Like Share Income456.com Malaysia Scam ke tidak?

 

Like Share app ataupun http://income456.com/  adalah berkonsepkan jual beli follower dan like di laman sosial media. Orang ramai boleh sign up sebagai pembeli ataupun penjual. Pembeli akan membeli followers , dan penjual akan membuat task following di laman social media. Kamu sebagai penjual akan membuat task untuk mendapat duit dari Like Share. LikeShare telah lari ke India dan kini beroperasi di laman https://www.likein666.com/#/.

 

 

Laman ini baru beroperasi bulan Ogos 2020, masih muda. LikeShare dimiliki oleh Revorits IT Sdn Bhd , alamat di https://revorits2u.com/ ,Pengarah LikeShare ialah Tan Chee Keong  , yang beralamat di KL Eco City.

Revorits IT Solutions Sdn. Bhd.
Menara 3A, No 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 WPKL. Tel: +603-27006091 / +603-27006092

 

 

Bagamana LikeShare Beroperasi?

Buat masa ini Like Share mempunyai banyak server (3 server)  ,so pengunaan website dia agak laju.  Untuk akaun percuma, penguna LS boleh membuat 1 task sehari.  1 task akan memberi pulangan RM1.  Harga pasaran untuk tugasan adalah kurang daripada 1 sen jika dibandingan dengan laman seperti Cybertrooper & Fiveer. Harga yang diberikan oleh LikeShare adalah amat tinggi dan kurang logik. Selepas membuat tugasan , pengguna perlu hantar screenshot ke laman ataupun aplikasi like share dimana staffs Like Share akan mengesahkan task tersebut untuk mendapat bayaran dari tugasan berikut. Selain dari laman income456.com penguna juga boleh download app Like Share untuk membuat tugasan.

 

Task

Untuk membuat task, anda perlu klik ti bahagian task. Di bahagian Task Hall, ada tempat untuk membuat task bagi laman sosial media seperti Facebook, youtube, Instagra, TikTok. Untuk Business Hall pula adalah untuk pembeli followers sosial media. Selepas membuat following kamu perlu screenshot dan upload ke laman ataupun aplikasi Like Share.

Cara buat task

Untuk akaun percuma anda hanya boleh membuat satu task RM1 sehari, ini adalah agak lambat untuk nampak duit. Walaubagaimanapun, pengguna boleh mengunakan duit yang dibuat untuk membeli akaun VIP setelah mencapai RM100 dalam 100 hari. Dengan cara ini, mereka boleh menyertai skim ini tanpa risiko.

 

Scam atau tidak ?

Buat masa ini jangan recharge dulu buat akaun free sahaja kerana ada masalah withdrawal dengan LS.   Mereka yang ingin membuat task lebih banyak perlu recharge dan membeli akaun VIP.  LikeShare adalah Skim ponzi oleh itu ia boleh tutup bila bila masa. Jangan mengambil risiko yang terlalu tinggi dah hilang apa yang anda tidak mampu.