Lima Jenis Akuarium Air Laut Yang Senang Dijaga
Akuarium air masin memiliki keunikan dan keindahan tersendiri yang mampu memberi daya tarikan di ruang kediaman di mana, anda boleh menikmati panorama dunia marin hanya di rumah. Kebiasaannya pemilik akuarium ini akan menghiasinya dengan terumbu karang serta batu karang bagi menghasilkan landskap yang menarik. Antara spesies ikan hiasan yang dipelihara adalah seperti ikan inggu, butterfly, angelfish serta blue tang (dory). Terdapat dua jenis akuarium air masin iaitu pertama, akuarium yang mempunyai ikan hiasan dan batu karang sahaja (mudah diselenggara dan kos rendah). Manakala akuarium yang mempunyai ikan hiasan, batu karang serta terumbu karang adalah lebih mahal serta memerlukan penyelenggaraan berkala, namun akuarium jenis ini adalah lebih cantik.
Terdapat pelbagai pilihan akuarium yang boleh dimiliki, antaranya :
Akuarium Air Tawar
Akuarium ini hanya memerlukan kos yang rendah untuk memelihara ikan. Ia sesuai untuk ikan jenis bersuhu rendah serta jenis tropika, namun kedua-dua jenis ikan ini tidak boleh dicampur sekali di dalam akuarium yang sama kerana keperluan yang berbeza. Antara hidupan lain yang boleh dipelihara adalah seperti udang, siput, amfibia, tumbuh – tumbuhan serta krustasia. Hiasan yang sesuai untuk akuarium ini adalah seperti batu kerikil, batu-batu besar, tumbuhan palsu atau asli, kayu mati, hiasan seramik dan juga plastik.
- Akuarium Marin
Akuarium marin juga digelar akuarium air laut atau air masin. Penyelenggaraan akuarium ini lebih mahal kerana menggunakan peralatan yang banyak serta kualiti air perlu dipantau dengan lebih ketat. Ia terbahagi kepada 3 kategori iaitu fish only (FO), ikan dengan live rock – fish only with live rock (FOWLR) dan terumbu (reef aquaria). Bagi tangki FO, kebiasaannya pemilik akan memelihara spesies ikan air masin yang besar serta agresif yang menggunakan penapisan mekanikal dan kimia. Manakala bagi tangki FOWLR serta terumbu, ia menggunakan live rock sebagai penapis biologi semulajadi bagi melindungi sisa nitrogen yang bermanfaat bagi metabolisme bakteria.
- Akuarium Air Payau (brackish-water)
Akuarium jenis ini biasanya ditemui di kawasan paya bakau dan mengandungi air payau. Kadar kemasinan airnya adalah antara air tawar dan air masin, atau juga lebih dikenali sebagai Spesific Gravity (SG). Ikan lain seperti Puffer, Goby, Archer, Gar dan Bichir jenis (jenis brackish-water) turut mempunyai tarikan tersendiri.
4. Akuarium Komuniti (pelbagai spesis)
Akuarium jenis ini boleh memuatkan beberapa jenis spesies berlainan dalam akuarium yang sama yang memiliki persamaan dari segi keperluan air dan sifat yang sama. Hidupan dalam akuarium ini menampilkan kepelbagaian warna serta tingkah laku ikan yang menarik perhatian serta menghiburkan pemilik akuarium. Bagi peminat ikan air masin, ia boleh mencampurkan pelbagai spesies hidupan air masin dari Lautan Pasifik, Laut Merah serta Carribean tanpa masalah. Sama juga bagi peminat ikan Cichlids, ia juga boleh mencampurkan spesies dari Tasik Malawi dan Tasik Tanganyika.
Ikan air payau juga boleh hidup bersama spesies ikan air tawar dan masin. Namun, ikan air masin tidak boleh bercampur dengan ikan air tawar. Ikan jenis pemangsa (gar), jenis agresif seperti piranha, yang memiliki wilayah/kawasan tersendiri (cichlid), bersaiz besar dan aktif (catfish), jenis penakut dan pemalu (discus) serta pemalu (pipefishes) tidak sesuai dimasukkan ke dalam akuarium komuniti.
- Akuarium Biotope
Akuarium jenis ini sinonim dengan habitat memandangkan istilah biotope itu sendiri membawa maksud habitat. Akuarium ini sama seperti persekitaran hidupan tersebut contohnya seperti Discus yang berasal dari Sungai Amazon. Ciri – ciri Discus, faktor persekitaran tanah dan juga air diadaptasi dalam susun atur akuarium tersebut. Malah, penambahan tumbuh-tumbuhan asli dari lokasi asal serta pencahayaan yang sesuai mampu menggambarkan suasana sebenar Discus di Amerika Selatan.