Kolam Renang Presint 9 Putrajaya, Masuk Percuma

Berita baik, Kolam Renang Presint 9 sudah dibuka kembali selepas penyelengaraan beberapa tahun. Kolam renang ini sudah dibaik pulih dengan jubin dan tarikan yang baru. Yang paling menarik, harga tiket sudah menjadi percuma di tempat ini.

Kolam Renang Presint 9  merupakan kolam awam yang terletak di Putrajaya di bawah Perbadanan Putrajaya. Kolam renang ini terletak betul-betul di dalam Kompleks Kejiranan Presint 9. Yang paling best,  masuk untuk Kolam ini adalah Percuma. Kolam di Kompleks Kejiranana Presint 9 adalah cetek dan amat sesuai untuk kanak-kanak bermain ataupun berendam air. Terdapat beberapa pancutan air yang sesuai untuk anak-kank. Oleh kerana kolam ini agak cetek, mungkin ia tidak sesuai untuk mereka yang suka berenang.

Terdapat medan selera di bersebelahan dengan Kolam renang ini. Sesuai untuk menjamu selera selepas bermain air. Oleh kerana kolam ini adalah percuma, tiada life guard yang bertugas di kolam ini. Penjaga dan ibu bapa, dinasihatkan untuk mengawasi anak-anak mereka semasa bermain air.

Harga Tiket

Masuk adalah percuma untuk dewasa ataupun kanak-kanak

Waktu Operasi

Kolam ini ditutup setiap hari Isnin.

Kolam ini dibuka dari 9am ke 7pm  , setiap Selasa ke Ahad.

Untuk ke kolam renang ini , anda boleh mengunakan Waze ataupun Google Map ke : Kolam Renang Presint 9  , Putrajaya