Kinrara Resort , Puchong
Kinrara Resort terletak di Bandar Kinrara Puchong, Selangor merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Kedudukannya yang terletak di hadapan Ibu Pejabat Balai Polis Serdan dan bersebelahan dengan Kelab Golf Kinrara ini mendapat perhatian ramai. Ia sesuai dijadikan sebagai singgahsana buat pengunjung yang sedang dalam urusan perniagaan atau sebagai penginapan percutian keluarga. Pemandangan yang indah dari resort ini sangat memberi ketenangan buat para tetamu yang menginap di sini.
Resort ini telah beroperasi sejak tahun 2014 mempunyai sebanyak 100 buah bilik yang terdiri dari Bilik Standard, Bilik Superior, Bilik Superior Triple dan juga Bilik Superior Double. Pelbagai kemudahan di sediakan di setiap bilik penginapan di sini. Antaranya alat pendingin hawa, almari pakaian, cerek elektrik, TV dengan saluran Astro, peti keselamatan dan peti sejuk. Kemudahan pancuran air panas dan air sejuk di setiap bilik mandi, peralatan mandian serta pengering rambut turut disediakan. Bagi yang menginap di sini, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan lain seperti tempat simpanan bagasi, perkhidmatan concierge dan juga kemudahan dobi.
Kolam renang yang terletak di luar bilik penginapan sememangnya sungguh mengujakan. Tambahan pula saiz kolam renang yang disediakan agak besar dan selesa. Terdapat dua buah kolam renang di sini yang disediakan untuk kanak – kanak dan orang dewasa. Kedudukan kolam renang yang berhadapan bilik penginapan membuatkan kanak – kanak semakin tidak sabar untuk bermandi manda. Apatah lagi jika bilik penginapan terletak di bahagian bawah, sebaik membuka pintu bilik anda sudah boleh terus masuk ke dalam kolam renang.
Aktiviti di kolam renang perlu diawasi oleh para ibu bapa sekiranya anak anda sedang bermandi manda. Ini kerana tiada sebarang pengawal yang akan memastikan keselamatan anak anda semasa berada di kolam renang. Setiap keselamatan anak anda adalah tanggungjawab ibu bapa masing – masing. Jadi, pastikan anda tidak leka semasa anak anda berada di kolam demi keselamatan mereka.
Antara tarikan berhampiran resort ini adalah pusat membeli belah IOI Resort yang terletak di bandar Puchong dengan jarak kira – kira 5 minit sahaja perjalanan. Selain itu, ia juga berhampiran dengan taman tema air Sunway Lagoon dan juga pusat membeli belah The Mines. Jika anda sememangnya gemar bermain golf, boleh lah melakukan aktiviti tersebut di Kelab Golf Kinrara yang terletak bersebelahan sahaja.
Setiap bilik penginapan mempunyai dua view yang berbeza samada pemandangan taman ataupun kolam renang. Bagi kanak – kanak, pemandangan mengadap kolam renang sudah tentu cukup menggembirakan mereka.
Kini, anda tidak perlu pergi ke tempat yang jauh untuk bercuti bersama keluarga. Kinrara Resort sangat sesuai buat anda yang ingin bercuti di hujung minggu tanpa perlu bersesak – sesak di jalanraya serta mengambil masa yang lama. Hanya perlu membuat tempahan segera untuk bilik penginapan yang diinginkan pada tarikh yang sesuai dengan masa anda. Percutian bersama keluarga sememangnya dinanti – nantikan oleh seluruh ahli keluarga. Masa yang berkualiti hanyalah untuk keluarga yang dikasihi.
Harga bilik serendah RM 250.00 untuk satu malam.
Alamat : Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor
No Telefon :03-8079 1000