Kuala Kubu Baru Wind Valley

KKB Wind Valley merupakan tapak perkhemahan yang terletak di Kuala Kubu Baru.  It terletak lebih kurang 1 jam dari Kuala Lumpur. Sebelum tiba ke KKB , anda akan melalui sebuat tokong cina dan kawasan perumahan. KKB merupakan sebuah kebun durian , dan anda harus berhati-hati ketiba berkhemah di sini ketika musim durian.  Terdapat lagi pokok lain seperti betik , rambutan dan sebagainya. Terdapat beberapa pilihan tapak termasuk dibawah pokok durian ataupun di tepi tasik.  Tapak perkehmahan di sini agak kecil terutamanya yang terletak di tepi tasik.

Antara kelebihan camping di sini adalah campers boleh mengambil durian yang jatuh.  Segala durian adalah rezeki sendiri. Para campers juga boleh memancing di tasik ini. Para campers tidak dibenarkan untuk berenang di tasik dalam tapak perkehmahan. Aktivi seperti memancing dan menjala ikan adalah dibenarkan.

Kemudahan seperti tandas dan power plug disediakan. Tandas adalah bersih dan kemudahan dijaga dengan amat rapi. Cuaca di tapak adalah amat panas terutamananya pada tengah hari dan malam. Anda perlu jangkakan langsung tiada angin pada waktu tengah hari ataupun malam. Expectation adalah berpeluh penuh sehingga tidur. Oleh itu, jangan lupa bawa kipas dan bekalan power bank ataupun power station yang secukupnya. Campers juga boleh bermain deck pontoon dan sampan di tasik. Tapak khemah adalah jenis yang tidak berlecak.

CO adalah amat peramah dan amat membantu. KKB adalah campsite yang mesra haiwan peliharaan. Kawasan tapak khemah adalah berpagar dan ditutup pada waktu malam untuk tujuan keselataman.

Kemudahan

  • Power Point
  • Tandas dan Bilik Mandi
  • Tempat memancing

Harga

Harga tapak lebih kurang RM50.

Tarikan di Sekitar KKB

  • Sungai Chiling