Nirvana Memorial Park

Kumpulan Nirvana Asia menyediakan perkhidmatan pengurusan kematian dan penjagaan kubur di Asia. Nirvana Malaysia menawarkan perkhidmatan pengkuburan bertaraf premium dan berkualiti tinggi, columbarium serta mereka bentuk tapak kubur, landskap, penggunaan bahan binaan, penyelenggaraan tapak kubur, perkhidmatan pelanggan, serta perkhidmatan pengebumian yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai. Syarikat ini telah lama ditubuhkan, malah antara jenama yang paling di kenali di Malaysia dan Singapura kerana kualiti perkhidmatan yang disediakan, profesionalisme, kebolehpercayaan, produk yang bagus serta kemudahan penyelenggaraan yang terbaik.

 

Nirvana Malaysia turut menyediakan kontrak penjualan dan menguruskan hal berkaitan tanah lot perkuburan yang dijual kepada keluarga si mati. Sangat komited dan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan yang diberikan membuatkan organisasi ini sering menjadi pilihan ramai kerana kualiti yang diberikan cukup memuaskan hati para pelanggan. Di atas kecemerlangan perkhidmatan yang diberikan, Kumpulan Nirvana telah mendapat pengiktirafan anugerah seperti Asia’s Outstanding Brand in Funeral Services Industry dan Asia’s Outstanding Award in Multi National Expansion di Anugerah Pameran Pengebumian Asia (AFE) 2012. 

Di Malaysia, Taman Peringatan Nirvana atau Nirvana Memorial Park yang paling strategik terletak di Semenyih dan merupakan taman peringatan terbesar di Asia. Berkeluasan kira – kira 588 ekar boleh diakses oleh pelanggan kira – kira 25 minit sahaja sekiranya melalui lebuh raya dari Kuala Lumpur. Menurut Fengshui Master yang terkenal dalam hal Geomancy, lokasi di Semenyih ini dikatakan sangat sesuai dan dapat mewujudkan suasana yang tenang serta damai bagi si mati untuk berehat selamanya. Pra – perancangan berkenaan plot tanah pengebumian dan pembinaan kubur dapat membantu umur panjang, kesihatan yang lebih baik dan kesejahteraan hidup dapat diturunkan kepada keturunan seterusnya.

Landskap Menarik

Taman Peringatan Nirvana, Semenyih memiliki keindahan landskapnya yang luar biasa dengan kehadiran flora yang menghijau subur dan indah, malah telah memenangi banyak anugerah serta pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2001, taman ini telah memenangi hadiah pertama bagi Kategori Struktur Agama Bukan Islam di Pertandingan Landskap Nasional 2000. Anugerah ini diberikan kerana landskap keseluruhannya yang berkualiti. Taman ini turut dihiasi dengan patung – patung kontemporari yang menambahkan lagi keindahan serta kecantikan landskap di sekitarnya. 

Kemudahan Lain Yang Disediakan

Selain menyediakan plot pengebumian yang berkualiti, pihak Nirvana turut menyediakan beberapa kemudahan lain seperti :

  • Tempat meletak kenderaan yang luas
  • Kemudahan ruang untuk mengadakan ritual keagamaan
  • Perkhidmatan penyelenggaraan taman untuk jangka masa panjang dengan caj yang berpatutan kepada para pelanggan
  • Caj yang dikenakan termasuklah kawalan keselamatan 24 jam, pembersihan serta perkhidmatan landskap
  • Pelanggan boleh memilih plot pengebumian samada plot keluarga, plot berganda, plot tunggal yang dilengkapi dengan reka bentuk kubur yang berbeza di atas tanah Fengshui yang baik
  • Menyediakan kemudahan columbarium iaitu struktur dengan petak atau ceruk (ruang kecil) bagi menempatkan abu mayat yang telah dibakar 
  • Menyediakan plot pengebumian bukan Islam dengan harga berpatutan untuk yang beragama Buddha, Tao, Kristian dan  lain – lain agama dengan pilihan plot pengebumian bersesuaian

Kelebihan Perkhidmatan Pengebumian Nirvana

  • Dapat meringankan ahli keluarga dari beban kewangan, tekanan dan kekeliruan
  • Dapat mengelakkan ahli keluarga membuat keputusan terburu – buru dan terpaksa berhadapan dengan kos yang lebih mahal 
  • Lebih menjimatkan wang
  • Membenarkan individu memilih perkhidmatan pilihan, memilih upacara dan ritual mereka sendiri

 

Pakej Perkhidmatan Pilihan

Terdapat beberapa pilihan pakej perkhidmatan yang boleh dipilih oleh pelanggan mengikut keperluan dan kesesuaian masing – masing antaranya seperti berikut:

 

 

  • Pakej Perkhidmatan Pengebumian Nirvana

 

Nirvana menyediakan beberapa pakej perkhidmatan pilihan mengikut kesesuaian amalan budaya dan agama pelanggan. Pakej perkhidmatan pengebumian yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada keperluan terlebih dahulu. Mana kala bagi perkhidmatan pra-keperluan dijual bagi keluarga yang ingin mengatur awal perkhidmatan pengebumian untuk diri sendiri atau orang tersayang.

 

 

  • Nirvana Columbarium

 

Columbarium merupakan struktur yang menempatkan ruang petak atau ceruk untuk abu atau jenazah yang dikremasi dan disimpan di tempat pengebumian. Di Nirvana Malaysia, setiap ruang petak mempunyai reka bentuk yang unik. Ruang yang besar, luas dan selesa memberi rasa harmoni dan ketenangan yang kuat. Tempat istirahat terakhir yang ideal ini memupuk rasa sejahtera, kaya, kesihatan dan umur panjang untuk anak cucu sebagai tempat berehat yang aman. 

 

  • Tanah Perkuburan Nirvana

Taman Peringatan Nirvana menampilkan landskap yang luar biasa, kehijauan yang subur, flora yang indah dan patung kontemporari. Plot pengebumian yang tersedia begitu sesuai dengan suasana yang damai untuk orang tersayang yang telah meninggal dunia. Ia direka indah dengan suasana sebuah taman dan dilengkapi dengan pelbagai pilihan plot perkuburan samada plot keluarga, plot ganda dan plot tunggal yang kesemuanya ditampilkan dengan reka bentuk kubur yang berlainan dan terletak di tanah Fengshui yang baik.

 

  • Nirvana Seed ShengJi

Nirvana Seed mempunyai kawasan yang luas serta melalui jalan air yang tenang dan tidak terhalang di samping tanah subur yang berwarna-warni. Sheng Ji yang baik dan berkesan terletak pada kemampuannya untuk mengumpulkan ‘qi’ yang bersemangat dari alam semesta dan Nirvana memegang kuncinya. Tanah yang baik ini memancarkan kekuatan seekor naga sambil dilindungi jalan air yang berhampiran, menjadikannya lingkungan Fengshui yang sempurna untuk nasib yang lebih baik. Ianya sangat sesuai bagi yang mencari kemajuan kerjaya dan kekayaan yang lebih baik. Selain itu, ianya sesuai bagi yang mencari bimbingan kerana ini adalah tempat yang paling tepat untuk memulakannya.

 

  • Nirvana Ancestral Tablet

Ancestral Tablet telah menjadi simbol penyembahan nenek moyang Cina sejak zaman kuno Dinasti Shang. Ia mengambil kedudukan pusat di mana-mana rumah tradisional Cina. Ancestral Tablet di Taman Peringatan Nirvana adalah alternatif yang baik untuk pasangan yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri upacara pemujaan di rumah.

 

Bagi yang memiliki haiwan peliharaan, Taman Peringatan Haiwan Peliharaan Nirwana adalah sesuai dijadikan sebagai hadiah tanda cinta kepada sahabat haiwan anda. Nirvana Pet Memorial Garden, merupaka sebuah taman peringatan indah dengan suasana yang menghijau serta memberi ketenangan yang luar biasa agar haiwan kesayangan dapat berehat dengan tenang. Hanya yang benar – benar kasih dan cinta terhadap haiwan peliharaan akan semadikan haiwan kesayangan mereka di sini setelah haiwan tersebut mati.

 

Senarai Cawangan Di Malaysia

Terdapat 13 cawangan Nirvana di seluruh Malaysia di lokasi berikut :

  1. Nirvana Memorial Park Semenyih
  2. Nirvana Memorial Park Klang
  3. Nirvana Memorial Park Shah Alam
  4. Nirvana Center KL
  5. Nirvana Memorial Park Ipoh
  6. Nirvana Memorial Park Melaka
  7. Nirvana Memorial Segamat
  8. Nirvana Memorial Kulai
  9. Nirvana Memorial Tiram
  10. Nirvana Bukit Mertajam
  11. Nirvana Sg.Petani
  12. Nirvana Sibu
  13. Nirvana Kota Kinabalu