Sungai Lembing Rainbow Waterfall
Cara ke air terjun pelangi , Sungai lembing
Untuk ke Air terjun pelanggi, anda disyorkan bermalam di Pekan Sungai Lembing yang terletak lebih kurang 1 jam dari Bandar Kuantan. Hotel bajet di bandar Sungai Lembing adalah lebih kurang RM100+-. Adalah disyorkan untuk menempah pakej ke air terjun pelangi yang boleh dibeli dari pakej tempatan dan bukannya ke tempai itu sendiri kerana perjalanan adalah agak jauh dan jalan agak bercabang. Pakej ke air terjun pelangi adalah termasuk permit dan sebagainya. Pakej adalah lebih kurang RM60 seorang , minima 3 -4 orang. Pakei ini termasuk permit masuk, 4WD ke trek pendakian , dan maggi cup ,milo di Puncak Sungai Lembing. Air Terjun Pelangi terletak berdekatan(lebih kurang 1 jam) dengan Pekan Sungai Lembing. Pendakian memakan masa lebih kurang 1 jam untuk pendakian sederhana.
4WD ke jejak Air Terjun Pelangi

Perjalanan dengan 4WD bermula seawal 5.30 pagi. 4WD akan berlepas dari Pasar Sungai Lembing. Cuaca adalah amat dingin di belakang 4wD, sediakan baju tebal. Destinasi pertama adalah Sunrise Bukit Panorama yang mempunyai pemandangan lebih kurang sama dengan pemandangan Sunrise Bukit Panorama Sungai Lembing. Perjalanan destinasi pertama adalah lebih kurang 20 minit. Selepas lebih kurang 20 minit menunggu sunrise ,perjalanan ke kakti bukit pendakian Air Terjun Pelangi di sambung. Perjalann akan mengambil masa lebih kurang satu jam secara jumlahnya.
Pendakian Air Terjun Pelangi ( lebih kurang satu jam)
Pelangi amat jelas pada sudut tertentu hanya pada sebelah pagi di Air Terjun Pelangi pada musim-musim tertendu. Oleh itu, masa untuk tiba di air terjun adalah amat penting jika anda hendak melihat pelangi di air terjun ini. Sediakan kasut mendaki , kampung adidas boleh disewa RM2 di jejak terakhir Air Terjun Pelangi.
Selepas lebih kurang 1 jam perjalanan dengan 4WD dari Pekan Sg Lembing. Pendakian ke puncak Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing akan bermula. Trail ini bukan senang dah bukan terlalu susah. Trip tidak digalakan untuk anak-anak yang terlalu kecil atau warga emas yang kurang berhiking. Kasut wajib, Adidas kampung boleh disewa di kaki bukit oleh orang asli. Hike adalah lebih kurang 40 minit ke 1 jam. Permulaan trail adalah senang, kemudian trail akan bertukar kepada batu besar apabila berdekatan dengan Air Terjun Pelangi.