Kolam Renang S2 , Seremban
Kolam Renang Seremban 2, terletak di Seremban , Negeri Sembilan. Kolam Renang ini dibawah kerajaan Negeri Sembilan dan ia dibuka kepada umum. Kolam renang ini juga di kenali sebagi Kolam Renang Kompleks Sukan Tan Sri Dato Hj Mohd Said. Terdapat 2 kolam renang di sini , 1 bersaiz olimpik dan satu bersaiz kanak-kanak. Kolam bersaiz olimpik mempunyai kedalaman lebih kurang 7 kaki di bahagian yang dalam manakal 4 kaki untuk bahagian yang cetek. Untuk kolam Kanak-kanak pula , adalah kurang 1 kaki dilengkapi dengan gelongsor air sekali.
Kolam Renang S2 juga dilengkapi dengan Tandas, Tempat mandi dan Bilik menukar pakaian. Tandas dipisahkan untuk tandas perempuan dan lelaki. Pada tahun 2023, tahun ini telah dibuka kembali dan adalah amat bersih. Penguna juga boleh membayar yuran untuk belajar berenang di Kolam Renang Seremban2.
Jika pengunna lapar, terdapat kantin juga di kawasan Kompleks Sukan Tan Sri Dato Hj Mohd Said.
Waktu Operasi
Kolam Renang Seremban 2 ditutup setiap hari Jumaat untuk penyelengaraan. Terdapat 3 sesi untuk Kolam Renang S2
Sesi Pertama , 9.00am hingga 12.00pm
Sesi Kedua , 2.00pm hingga 5.00pm
Sesi Ketiga , 6.00pm hingga 9.oopm
Harga Tiket
RM 4 Dewasa
RM 2.5 Kanak-kanak
Alamat
Kolam renang ini terletak di dalam Kompleks Sukan Tan Sri Dato Hj Mohd Said , di antara Oakland Seremban dan Seremban 2.
Jalan S2 C1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Peraturan Kolam Renang
Sila pastikan anda membawa pakaian renang yang lengkap dan bukannya baju biasa. Swimming cap tidak diwajibkan. Penguna dilarang untuk makan and memakai selipar di kawasan berdekatan dengan kolam renang.