MayangSari Campsite, Port Dickson
Mayang Sari adalah satu tapak perkhemahan yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkhemahan tepi pantai berpasir tidak terlalu jauh dari Lembah Klang. Harga adalah mengikut tapak khemah dan bukanya berkepala. Facilies, Toilet semua bersih dan dijaga dengan rapi. Setiap tapak mempunyai beberapa tong sampah dan power point.
Terdapat berberapa zon di Mayang Sari, oleh kerana cuaca agak panas di tepi pantai, pastikan anda menempah tapak di bawah pokok. Angin mungkin kuat meniup kerana anda berkhemah di tepi pantai. Oleh itu, sediakan pacak yang jenis dalam supaya ia boleh masuk pasir. Selain itu anda b0leh juga mengikat flysheet terus pada pokok ataupun batu besar. Untuk camping di pantai, cuaca agak tidak menentu, kalau panas, memang panas. Cuaca boleh berubah menjadi badai tiba tiba. Sediakan Kipas jika langsung tiada angin.
Facilites tip top dan memang bersih. Tandas adalah amat banyak dan bersih. Setiap tapak mempunyai beberapai tong sampah dah power plug. Power Plug adalah berbayar and optional. Yang paling penting, tiada karaoke dibenarkan di campsite ini.
Campsite ini juga berdekatan dengan beberapa restoran Melayu, so ia juga sesuai dengan camper yang tidak dapat memasak.
Campsite agak bising kerana banyak kapal terbang di atas , mungkin kerana ia berdekatan dengan Lapangan Terbang. Sesetengah tapak agak berdekatan dengan jalan besar , bunyi kenderaan yang lalu agak kuat pada waktu malam.
Bayaran dan charges
Harga Lot mengikut Zon A,B,C,D. Seaview adalah lebih mahal berbanding dengan kawasan di belakang. Anda juga boleh meyewa tapak campervan di MayangSari.
RM 60-80
Harga camping adalah mengikut tapak. Parking , Powerpoint , Tandas dikira secara berlainan.
- RM 5 untuk parking
- RM 10 untuk satu power point
- Tandas RM5 satu kereta day trip , RM10 satu kereta satu malam, RM 15 satu kereta 2 malam