Lima Skuter Elektrik Terbaik

Skuter elektrik pada hari ini menjadi pilihan generasi muda untuk bersiar – siar di waktu petang atau di hujung minggu. Ianya mampu bergerak pada kelajuan yang sederhana, bebas asap, mesra alam, mudah alih dan juga senyap. Harganya juga agak berpatutan dan pilihan model juga agak banyak di pasaran. Dengan adanya skuter elektrik ini, ia dapat meringankan serta memudahkan pergerakan harian seseorang bagi jarak dekat sebagai pengangkutan alternatif yang dapat mengelakkan kesesakan jalan raya. 

Tips Memilih Skuter Elektrik

Sebelum membuat pembelian skuter elektrik, pengguna perlu mempertimbangkan beberapa aspek supaya pembelian tersebut menepati keperluan yang sepatutnya. Anda boleh melihat tips seperti di bawah.

  • Kuasa

Skuter elektrik di pasaran kebiasaannya mempunyai kuasa motor sekitar 300W. Kelajuan skuter adalah bergantung kepada kekuatan motor di mana semakin besar kuasa motor, semakin kuat daya dan kelajuannya. Pengguna perlu memilih kuasa bateri yang sesuai berdasarkan kekerapan serta jarak destinasi penggunaan.

  • Kelajuan maksimum

Pertimbangkan kelajuan maksimum skuter berdasarkan jarak destinasi penggunaan kerana setiap model skuter memiliki had kelajuan yang berbeza.

  1. Jarak maksimum

Skuter elektrik mempunyai saiz dan kapasiti yang berbeza. Kebiasaan skuter boleh bergerak maksimum sejauh 30km. Pilih skuter dengan had perjalanan maksimum agar dapat tiba ke destinasi tanpa kehabisan bateri semasa perjalanan.

Pilihan Skuter di Pasaran

Terdapat banyak pilihan skuter di pasaran, malah anda boleh membelinya melalui laman e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Tik Tok. Namun, yang mana satukah model terbaik untuk dipilih? Jom kita tengok lima pilihan skuter terbaik yang boleh anda miliki.

  • X Evo Electric Scooter Foldable

Skuter ini diperbuat daripada besi padu yang menjadikan ianya sangat kukuh. Menggunakan kuasa bateri 500W membolehkan ianya dipandu sejauh 30km dengan kelajuan maksimum 25km/h. Skuter ini boleh dilipat dan mudah disimpan di ruangan yang kecil. Ia dilengkapi dengan tayar plastik PU yang menjadikan ianya lebih tahan lasak dan sesuai digunakan di atas pelbagai permukaan jalan.

Harga di Shopee : RM 675.00 seunit

  • EcoSport EP007 Electric Scooter

Skuter ini dihasilkan daripada besi aloi yang padu membuatkan ianya lebih tahan lasak dalam semua keadaan. Mempunyai kuasa bateri 350W dan mampu bergerak sehingga 30km. Pengecasan bateri penuh sekitar enam jam sahaja tanpa perlu tempoh yang lama. Skuter ini dilengkapi dengan suspension di bahagian roda hadapan dan belakang untuk cengkaman yang lebih baik. Ia turut dilengkapi dengan headlight yang boleh digunakan di kawasan gelap terutamanya pada waktu malam. Skrin LED juga tersedia bagi memudahkan pengguna melihat status terkini skuter elektrik tersebut.

Harga di Shopee : RM 789.00 seunit

  1. Xiaomi Electric Scooter S1

Jenama Xiaomi bukan sahaja mengeluarkan produk telefon pintar, namun turut mengeluarkan produk skuter elektrik premium pada harga mampu milik. Rekaan skuter elektrik yang diperkenalkan adalah elegan serta mempunyai kombinasi warna yang agak menarik. Xiaomi Electric Scooter S1 menggunakan motor berkuasa 600W yang memberikan jarak destinasi sehingga 24km pada kelajuan 30km/j. Skuter ini dilengkapi dengan sistem brek yang padu demi keselamatan pengguna. Keupayaan skuter ini untuk dilipat memudahkan ianya disimpan serta turut dilengkapi dengan kunci digital yang boleh diakses melalui aplikasi yang disediakan. Skrin LED turut disediakan bagi memudahkan pengguna melihat status skuter sewaktu menggunakannya. Skuter ini turut dilengkapi dengan skrin paparan yang menunjukkan mod kelajuan, status bateri, status kunci dan sebagainya. Selain itu, ciri-ciri keselamatan turut dititikberatkan di mana skuter ini turut dilengkapi dengan lampu brek pada bahagian belakang. Xiaomi Electric Scooter S1 ini mempunyai tiga mod kelajuan iaitu eco mode, standard dan juga sport mode.

Harga di Shopee : RM 866

  • Ninebot Segway E22 Folding Electric Scooter

Ninebot Segway E22 antara model terbaik dari Ninebot kerana ia mempunyai reputasi yang terbaik berada di pasaran Malaysia. Model ini mempunyai kuasa motor 300W dengan kelajuan maksimum sehingga 20km/j. Ia turut dilengkapi brek elektrik dan mekanikal sesuai untuk pengguna pelbagai peringkat umur. Rekaan skuter ini tampak premium dan menarik. Skuter ini turut dilengkapi aplikasi khas yang membolehkan pengguna mengakses sejumlah maklumat serta tetapan berkaitan skuter.

Harga di Shopee : RM 1,638.00 seunit

  • LITE10 ES Volt Electric Scooter

Skuter model ini antara pilihan ramai kerana ia memiliki pelbagai ciri menarik. Lite10 Es Volt Electric Scooter ini dikenali sebagai skuter 2 in 1 kerana selain skuter ia juga boleh dijadikan basikal. Model ini dilengkapi dengan motor berkuasa 800W dan boleh mencapai kelajuan sehingga 40km/j. Tayar yang digunakan pula adalah jenis tubeless yang lebih tahan lasak. Terdapat tiga mod kelajuan bagi skuter ini dan boleh dilaras mengikut keperluan pengguna. Skuter ini turut menyediakan seat untuk duduk dan pengguna boleh memilih samada menggunakannya dalam mod berdiri atau duduk. Skuter ini turut dilengkapi suspension pada bahagian hadapan, belakang dan bahagian tempat duduk yang dapat mengurangkan gegaran semasa menggunakan skuter ini. Ia juga dilengkapi dengan sistem brek yang padu serta lampu brek demi keselamatan pengguna.

Harga di Shopee : RM 1980 seunit

Maka tidak hairanlah ramai yang mula memiliki skuter elektrik ini kerana ia banyak memberi manfaat dalam aktiviti harian terutamanya yang melibatkan pergerakan ke satu – satu tempat tanpa perlu berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Pada masa yang sama juga, kita dapat menjaga alam sekitar kerana skuter elektrik tidak mengeluarkan sebarang asap dan sangat mesra pengguna. Harga skuter elektrik yang sangat berpatutan menjadikan ianya semakin digilai ramai tidak kira peringkat umur dan ianya sesuai untuk kanak – kanak dan golongan dewasa. Malah, ia mulai menjadi keperluan seharian untuk pengguna bergerak dengan lebih pantas berbanding berjalan kaki.