Kemaskini BSH
Pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah membuat permohonan boleh membuat pengemaskinian data di dalam sistem MyBSH. Bagi proses pengemaskinian data, pemohon perlu melayari portal rasmi MyBSH. Antara maklumat yang perlu dikemaskini oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Status perkahwinan : status pemohon samada telah bercerai atau telah kematian pasangan (perlu dinyatakan tarikh penceraian atau kematian pasangan)
- Alamat surat menyurat sekiranya terdapat sebarang perubahan. Alamat emel juga perlu dikemaskini
- Nombor telefon bimbit dan juga rumah
- Maklumat terkini akaun bank pemohon
- Maklumat tanggungan serta pasangan. Pastikan setiap nombor pengenalan diri seperti MyKid, MyKad, MyPR, passport, visa, sijil lahir tanggungan atau pasangan diisi dengan tepat
Setiap maklumat yang diberikan perlu tepat bagi mengelakkan sebarang kegagalan mendapatkan bantuan ini. Sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu, secara automatik pemohon tidak layak menerima BSH.
Terdapat dua cara untuk mengemaskini maklumat dalam sistem MyBSH iaitu secara manual atau online. Berikut merupakan proses penting bagi membuat pengemaskinian data secara online dan prosesnya adalah sangat mudah :
- Layari portal rasmi MyBSH di https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Semak
- Klik butang Request TAC No. (No. TAC yang dibekalkan hanya boleh digunakan dalam tempoh 6 jam sahaja. Pemohon perlu memohon semula No. TAC sekiranya telah melebihi tempoh tersebut)
- Masukkan No. TAC dan klik butang Hantar
- Setelah berjaya log masuk, klik butang Kemaskini. Pengemaskinian maklumat hanya boleh dilakukan sekiranya pemohon telah membuat pendaftaran permohonan dan menyimpan di dalam sistem MyBSH secara online. Walau bagaimana pun, sekiranya tindakan telah diambil oleh cawangan LHDN, pemohon tidak boleh membuat pengemaskinian lagi. Namun, pemohon perlu hadir di cawangan LHDN berhampiran sekiranya ingin membuat kemaskini maklumat secara manual.
Bagi pengemaskinian maklumat secara manual pula, pemohon perlu berkunjung ke cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDN yang berhampiran atau muat turun borang kemaskini BSH di portal rasmi BSH. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar semula ke cawangan / UTC / Pusat Khidmat LHDN sebelum tarikh akhir kemaskini.
Pemohon perlu membuat pengemaskinian data pada tahun semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti jumlah tanggungan dan sebagainya bagi mengelakkan keciciran nama mendapat BSH. Kebiasaannya, permohonan lambat diproses atau gagal adalah kerana maklumat yang diberikan tidak lengkap.
Setiap permohonan yang terdapat di dalam sistem BSH adalah berdasarkan permohonan pada tahun sebelumnya. Bagi yang telah lama memohon adalah penting untuk membuat pengemaskinian maklumat bagi memastikan pemohon masih hidup dan layak mendapat bantuan.
Pemohon yang pernah diluluskan BSH 2018 mungkin juga tidak layak untuk menerima BSH 2019. Ini disebabkan beberapa faktor seperti :
- Status berkahwin – pasangan bukan warganegara Malaysia; atau
- Bujang atau ibu bapa tunggal yang tidak mempunyai tanggungan; atau
- Bujang yang memiliki tanggungan
Hanya pemohon yang telah melepasi tapisan kelayakan adalah layak menerima BSH. Untuk menentukan kelayakan pemohon, maklumat yang diberikan akan disemak bersama beberapa agensi kerajaan supaya bantuan disalurkan kepada pemohon yang benar – benar layak sahaja. Antara agensi yang terlibat semasa proses pengesahan adalah seperti :
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
- Bendahari Negeri – negeri di Malaysia
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Kementerian Luar Negeri (KLN)
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Sebarang pertanyaan berhubung BSH ini boleh diajukan kepada secretariat BSH di talian bebas tol 1 800-88-2747 (LHDN) atau 03 – 8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) atau emel ke bsh@treasury.gov.my.