Kerja Sambilan Di Rumah
Kerja Sambilan Di Rumah
Perkembangan Internet telah mengurangkan jurang antara sempadan di mana kita boleh menjual perkhidmatan atau barangan kita di merata – rata secara global. Internet juga telah mewujudkan peluang dan industri baru kerana sudah tidak banyak bergantung kepada keperluan fizikal. Melalui internet, anda boleh bekerja dengan selesa di rumah anda atau di mana-mana sahaja. Perkembangan teknologi kini memungkinkan penghasilan kekayaan dan wang lumayan.
Sebenarnya tidak mudah untuk menghasilkan wang secara online. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan wang melalui online bergantung kepada kemahiran dan minat anda. Tiada cara yang tepat dan terbaik untuk menghasilkan wang secara online, tetapi andalah yang akan menentukannya. Berikut disertakan beberapa cara untuk menghasilkan wang dengan atau tanpa modal.
Jawab Soal Selidik Atas Talian
Anda juga boleh mencuba menjawab soal selidik atas talian seperti Clixsense dan IPanelonline. Cara ini memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang sangat rendah, walau bagaimanapun bayaran yang diberikan juga sederhana kecuali anda menyertai pelbagai laman web untuk meningkatkan pendapatan. Kelebihan program sebegini adalah tidak memerlukan modal dan kemahiran yang rendah. Apabila anda mendaftar, anda perlu melengkapkan maklumat peribadi, kemudian admin laman web tersebut akan memberikan soal selidik yang sesuai untuk anda. Pastikan anda sentiasa berada berkaitan dengan pasaran bidang penyelidikan. Penyelidik biasanya akan menyasarkan pembuat keputusan iaitu pembeli produk baru yang akan dipasarkan dalam beberapa bulan lagi. Bayaran bagi setiap soal selidik adalah dari $0.80 atau lebih. Soal selidik atas talian juga biasanya mendapat perlindungan daripada penipuan internet. Jadi, anda tidak disarankan memberikan jawapan yang menimbulkan konflik dan menjawab dengan terlalu pantas boleh menyebabkan anda tidak layak.
Kelebihan
-
- Kemahiran yang minimum
- Tidak memerlukan modal
- Pendaftaran percuma
Kelemahan
- Anda memerlukan kelayakan yang sesuai dengan sasaran pelanggan/pengguna.
Sebagai ‘Captcha Solver’
Anda juga boleh menjana pendapatan sebagai ‘Captcha solver’. Apa yang diperlukan adalah Internet, keyboard dan kemahiran menaip. Bayaran yang diberikan tidak terlalu tinggi walau bagaimanapun pekerjaan ini memerlukan kemahiran menaip dan anda boleh bekerja sepenuh masa secara atas talian di rumah. Pekerjaan ini juga memerlukan beberapa kelayakan. Anda boleh mendaftar di laman 2Captcha.
Kelebihan
- Tidak memerlukan modal
- Pendaftaran percuma
Kelemahan
- Memerlukan kemahiran menaip yang baik
- Sukar untuk menjana pendapatan
Sebagai ‘Freelance’
Terdapat banyak sumber web di mana anda boleh menjual kemahiran atas talian sebagai Freelance dan menjana pendapatan yang banyak. Sebagai contoh, as Fiverr and Upwork. Fiverr atau diistilahkan sebagai Gig menawarkan bayaran permulaan dari $5 USD dan mampu mencapai ratusan ringgit, manakala Upwork pula berbeza. Ini merupakan pekerjaan mudah di mana anda boleh menjual perkhidmatan anda. Kerja – kerja freelance yang boleh dilakukan adalah seperti menulis, menterjemah bahasa, mengulas video, mereka grafik, mencipta dan mereka logo, khidmat Photoshop dan banyak lagi. Kemahiran dan hasil kerja yang bagus membolehkan perkhidmatan anda menjadi permintaan ramai dan menjana pendapatan yang lumayan.
Kelebihan
- Pendaftaran percuma
- Tidak memerlukan modal (kecuali untuk sesetengah kemahiran yang memerlukan anda melabur untuk membeli perisian atau peralatan seperti Photoshop, perakam video dan meja melukis)
Kelemahan
- Memerlukan kemahiran yang tinggi
Industri Kreatif
Kini, sudah wujud banyak platform di mana anda boleh memuatnaik hasil kerja kreatif anda. Pekerjaan ini tidak hanya terhad untuk bidang fotografi, seni lukis dan rakaman pendek. Antara kerja kreatif yang boleh dilakukan adalah memuat naik gambar di laman web yang menyediakan platform koleksi gambar dan anda akan memperolehi bayaran Royalti selagi mana ia relevan. Bagi cara ini, anda memerlukan modal untuk membeli kamera yang bagus, papan melukis atau smartphone. Anda boleh memuat naik gambar kreatif anda di Shutterstock, Dreamstime dan Mostphotos. Sesetengah syarikat seperti
DepositPhotos juga menerima gambar dari smartphone manakala Pond5 lebih memfokuskan kepada koleksi video. Anda juga boleh menjual logo dan audio di laman web seperti Istockphoto.
Kelebihan
- Pendaftaran percuma
- Jika mempunyai banyak hasil kerja kreatif boleh dimuat naik
Kelemahan
- Penyertaan terlalu ramai
- Memerlukan banyak usaha
Sebagai Penulis Blog
Menulis blog merupakan cara yang baik untuk menjana pendapatan sekiranya anda suka dan minat menulis. Walau bagaimanapun, cara ini memerlukan jangka masa yang lama untuk melihat hasilnya. Percaya atau tidak, terdapat penulis blog yang berjaya menjana pendapatan bulanan sehingga ribuan ringgit, contohnya Hongkiat.com. Terdapat beberapa domain yang percuma seperti Blogspot dan WordPress di mana merupakan platform penulisan untuk diterokai seorang penulis blog. Blogspot juga menyediakan integrasi bersama Adsense di mana merupakan cara terbaik untuk menjana pendapatan melalui trafik atau pengunjung. Nuffnang pula merupakan pilihan para penulis blog di Malaysia. Penulis blog terkenal juga boleh menulis post tajaan untuk meningkatkan pendapatan.
Perdagangan Forex
Perdagangan Forex memerlukan disiplin yang tinggi, kemahiran dan jangka masa yang lama untuk belajar. Sudah tentunya tidak mudah, walau bagaimana kadar pusingan modal adalah sangat besar. Anda memerlukan pengetahuan yang tinggi terhadap petunjuk dan carta teknikal dalam jangka masa yang lama sebelum memperoleh pendapatan. Antara yang popular untuk anda yang baru menceburkan diri dalam mempelajari kemahiran Forex adalah Babypips. Anternatif lain adalah perdagangan sosial seperti Fxprimus PAMM atau Zulutrade di mana anda boleh membuat salinan pakar perdagangan ini dengan modal yang rendah. Anda perlu menyemak broker yang boleh dipercayai bagi mengelakkan skim penipuan Ponzi.
Youtube
Pertumbuhan Internet secara langsung juga telah menggerakkan gelombang pertumbuhan video streaming. Kini, rata – rata pengguna Internet lebih banyak meluangkan masa menonton video di Youtube berbanding menonton televisyen. Secara tidak langsung juga, permintaan ini menjadikan pembuat iklan banyak menghebahkan pengiklanan mereka secara atas talian. Youtube merupakan salah satu saluran terbaik bagi pengeluar dan pembuat video amatur untuk menyampaikan kandungan video mereka. Carauntuk menghasilkan video juga sangat mudah jika ingin disiarkan setiap hari dan dimuat naik di Youtube. Pendapatan Youtube juga berdasarkan program Adsense yang boleh dipilih jika mempunyai akaun Youtube.
Untuk permulaan, video seperti ‘Resepi masakan’, ‘Bagaimana membaiki paip yang rosak’ dan mengulas atau memberikan testimoni produk adalah sangat popular. Terdapat juga pengguna yang melaporkan aduan di Youtube dan boleh menjana pendapatan. Selagi mana anda mempunyai penonton atau mendapatkan penonton yang ramai, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan melalui video yang dimuat naik.
Referral Programs dan Program Affliate
Adakah juga boleh menjana pendapatan melalui rujukan orang untuk membeli produk atau perkhidmatan. Terdapat banyak laman web membeli belah atas talian yang menawarkan Referral Programs. Lazada merupakan salah satu contoh program sebegini di mana anda boleh menjana pendapatan 10% komisyen apabila pengunjung klik pautan anda untuk membeli produk. Anda boleh meminta keluarga dan kawan untuk membeli produk anda di Lazada. Anda perlu mempelajari program affiliate Lazada yang disediakan. Pelbagai laman web atas talian seperti Skrill dan Payoneer menawarkan insentif tunai apabila pengguna melakukan transaksi selepas anda merujuk mereka.
Shopback Refferal Program
Shopback juga menyediakan program yang menarik di mana anda boleh menerima semula wang apabila anda membeli belah secara atas talian melalui pautan yang disediakan. Anda juga boleh menjana pendapatan dengan merujuk daripada ahli baru yang berdaftar.
Menjual Broadband
Terdapat banyak cara menarik di mana anda boleh menjual broadband dan menjana pendapatan di Malaysia. Tidak hanya terhad kepada produk Maxis, Time dan TM sahaja. Anda boleh menjana pendapatan sebagai yuran langganan sebulan sebaik sahaja permohonan anda berjaya. Anda boleh menyertai program ini di sini (Klik LINK). Walau bagaimanapun, program ini melibatkan banyak kerja manual. Apabila anda mendapat pembeli yang berminat, anda perlu mengisi borang dan memuat naik dokumen yang diperlukan di laman web tersebut.
Membeli Belah Atas Talian
Ini merupakan cara yang sudah lama popular dan paling senang untuk menjana pendapatan namun banyak persaingan pada masa kini. Semua orang boleh mencipta laman web secara percuma sama ada menggunakan laman Facebook, Blogspot atau WordPress. Laman Facebook merupakan cara terbaik untuk mendapatkan pengunjung secara percuma. Antara cara untuk memulakan perniagaan ini adalah dengan menjual kek atau biskut hari raya. Menjual barangan terpakai secara atas lain seperti di Mudah juga adalah idea yang bagus. Antaranya, menjual barang elektronik terpakai, telefon dan gadjet.
Tips jana pendapatan secara atas talian.
Kadang – kadang tidak ada sesuatu perkara yang terbaik atau tepat boleh dilakukan. Menjana pendapatan secara atas talian adalah 100% boleh dilakukan dengan syarat ada usaha dan kesungguhan. Tiada jalan pintas dan terlalu mudah untuk mendapatkan duit tanpa kerja keras, kemahiran dan teknik yang bersesuaian. Sesetengah kemahiran untuk perniagaan atas talian mengambil masa yang lama untuk memperoleh keuntungan. Pastikan anda sentiasa membuat persediaan secukupnya untuk program atau cara yang anda akan melaburkan modal yang besar. Sentiasa berwaspada dengan pengiklanan yang menjanjikan pulangan yang banyak dalam jangka masa pendek melalui per klik. Sentiasa peka dengan ramai tawaran ‘cikgu’ yang boleh mengajar tentang cara untuk menjana pendapatan atas talian. Banyak yang palsu dan banyak juga yang betul, jadi sentiasalah berhati – hati supaya tidak ditipu. Mereka ini memang wujud dengan menjual kursus – kursus kemahiran berbanding sebenarnya yang mereka perlu tahu. Menjana pendapatan atas talian sebenarnya tidak terhad. Ini mungkin hanya sebahagian kecil cara anda boleh membuat wang atas talian. Anda harus bermula dengan meningkatkan bakat dan kemahiran anda yang berkaitan secara atas talian.
Klik Laman Web dan Dapat Duit
Terdapat banyak laman web yang menyediakan peluang untuk menjana wang dengan mudah. Pendaftaran untuk laman web ini adalah percuma dan sesiapa saja boleh mengikuti program ini bila – bila masa. Contoh laman web yang popular adalah seperti Clixsense dan Neobux. Namun, kelemahan program sedemikian adalah bayaran sangat rendah pada 0.001 setiap kali lawatan ke laman web. Anda perlu mengambil masa untuk meningkatkan pendapatan dengan mendapatkan lebih banyak rujukan dan mencapai sasaran harian. Isharefans, merupakan laman web di mana anda boleh menjana pendapatan melalui Soal Selidik Online, Internet Offers dan Microtasks. Anda boleh melayari Clixsense di sini.
Kelebihan
- Tidak perlu kemahiran
- Tidak perlu modal
- Pendaftaran percuma
Kelemahan
- Pendapatan yang sedikit
- Pertumbuhan lambat