Pemandu Dacsee di Malaysia
Suatu tika dahulu perkhidmatan e-hailing telah memasuki pasaran Malaysia. Antara perkhidmatan terawal yang berada di pasaran Malaysia adalah perkhidmatan Uber yang sememangnya memberikan alternative terhadap pengangkutan awam. Setelah kewujudan Uber di Malaysia, kehadiran Grab mula memberi persaingan hebat terhadap Uber dan seterusnya telah mengambil alih pengurusan Uber ini. Perkhidmatan e-hailing ini semakin maju di negara kita. Maka, tidak hairanlah jika terdapat syarikat – syarikat baru yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik seperti Decentralize Alternative Cabs Serving & Empowering Everyone (DACSEE). Perkhidmatan DACSEE ini kelihatan tidak ubah seperti perkhidmatan e-hailing lain namun menampilkan perbezaan dari segi system pengoperasiannya. Ia lebih menumpukan perhatian terhadap komuniti serta lingkungan sistem yang digunakan. DACSEE hanya menyediakan platform berkonsep open source di mana ia memberika kelebihan untuk menjalankan serta menguruskan sistem pengoperasian sendiri. Sistem DACSEE tidak melibatkan orang tengah untuk menguruskan perkhidmatan ini. Oleh itu, pemandu boleh menjana pendapatan yang lebih bagi setiap perjalanan yang dibuat serta pendapatan melalui sistem referral.
Para pelanggan pula boleh menempah pemandu DACSEE pilihan atau pemandu yang digemari. Malah, penumpang juga boleh membuat tempahan secara terus dengan pemandu. Dengan cara ini juga ia membuatkan penumpang merasa lebih selesa dan selamat. Pengguna perkhidmatan ini juga boleh membuat sebarang makluman berkenaan kecemasan atau insiden melalui aplikasi yang ada supaya tindakan susulan dapat diambil dengan lebih cepat. Setiap pemandu DACSEE dipilih melalui proses pemilihan yang dibuat dalam lingkungan komuniti. Pemilihan akhir hanya akan diputuskan oleh pihak SPAD dengan menilai dahulu latar belakang serta dokumen penting pemandu. Sekiranya telah mendapat keputusan oleh pihak SPAD, maka pemandu boleh mula memandu.
Pada peringkat awal, seramai lebih 5,000 orang pemandu telah mendaftar serta telah memulakan pengujian terhadap operasi serta aplikasi yang diperkenalkan. Penumpang boleh memilih jenis komuniti rasmi sendiri seperti Compact, Comfort, Execa dan juga Xtra yang memboleh penumpang memilih jenis kenderaan yang diinginkan berdasarkan jumlah penumpang serta tahap keselesaan yang diperlukan. Setiap tambang yang dikenakan adalah berdasarkan komuniti DACSEE, malah turut membenarkan komuniti ini menetapkan harga tambang mereka sendiri. Oleh itu, pemandu akan memperoleh pendapatan yang lebih menguntungkan.
DACSEE juga akan menerima sebanyak 20 peratus komisen dari setiap pembayaran yang diterima oleh pemandu, manakala 80 peratus komisen lagi akan dimasukkan ke dalam komuniti DACSEE. Dengan cara ini membolehkan pemandu DACSEE terus memandu dengan adanya platform tersebut. Pada peringkat permulaan DACSEE menjalankan operasinya di sekitar Lembah Klang serta mempunyai perancangan untuk meluaskan empayarnya sehingga ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuching, Sarawak pada masa hadapan. Aplikasi DACSEE ini boleh dimuat turun menggunakan perisian Android mahupun IOS yang terdapat di telefon bimbit masing – masing. Pendaftaran bagi penumpang dan juga pemandu juga adalah percuma tanpa sebarang syarat yang dikenakan.