentang permohonan anda. Permohonan telah direkodkan oleh sistem
- Sekiranya permohonan anda berjaya, satu emel kelulusan akan dihantar oleh sistem dan anda boleh menuntu Kad Siswa 1Malaysia tersebut di cawangan Bank Rakyat mengikut pilihan semasa membuat permohonan
- Pemohon tidak boleh menuntut di cawangan bank yang berbea semasa permohonan
- Pelajar IPT yang layak mendapat kad ini adalah pelajar dari IPT yang hanya diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta agensi – agensi lain yang terlibat.
Kad ini diberikan secara percuma kepada pelajar yang layak tetapi caj sebanyak RM 2.00 akan dikenakan bagi kehilangan kad atau kad yang rosak. Pemilik kad ini hanya perlu menunjukkan Kad Siswa 1Malaysia bersama kad pengenalan atau kad pelajar bagi mendapatkan diskaun di premis perniagaan yang terpilih sahaja. Tempoh sah kad ini ialah sepanjang tempoh pengajian pelajar sahaja dan tidak boleh diperbaharui.
Kadar diskaun atau tawaran yang ditawarkan oleh syarikat yang terlibat adalah berbeza antara satu sama lain tertakluk kepada kadar, terma dan syarat yang ditetapkan. Pelajar yang telah memiliki Kad Siswa 1Malaysia boleh membuat semakan secara online bagi baucar buku bernilai RM 250 yang dikreditkan terus ke akaun kad masing – masing.