LANGKAH – LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL BAGI IBU HAMIL JIKA DISAHKAN POSITIF

Ibu hamil antara individu yang berisiko tinggi mendapat jangkitan virus Covid-19. Dianggarkan bahawa satu daripada 200 individu yang dijangkiti virus ini dan mendapat rawatan rapi di hospital adalah terdiri dari ibu hamil. Malah, seorang ibu hamil yang dijangkiti juga berisiko mati diantara 140 pesakit yang lain. Sekiranya anda sedang hamil dan telah disahkan positif Covid-19, beberapa langkah perlu diambil iaitu seperti berikut :

  • Hadir ke CAC (Covid-19 Assessment Centre) untuk penilaian oleh doktor biar pun tiada sebarang gejala
  • Patuhi nasihat doctor sekiranya perlu dipantau di pusat kesihatan
  • Jika berada di rumah, segeralah ke CAC atau klinik yang berhampiran sekiranya gejala jangkitan bertambah teruk
  • Sering pantau tahap kesihatan kendiri supaya mendapat rawatan segera sekiranya berlaku salah satu gejala berikut sakit dada, sesak nafas, kurang tahap sedar atau tidak sedar diri, kelesuan teruk, kadar oksigen kurang dari 95%
  • Hubungi talian kecemasa 999 atau segera ke hospital berhampiran
  • Anda boleh menekan butang SOS di aplikasi MySejahtera sekiranya memerlukan bantuan segera 

Para ibu yang hamil adalah dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin sebelum fasa akhir kehamilan kerana ia boleh mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti Covid-19. Seperti mana individu lain, ibu hamil juga disarankan untuk kekal berada di rumah sekiranya tiada sebarang urusan di luar. Pemakaian pelitup muka, sentiasa mencuci tangan serta mengelakkan tempat atau kawasan yang sesak adalah perlu bagi mengekang penularan virus ini. Sekiranya terdapat di kalangan ahli keluarga yang positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka menjalani prosedur kuarantin dengan sepenuhnya.