Kuala Gandah Elephant Sanctuary
Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara telah menubuhkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah pada tahun 1989. Penubuhan pusat ini adalah sebagai pangkalan bagi Pasukan Pemindahan Gajah untuk mengesan, menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan dan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Selain itu, pusat ini juga bertujuan untuk menggalakkan kesedaran awam tentang ancaman, tekanan dan nasib gajah di Malaysia, menyokong penyelidikan mengenai pemindahan dan pemuliharaan gajah dan sebagai tempat perlindungan bagi gajah denak serta gajah liar yang memerlukan rawatan. Pusat ini juga bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan habitat dan pemeliharaan alam sekitar.
Pasukan Pemindahan Gajah telah pun memulai tugas – tugas tersebut sejak tahun 1974 sebelum wujudnya Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Sejak lebih 30 tahun yang lalu, pasukan ini juga telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar di mana dengan pemindahan ini, risiko kepupusan spesies dapat diminimakan, malah kerosakan kawasan pertanian dapat juga dikurangkan. Pusat ini mempunyai 17 ekor gajah pada masa ini di mana empat daripadanya adalah jantan. Yang paling tua ialah dua lelaki berusia 70 tahun bernama Mek Bunga dan Lokimala dan yang bongsu ialah Langsat berusia setahun yang diselamatkan dari hutan di Gua Musang, Kelantan.
Gajah di Pusat Konservasi
Terdapat beberapa ekor gajah terlatih dari Thailand dan Myanmar dan digunakan bagi operasi pemindahan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh kumpulan dan ibu mereka untuk memastikan anak-anak gajah ini terus hidup.
Aktiviti Menarik
Antara program dan aktiviti di sini adalah seperti berikut:
Muzium
Pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang gajah di muzium yang terdapat di sini. Biarpun muzium ini bersaiz kecil, namun memberi banyak info mengenai haiwan terancam ini. Tengkorak gajah juga turut dipamerkan untuk tontonan umum. Sekitar 20 hingga 30 minit diperlukan bagi melawat keseluruhan muzium.
Tayangan Video
Pengunjung juga boleh menonton tayangan video di bilik yang berhawa dingin. Video dokumentari yang ditayangkan adalah mengenai isu yang mempengaruhi gajah liar, habitat yang semakin pupus, peranan Pasukan Pemindahahan Gajah yang bertanggungjawab memastikan kemandirian spesies terancam ini serta proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru. Masa menonton sekitar 20 hingga 25 minit.
Memberi Makan Gajah
Setiap pengunjung yang datang berpeluang memberi makan gajah yang terdapat di sini. Antara makanan yang boleh diberikan adalah tembikai dan betik yang disediakan di pusat ini. Pengunjung hanya perlu meletakkan buah tersebut ke mulut gajah atau membiarkan gajah menggunakan belalainya untuk mengambil buah. Terdapat 6 ekor gajah yang boleh diberi makanan oleh pengunjung.
Mandikan Gajah
Pengunjung berpeluan melihat gajah mandi di sungai berhampiran. Sekiranya anda diberi peluang untuk memandikan gajah, patuhi arahan yang diberikan oleh penjaga gajah tersebut.
Menonton kehidupan anak gajah yang dilepaskan bebas dalam kawasan berpagar
Menjelajah trail interpretasi dengan khidmat Pemandu Pelancong Alam Semulajadi sambil memerhati gajah dalam hutan semulajadi serta lain-lain flora dan fauna yang menarik di hutan hujan tropika
Jadual Aktiviti Pelawat
10.30 pagi – 12.00 tengahari
Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik.
1.00 & 1.30 petang
Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.
2.15 petang
Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
2.45 -3.15 petang
Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan.
Tiket Masuk
Kemasukan ke pusat ini adalah percuma. Namun, pusat ini sangat mengalu – alukan sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan dan sangatlah dihargai.
OFFICE HOURS
The office hours of the centre
Monday to Sunday
8:00 am to 1:00 pm
2:30 pm to 4.30 pm
Friday
8:00 am to 12:15 pm
2:30 pm to 4.30 pm
Address:
National Elephant Conservation Centre
Department of Wildlife and National Parks
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur
Tel: 017-3688 207 / 013 9088 207
Fax: 09 2790 398
Website : www.wildlife.gov.my