Kebaikan Madu Kelulut
Sebelum mengetahui kebaikan madu kelulut, sebaiknya kita mengenal dahulu perbezaan lebah kelulut dengan spesies lebah yang lain. Lebah kelulut merupakan kelompok lebah yang tidak menyengat berbanding lebah biasa. Ia menghasilkan madu kelulut yang ternyata memiliki khasiat yang tersendiri. Di Malaysia, terdapat sebanyak 80 spesies lebah kelulut, namun hanya 10 spesies sahaja yang boleh menghasilkan madu dan selebihnya pula hanya bertindak sebagai agen pendebungaan.
Lebah biasa dan lebah kelulut berbeza dari segi morfologi, warna dan khasiat madu yang dihasilkan. Lebah madu dikenali dengan nama Apis spp dan yang terdiri daripada Apis mellifera (lebah import), Apis cerana (lebah keran) dan juga Apis dorsata (lebah tualang / lebah hutan).
Lebah kelulut yang turut dikenali dengan nama Trigona spp juga boleh diternak atau ditemui secara liar. Terdapat hanya dua jenis lebah kelulut yang dikomersialkan iaitu spesis Heterotrigona itama (itama) dan juga spesis Geniotrigona thoracica (torasika) kerana mampu menghasilkan madu serta sarang yang banyak dan berkualiti tinggi. Lebah kelulut spesis torasika mampu menghasilkan madu dalam jangka masa singkat dan mampu terbang sehingga 1 kilometer jaraknya. Bagi spesis itama pula, lebah ini bergerak perlahan dan bersaiz kecil. Kedua – dua lebah ini boleh diternak untuk jangka masa panjang dan memberi hasil yang agak lumayan.
Kandungan Madu Kelulut
Madu kelulut semakin mendapat perhatian di pasaran biarpun ianya agak baru. Terdapat pelbagai analisis dijalankan dan mendapati bahawa madu kelulut mengandungi vitamin C, mineral, asid fenilpropanoik, glukos, polyphenol dan sumber lain yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Madu kelulut juga mempunyai khasiat sebagai anti oksidan, anti-flammatory, pelindung kepada jantung, anti kanser, anti diabetes, anti mutase dan juga mempunyai antibiotik yang tersendiri.
Kebaikan dan Khasiat Madu Kelulut
Merawat kencing manis dan menurunkan paras kandungan gula
- Madu kelulut yang bertindak sebagai anti diabetes boleh menurunkan paras kandungan gula dalam darah
- Ia boleh merangsang penghasilan hormon insulin dan bertindak memecahkan kandungan gula dalam darah seterusnya digunakan oleh sel dalam badan
Pemangkin Penyembuhan Luka
- Madu kelulut boleh membantu mengurangkan keradangan luka, menghalang jangkitan kuman dan dapat menggalakkan pembaharuan tisu serta sel baru
- Ia juga dapat mencegah jangkitan pada kawasan sekitar luka dan membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat
Meningkatkan Kualiti Sperma
- Berasaskan sebuah kajian terhadap tikus makmal, madu kelulut juga boleh mengurangkan stress oksidatif pada organ reproduktif lelaki dan dapat meningkatkan hormon kesuburan lelaki.
Antioksidant Yang Tinggi
- Kandungan antioksida seperti flavonoid dan asid polifenik yang terdapat dalam madu kelulut ini adalah lebih 10 kali ganda berbanding madu lebah biasa
- Pengambilan madu kelulut dalam kehidupan harian dapat mencegah aktiviti radikal bebas dalam badan serta dapat meningkatkan tahap antioksida dalam badan di mana ia dapat menghalang serta dapat mengurangkan risiko kanser
Menurunkan Peratusan Lemak Dalam Badan
- Madu kelulut juga bersifat anti-obesiti di mana ia juga dapat mengurangkan peratusan lemak dan dapat mencegah pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan (hasil kajian ke atas tikus makmal).
Pengganti Gula Untuk Pesakit Diabetes
- University of Queensland telah membuat kajian dan di dapati bahawa madu kelulut mengandungi nilai glisemik yang rendah dan pengambilannya dalam diet harian tidak menjejaskan paras gula dalam darah.
Kesihatan Kulit
- Madu kelulut yang kaya dengan antioksida juga sering menjadi salah satu bahan utama di dalam produk kosmetik dan produk kecantikan
- Bersifat antipenuaan dapat merangsang penghasilan kolagen bagi mengekalkan keremajaan kulit
- Ia juga boleh melembutkan bahagian kulit yang agak kering dengan hanya menyapu madu tersebut di atas permukaan kulit.
Meningkatkan Kesihatan Minda
- Kandungan phenylalanine yang terdapat dalam madu kelulut mampu merangsang perkembangan fungsi synaptic dalam otak yang juga berperanan dalam menguatkan memori
- Terdapat juga kajian yang menunjukkan madu kelulut juga dapat mencegah anxiety.
Melawan Pembiakan Mikrob
- Bersifat anti mikrob membolehkan ianya melawan perkembangan pelbagai jenis kulat dan bakteria seperti E.Coli yang boleh menyebabkan cirit – birit serta jangkitan pada salur kencing, S.aureus serta Candida albicans yang menjadi punca kepada penyakit kulit.
Melegakan Saki Tekak
- Ia juga dapat melegakan sakit tekak yang dialami dengan mencampurkannya ke dalam air suam serta perahan lemon atau limau sebagai penawar semulajadi
Madu kelulut juga dikenali sebagai salah satu superfood di Malaysia kerana khasiat serta kebaikan yang terdapat di dalamnya. Oleh sebab itu semakin ramai mula mengambilnya sebagai makanan tambahan dalam kehidupan harian.
Cara minum madu kelulut
Kelulut boleh diminum begitu sahaja ataupun dicampur dengan air.