Night Cream terbaik

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, krim malam juga mempunyai manfaat yang tersendiri dalam memperbaiki kulit wajah. Fungsinya adalah berbeza dengan krim siang dan ia diformulasikan khas untuk merawat kulit wajah pada waktu malam ketika sedang tidur. Ia memberi kelembapan pada kulit wajah untuk jangka masa yang lebih lama, melambatkan penuaan kulit serta merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli krim malam, lihat dulu tips di bawah ini dan pilih krim malam mengikut kesesuaian kulit wajah.

Tips Pemilihan Krim Malam

  • Tekstur

Pilih tekstur krim yang sesuai dengan kulit. Sekiranya kulit berminyak atau berjerawat, pilih krim yang ringan seperti gel. Namun, jika kulit bertekstur kering, pilih krim yang bertekstur berkrim bagi membberikan kelembapan yang lebih intensif

 

  • Aroma

Pilih yang beraroma citrus sekiranya inginkan kesegaran kepada kulit. Sekiranya ingin berasa tenang, pilihlah krim beraroma flora.

 

  • Ramuan

Pilih krim yang mengandungi bahan – bahan efektif seperti AHA, BHA, retinol, vitamin E, asid hyaluronic, asid laktik, ceramide, resveratrol dan gliserin. Bahan – bahan ini dapat menyelesaikan masalah kulit kerana terdapat banyak manfaat yang tersendiri.

Senarai Krim Malam Terbaik 

  • Y.O.U – The Radiance White Active 

Krim malam ini kaya dengan campuran snow mushroom, niacinamide serta vitamin C. Ia memiliki tekstur yang ringan, beraroma lavender untuk kesan relaksasi dan dapat mengawal lebihan minyak. Krim ini juga dapat memudarkan pigmentasi, melindungi kulit dari radikal bebas serta dapat memastikan kulit sentiasa kekal terhidrat.

 

  1. Olehenriksen – Dewtopia 5% Acid Firming Night Crème

Antara krim malam yang terbaik adalah dari jenama Olehenriksen iaitu Dewtopia 5% Acid Firming Night Crème. Ia mengandungi 5% AHA serta sel stem edelweiss yang bertindak mencegah tona kulit tidak sekata, mencerahkan kulit kusam, melembapkan kulit wajah dan mengurangkan garisan halus serta kedutan. Mentega shea di dalamnya bertindak sebagai emolien yang melembapkan kulit wajah. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan mudah diserap ke dalam kulit.

 

  • Olay Regenerist Retinol24 Night Moisturiser Fragrance-Free

Produk ini kaya dengan niacinamide, retinol24 complex dan peptide yang membantu memberi kelembapan pada kulit wajah selama 24 jam. Ia dapat memudarkan garisan halus, kedutan serta mencerahkan kulit kusam. Kulit juga akan menjadi anjal sekiranya menggunakan secara kerap. Krim ini adalah bebas pewangi dan beraroma natural.

 

  • L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Night Cream

Mengandungi ramuan utama terdiri dari asid glikolik, ia mampu mencerahkan kulit agar sentiasa tampak berseri. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin E, AHA yang memudahkan penyerapan ke dalam kulit untuk kesan yang lebih optimum. Krim ini juga dapat memudarkan bintik – bintik hitam serta membuatkan tona kulit sekata.

 

  • Wardah – Hydra Rose Moisture Rich  

Jika anda mempunyai masalah kulit kering, krim Wardah ini mungkin dapat membantu kerana ia memberi penghidratan secara intensif sehingga 72 jam. Ia juga kaya dengan minyak bunga mawar dan diekstrak menggunakan teknologi yang dipatenkan bertujuan untuk mengekalkan kualitinya. Mempunyai tekstur yang ringan dan turut diformulasikan menggunakan Stress Relief Agent bagi melindungi kulit dari kerosakan akibat persekitaran.

 

  • Simple – Kind to Skin Vital  

Krim yang dirumus khas dan diformulasi dengan gliserin, pro-vitamin B5, bisabolol dan vitamin E memberi kelembapan pada kulit secara mendalam menjadikan kulit sentiasa berseri dan kekal sihat. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, tidak menyebabkan iritasi kerana bebasa alcohol, pewangi, pewarna serta minyak mineral.

 

  • Fenty Skin Instant Reset Overnight Recovery Gel-Cream With Niacinamide And Kalahari Melon Oil Refill

Dengan adanya bahan seperti niacinamide, minyak baobab dan minyak Kalahari melon, ia menjadikan produk ini antara yang terbaik serta pilihan ramai. Ia melembapkan kulit, mencerahkan serta mengurangkan tanda – tanda penuaan. Tekstur krim ini agak ringan, mudah meresap ke dalam kulit serta membuatkan wajah tampak berseri dan anjal.

 

  • Elemis Superfood Night Cream

Salah satu krim yang mengandungi kandungan omega yang tinggi adalah Elemis Superfood Night Cream. Ia diinspirasikan daripada campuran quinoa, barli, susu badam serta prebiotic. Krim ini juga dirumus agar microflora yang terdapat di dalamnya kekal seimbang agar dapat melembapkan kulit wajah serta kelihatan berseri.

 

  1. Confidence in Your Beauty Sleep 

Confidence in Your Beauty Sleep menggunakan teknologi rest & restore. Ia mampu mengurangkan kedutan, garisan halus, kulit kering, kusam dan kehilangan keanjalan. Sesuai untuk semua jenis kulit. 

 

  • Youth Preserve Dream Face Cream 

Bagi mereka yang berumur 40 dan 50 tahun, krim ini agak sesuai kerana ia dapat memudarkan tanda – tanda penuaan serta dapat mengekalkan penghidratan kulit. Krim ini terdiri dari ekstrak teratai, vitamin E, ekstrak daun pic dan mentega shea yang membantu mencegah kulit kering dan kusam. 

 

  • Tatcha Indigo Overnight Repair

Krim malam yang memberi kelembapan dengan hanya sekali penggunaan. Mengandungi ceramide, ekstrak indigo Jepun dan akar mondo grass. Ia bertindak melegakan kerengsaan, mengimbangi mikrobion dan menguatkan sistem penghalang kulit. Krim ini juga dapat mempercepatkan proses pembaharuan kulit wajah agak sentiasa berseri tatkala bangun pagi.

 

  • Ultra Repair Hydra Firm – First Aid Beauty 

Untuk yang kulit kering, Ultra Repair Hydra Firm – First Aid Beauty adalah amat sesuai. Mengandungi rumusan anti penuaan serta mudah meresap ke dalam kulit dapat memudarkan garisan halus, kedutan serta menganjalkan kulit. Terdiri dari bahan seperti asid hyaluronic, niacinamide serta colloidal oatmeal adalah sesuai untuk semua kulit.

 

  1. Neutrogena – Hydro Boost Hyaluronic Acid 

Tekstur krim adalah bersifat gel yang mudah menyerap dan sesuai untuk semua kulit. Memberi penghidratan sehingga lima kali ganda dan mengandungi peptide, asid hyaluronic serta asid amino yang dapat menguatkan sistem pertahanan kulit. Krim ini juga melembapkan kulit sehingga 72 jam.

 

  • Bio-essence Bio-Gold Night Cream 

Produk ini kaya dengan Gingko, aloe dan jus daun barbadensis yang dapat memperbaiki kulit rosak, melembapkan kulit, mengurangkan garisan halus pada leher, merangsang sel kulit, menghidrat serta menyegarkan kulit. Ia turut mengandungi 98% kepingan emas yang boleh mempertingkatkan metabolisme kulit.

 

  1. Water Based Moisturizer/Aqua Whitening Cream

Krim ini berasaskan air dan mempunyai tekstur yang ringan. Ia sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak dan boleh dipakai pada waktu siang serta malam kerana mampu mengawal lebihan sebum. Pemakaian krim ini dapat mengurangkan pori – pori wajah, mencerahkan muka dan membaiki sunburn kulit wajah. Krim ini bebas paraben, sulfate dan alcohol.

 

  • Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream 

Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream ini bukan sahaja sesuai untuk wanita, malah sesuai juga untuk golongan lelaki. Ia bersifat antioksidan dan non-comedogenic yang juga diperkaya dengan pokok teratai serta tomato mampu menghalang kulit dari radikal bebas yang merosakkan sel kulit. 

 

  • Simple Vital Vitamin Night Cream 

Produk yang diformulasikan dengan vitamin E, vitamin F, pro-vitamin B5, allantoin, glycerine serta bisabolol ini mampu memberi kelembapan pada kulit agar kulit sentiasa hidrasi sepanjang hari. Krim ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya serta bebas pewangi tiruan. Ia juga membuatkan kulit wajah semakin lembut dan berseri.

 

  1. Safi Rania Gold Krim Pelembap Malam 

Krim ini sesuai untuk yang berkulit matang atau wanita berusia. Teksturnya mudah diserap ke dalam kulit dan mudah disapu pada seluruh wajah serta leher. Produk ini kaya dengan royal jelly dan nano gold 24K yang memberi kelembapan pada kulit serta memperkuatkan lapisan epidermis kulit agar wajah sentiasa anjal dan awet muda.

 

  • NUTOX Youth Restoring Night Cream 

Selepas mencuci muka dan mengenakan toner, sebaiknya sapu krim ini pada wajah dan leher pada setiap malam. Krim ini dapat merata tona kulit, membaiki kulit semasa tidur, memperbaiki keanjalan kulit, mengurangkan garis halus, kedutan serta dapat meningkatkan kolagen dalam lapisan kulit.

 

  • L’oreal Paris Dermo Expertise Revitalift Night Cream

Bagi yang telah mencapai umur 40 tahun, krim ini adalah sangat sesuai untuk kulit wajah tidak mengira jenis kulit. Pemakaian krim ini akan mengembalikan keanjalan kulit, menghasilkan semula sel kulit wajah serta dapat mengurangkan kedutan. Malah, ia juga dapat mencerahkan semula tona kulit serta mengurangkan bintik – bintik hitam. 

 

  • Safi Perfect White Replenishing Night Cream

Safi Perfect White Replenishing Night Cream mengandungi kakadu plum dari vitamin C yang 100 kali lebih banyak dari buah oren membuatkan kulit wajah lebih berseri dan sihat. Ia cepat diserap ke dalam kulit, tidak berminyak dan boleh mengatasi masalah kulit kering dan kusam. Krim ini juga mengandungi niacinamide dan glycerine.

 

  • Cetaphil Bright Healthy Radiance Night Comfort Cream

Produk Cetaphil ini sesuai untuk kulit kering dan sensitif kerana formula yang digunakan adalah lembut pada kulit serta hypoallergenic. Ia mengandungi vitamin B3 iaitu antioksidan yang mampu mencerahkan kulit serta dapat menghilangkan jeragat sekiranya digunakan secara konsisten.

 

  • Wardah – Crystal Secret Bright Activating 

Krim malam Wardah ini mengandungi SPF 35 PA++ dan sesuai untuk semua kulit. Ia kaya dengan ekstrak Edelweiss yang melindungi lapisan kulit. Selain itu, produk ini mengandungi alphaburtin, niacinamide serta peptide yang dapat membantu mencerahkan kulit wajah serta meratakan warna tona kulit. Sekiranya memakai krim ini secara konsisten dapat menghilangkan bekas jerawat serta bintik hitam.

  • Sukin Moisture Restoring Night Cream

Sukin Moisture Restoring Night Cream yang berasal dari Australia ini mengandungi Rosehip dan Evening Primerose yang sesuai untuk semua jenis kulit. Krim ini juga mengandungi campuran avocado serta jojoba yang sangat berkhasiat dan dapat memperbaiki masalah kulit kering. Ia juga dapat mengembalikan keremajaan kulit kerana mengandungi borage serta vitamin E yang menjadikan tekstur kulit wajah semakin cantik kerana tahap kelembapan kulit yang semakin baik.

 

  • Sukin Purely Ageless Restorative Night Cream 

Salah satu krim malam Sukin adalah Purely Ageless Restorative Night Cream yang terdiri dari bahan – bahan semulajadi seperti cocoa butter, baoba, macadamia oil serta white hibiscus yang dapat memberi kelembapan serta menganjalkan kulit. Produk ini dapat mengatasi masalah penuaan secara drastic sehingga 78% dalam masa 14 hari sahaja. 

 

  • Double Action Restorative Nano White Night Cream

Produk yang mengandungi arbutin serta asid hyaluronic ini mampu mencerahkan bintik hitam, parut jerawat, merawat kulit, pembentukan melanin dalam kulit serta melembapkan kulit dalam masa 1 malam. Kulit wajah juga akan tampak lebih berseri dalam masa 4 hari dan sesuai untuk kulit kering dan normal.

 

Inilah senarai 26 krim malam yang boleh dijadikan panduan sebelum anda membuat pembelian. Pilihlah krim yang bersesuaian dengan kulit wajah bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.