List Barang Camping

Aktiviti perkhemahan menjadi popular sejak kebelakangan ini. Mungkin ia menjadi pertanyaan mengenai barang yang perlu dibawa untuk pemular yang baru berjinak dengan camping.  Senarai barang yang perlu dibawa semasa camping adalah berikut dan mengikut turutan serta kepentingan. Ada juga senarai barang optional, bergantung kepada setup khemah seseorang.

 

Senarai tempat camping campsite mengikut negeri di Malaysia

 

Tent (Khemah)

  • Terdapat banyak jenis Khemah di pasaran
  • Paling basic ratusan ,hingga beribu-ribu riggit
  • Auto tent and manual tent

Terdapat banyak jenis Khemah dari jenama yang termurah hingga yang termahal seperti Coleman. Untuk pemula yang baru berjinak bercamping, kami syorkan Khemah Jenama Bazoongi ataupunya Deer Creek kerana harga yang berpatutan, senang setup dan tahan lasak.  Nasihat kami adalah untuk tidak membeli Khemah murah dari pasaraya kerana tidak berkualiti. Khemah murah tidak berjenama dari pasaraya amat nipis dan kebanyakan tidak kalis air. Untuk setup khemah jenis Deer Creek adalah amat mudah , anda hanya perlu memasang 2 tulang untuk khemah tersebut.

Kebiasaannya, khemah dijual mengikut saiz “person”. Untuk keselesaan , sebenarnya , khemah untuk 4 person lebih sesuai untuk 2 orang sahaja. Kalau Khemah bersaiz 8 person,  lebih sesuai untuk 4 orang.  Perlu diingatkan , selain dari tempat tidur, khemah juga boleh menjadi tempat untuk penyimpanan barang barang yang tidak boleh terkena air.

https://shope.ee/4AVWoXNXOT?share_channel_code=1

 

 

FlySheet (Tarp)

Flysheet adalah optional jika khemah anda cukup tebal untuk menapis air hujan dan panas. Tetapi ada kelebihan jika anda mengunakan flyseet . Flysheet dipasang di atas Khemah ataupun termasuk kawasan meja makan ,bagi keselesaan semasa hujan dan panas. Penguna disyorkan untuk membeli flysheet yang jauh lebih besar dari khemah supaya air dari hujan tidak masuk ke dalam khemah. Pastikan saiz flysheet adalah lebih besar dan tinggi dari khemas selepas setup.  Kebanyakan flysheet tidak mempunyai pole, anda boleh membeli pole yang lebih tinggi dari khemah anda atau mengikat flysheet pada pokok berdekatan (mana yang lebih senang).  Jika anda mengunakan flysheet, kebiasaannya khemah adalah lebih bersih dan tidak perlu dibasuh selepas aktivivi perkhemahan. Flysheet juga mencegah kotoran seperti najis burung , daun kering dari jatuh terus ke khemah.  Anda cuma perlu lap khemah dengan kain basah dan keringkan semasa  membungkus tent.

Untuk membeli flysheet, adalah lebih baik membeli flysheet yang mempunyai silver coating bagi mencegah panas. Jangan lupa beli Pacak dan talinya sekali.

https://shope.ee/9erAMd8VbZ

 

 

 Ground Sheet (alas bawah khemah )

GroundSheet bertujuan untuk mengelakan kawasan bawah khemah dari dimasuki air , ia menjadi optional jika khemah anda adalah dari jenis mahal, tebal dan boleh menapis air. Selain itu , ia juga melindungi bawah khemah dari terkoyak jika terkena ranting ataupun batu kecil.  Groundsheet yang dibeli perlulah cukup tebal dan kalis air. Selain itu, groundsheet boleh mengelakan khemah dari kotoran seperti lecak dan tanah dari hujan.  Tidak apa jika membeli groundsheet yang lebih besar kerana ia masih boleh dilipat dan digunakan.   Jika anda mengunakan groundsheet, kebiasaannya khemah adalah lebih bersih dan tidak perlu dibasuh selepas aktivivi perkhemahan. Sebagai peraturan , ground sheet setup perlulah lebih besar dari tent dan lebih kecil dari Flysheet. Ini kerana semasa hujan, air akan jatuh dari Flysheet terus ketanah dah bukannya groundsheet ataupun khemah.

 

 

Stove, Dapur Masak

Untuk memasak, anda boleh mengunakan portable stove dengan canister gas.  Cuma pastikan anda mempunyai gas canister yang secukupnya. Terdapat juga campers yang jenis makan di restoran luar, terpulang kepada cara camping masing masing. Cuma pastikan ada stove untuk backup, kalau emergency, malam makan maggi pun ok.

Check out KT WARE Portable gas stove steamboat stove picnic stove camping stove Butane gas stove dapur kelah mini stove for RM29.90 – RM56.90. Get it on Shopee now! https://shope.ee/VcEXKMCem?share_channel_code=1

 

 

Barang Dapur

Barang-barang seperti periuk, pinggan, mangkuk ,garfu ,cawan , sudu  dari dapur masih boleh digunakan semasa camping. Jika tidak , anda boleh mengunakan perkakas camping. Barang dapur yang direka untuk camping adalah lebih ringan dan keras.

 

 

Meja dan kerusi camping (optional)

Meja dan kerusi camping adalah lebih selesa. Jika tidak, anda boleh duduk terus di groundsheet.  Meja dan kerusi ini juga boleh digunakan untuk aktiviti luar yang lain seperti perkhelahan ataupun semasa makan di kawasan rehat highway.  Sebagai nasihat, beli jenis meja aluminium supaya tidak mudah rosak apabila terkena air.  Jangan beli jenis yang kerusinya melekat dengan meja kerana tidak sesuai digunakan apabila tanah tidak rata. Jangan beli jenis yang tapak kerusi bebentuk tajam , ataupun hanya satu palang kerana senang cucuk masuk tanah ataupun pasir apabila digunakan.

https://shope.ee/1q7c8LXibx?share_channel_code=1

 

Makanan

Pilihan makanan untuk camping.

  • Makan di luar
  • Makanan Kering seperti biskut, roti
  • Makanan Tin
  • Makanan Segera , Mee Segera
  • Makanan senang dimasak, telur sepapapan, sosej, burger dan sebagainya

Makanan perlu disediakan secukupnya bergantung kepada hari perkhemahan. Anda boleh mengunakan icebox untuk camping yang lebih satu malam ataupun dengan makanan tin ataupun maggi lebih. Makanan mudah masak lain adalah seperti kacang merah, sosej, telur dan sebagainya. Sediakan lebihan makanan segera , makanan kering dan makanan tip yang boleh di simpan dan dibawa balik. Jika tapak perkhemahan adalah dekat dengan restoran , anda juga boleh makan diluar jika tidak dapat membawa makanan yang lebih.

 

 

Air Minuman

Air minuman dan masakan adalah penting untuk kawasan perkhemahan yang tidak mempunyai air yang telah dirawat. Bawa secukupnya untuk tujuan minuman dan masakan sahaja.

https://shope.ee/40D0Udcyfa

 

Peti Ais

Peti ais amat membantu jika tapak camping anda tidak mempunyai restoran dan anda sudah bercadang untuk camping beberapa malam. Jenama yang berkualiti adalah seperti Coleman. Untuk ais box biasa,  lekat penutup kotak ais dengan cellophone tape supaya ia tahan lebih lama. Anda juga boleh keluar untuk top up ais jika camping beberapa malam.

https://shope.ee/1LBiKWnR4h

 

Lampu Camping dan Lampu Suluh

Satu keperluan adalah lampu semasa bercamping. Terdapat banyak jenis lampu camping di pasaran. Antaranya adalah rechargable dan yang mengunakan bateri.  Selain lampu camping, lampu suluh juga amat penting terutamanya tapak camping yang tidak mempunyai lampu.

https://shope.ee/99uD1qnnco?share_channel_code=1

 

Lampu Tali Pacak (optional)

Selain dari perhiasan nampak glamping, lampu ini juga sesuai untuk mengelakan budak-budak mahupun dewasa dari menendang tali pacak pada waktu malam.

https://shope.ee/7A9VJMwFYO

 

Tali

https://shope.ee/LJi7EYIgW

 

Simpan sedikit tali. Kadang-kadang ia berguna semasa kecemasan. Tali juga boleh digunakan untuk menyidai pakaian ataupun mengikat flysheet dan sebagainya.

 

First Aid Kit ( Peti Kecemasan)

https://shope.ee/AK741UZ8qY

Kejadian malang tidak berbau boleh terjadi di mana-mana. Kanak-kanak senang jatuh dan terluka semasa bercamping.  Kejadian disengat serangga juga senang terjadi semasa bercamping.

 

Sleeping Bed dan Airbed , Air Pillow (optional)

https://shope.ee/30JwJlH3rU

Sleeping bag and airbed menjadi pilihan kerana ia memberi keselesaan maksima semasa bercamping.  Sleeping bag membantu di kawasan sejuk manakala airbed, air pillow pula amat selasa untuk tidur.  Airbed yang dibeli masih boleh digunakan untuk trip lain di hotel ataupun di rumah ketika ada tetamu. Airbex Intex boleh tahan lama , sekurang kurang-nya lebih 5 tahun jika dijaga dengan baik. Pastikan anda membeli pamnya sekali, ataupun memilih jenis pam rechargable so ia boleh digunakan di tapak yang tidak mempunyai power plug.

 

Ubat Nyamuk dua jenis

Memang tidak dapat dinafikan ubat nyamuk adalah amat berguna ,terutamanya masa camping. Terdapat dua jenis ubat nyamuk yang disyorkan, jenis spray dan jenis yang bakar.  Jenis Baygon spray adalah tujuan menghalau serangga, binatang ataupun ular. Selain itu, ubat nyamuk yang boleh dibawa adalah jenis  dibakar kerana ia lebih tahan lama untuk menghalau nyamuk. Anda juga boleh membakar kotak telur jika lupa membawa ubat nyamuk.

https://shope.ee/40CTWNOats

 

https://shope.ee/5V1HL4NH8n

 

Power Bank /Power Station/ Solar

Komuikasi memang penting pada zaman ini. Power bank adalah penting untuk mengecas telefon yang sudah tiada battery terutamanya di tapak yang tidak mempunyai power point. Jika anda gemar camping, anda juga boleh membeli power station yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi. Ada guna segelintir campers yang mengunakan pengecas solar.

https://shope.ee/2AkpKX3gsF

Powerbank terbaik untuk camping

 

 

Pakaian

Pastikan anda membawa pakaian yang secukupnya dan yang sesuai, termasuk baju renang. Sediakan baju tebal, jaket jika anda camping di tempat yang sejuk. Jangan lupa membawa raincoat yang amat berguna jika hujan dan ribut

https://shope.ee/5050i1ytvc

 

Portable Standing tent  (optional)

Portable standing tent mempunyai kegunaan yang amat berbeza dengan tent biasa. Standing tent ini berguna terutamanya di tapak yang tidak mempunyai tandas atau tandasnya adalah jauh.  Standing tent juga boleh digunakan untuk menukar pakaian.

https://shope.ee/6pWetvRONv

 

Tent Shelter (optional)

Fungsi tent shelter adalah berbeza dengan tent ataupun Khemah biasa. Tent shelter adalah tent yang digunakan untuk aktiviti lain selain dari tidur. Biasanya untuk makan,memasak, lepak dan lain lain. Sesuai digunakan untuk tapak yang luas.

 

Hammock

Sesuai untuk mereka yang suka tidur.

https://shope.ee/6fDEiuZEvY

 

Cangkul ataupun Shovel Kecil

Cangkul ataupun shovel kecil sesuai digunakan semasa banjir. Anda boleh mengorek longkang bagi mengelakan khemah dari dimasuki air.

https://shope.ee/6fDEjUxsnE

 

Pisau kecil Blade Knife

 

https://shope.ee/AK741UZ8qY

Diwajibkan untuk zaman camping masa dulu-dulu. Tetapi ia sudah menjadi kurang berguna pada zaman camping sekarang yang sudah mempunyai kemudahan yang mencukupi.

 

 

Parang atau Gergaji kayu

https://shope.ee/9zUDdTTmb5

 

BBQ Pit ,unggun Api

Wajib untuk mereka yang suka BBQ , atau menyalakan api pada waktu malam.  Pilih BBQ pit yang lebih tinggi kerana kebanyakan CO ( Camp onwer) tidak suka orang membakar terus di atas tanah, ataupun rumput, pasir mereka.

https://shope.ee/9pAGVuWwxk

 

 

 

Barang-barang Persendirian

Jangan lupa bawa barang persendirian seperti ubat, sabun, berus gigi , ubat gigi dan tisu.