Pemandu Grab
Cara Cara Pendaftaran Pemandu Grab
Kelebihan Grab adalah kadar tambang yang dikenakan adalah tetap (tidak termasuk tol atau lebih drop point). Grab juga mempunyai beberapa pilihan jenis kategori kereta dan Grabcar adalah pilihan yang paling murah. Rata – rata pengguna lebih memilih untuk menaiki Grab apabila jalan sesak kerana tambang tidak berubah walaupun perjalanan lebih lama.
Tutorial Pemanduan Grab
Cara mudah untuk Memandu Grab.
Syarat Syarat Pemandu Grab
Anda boleh memilih sama ada ingin menjadi Pemandu Grab secara sepenuh masa atau separuh masa. Pendaftaran Grab adalah percuma. Sebelum mendaftar menjadi Pemandu Grab, syarat – syarat tersebut mestilah dipenuhi, iaitu:
- Warganegara Malaysia dan mempunyai Kad Pengenalan
- Mempunyai lesen memandu penuh yang sah (tidak layak untuk pemegang lesen P )
- Berumur 22 tahun dan ke atas.
- Menggunakan kereta tahun 2009 ke atas sahaja
- Nama pemandu ada dalam insuran kereta tersebut.
- Tidak mempunyai jenayah dan rekod saman lampau
- Mempunyai Lesen PSV
- Pemeriksaan Puspakom untuk kenderaaan lebih 2 tahun
- Insurans Ehailing
Setelah itu, beberapa dokumen penting perlu disediakan dan boleh mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit. Gambar tersebut mestilah jelas
- Gambar muka paras dada – jangan memakai cermin mata dan sebagainya. Memegang Kad Pengenalan di bahu
- Kad Pengenalan (depan)
- Lesen memandu (depan)
- Nota perlindungan insurans kereta (pastikan ada nama anda, nombor perlindungan insurans, tarikh tamat, no kereta, model kereta, tahun pengeluaran)
- Endorsement ( jika tambah nama dalam insurans)
Apa itu Grab ?
Seperti mana aplikasi Uber, Grab juga mendapat sambutan baik daripada masyarakat. Di Malaysia, Grab telah diperkenalkan sekitar bulan Ogos 2015. Grab adalah pilihan alternatif untuk memenuhi keperluan pengangkutan yang tinggi di kawasan trafik tinggi pada waktu puncak dan bagi mereka yang mahu berjimat cermat. Setakat ini Grab berada di banyak bandar sejak diperkenalkan di Malaysia.
Setelah dokumen – dokumen seperti yang dinyatakan di atas telah disediakan, anda boleh meneruskan pendaftaran secara dalam talian. Langkah pertama untuk mendaftar sebagai Pemandu Grab ialah mengisi maklumat diri di laman web Grab. Anda perlu menggunakan emel yang didaftarkan di gmail sahaja. Bagi pengguna android sila gunakan emel yang sama dengan Google Playstore. Pengguna IOS gunakan emel gmail sahaja. Pastikan emel tersebut aktif dan anda mengingati katakunci emel berkenaan. Kemudian, pilih lokasi di mana anda hendak memandu. Setelah siap mengisi maklumat diri, anda hendaklah menyemak emel kerana Grab akan memberitahu anda langkah seterusnya dalam proses daftar pemandu ini. Pastikan anda boleh log masuk ke emel anda.
Langkah seterusnya adalah anda juga perlu memasukkan maklumat mengenai kereta dan akaun bank anda. Seterusnya di bahagian deklarasi, anda perlulah menjawab kesemua soalan yang diberikan. Setelah selesai, anda perlu memuatnaik semua dokumen yang diperlukan. Anda perlu memastikan kesemua gambar yang dimuatnaik adalah jelas. Kemudian, anda perlu menjawa kuiz dan soalan, Di sini, anda boleh mencuba beberapa kali sehingga mendapatkan jawapan yang betul. Setelah itu, anda boleh memuat turun aplikasi Grab Driver di Google Play secara percuma. Kemudian, sahkan dokumen dan maklumat anda. Dalam masa satu hari anda sudah boleh menggunakan aplikasi Grab driver untuk mula mengambil penumpang.
Kategori Kereta Grab
Seterusnya, anda boleh memilih untuk memandu jenis kategori atau kenderaan mana yang sesuai. Tidak semua kereta layak untuk didaftarkan sebagai kereta Grab kerana Grab juga menjaga mutu perkhidmatannya. Terdapat kereta jenis ekonomi, kereta yang mempunyai 6 tempat duduk dan premium. Bagi kategori premium, syarat – syarat khusus mestilah dipatuhi. Anda boleh menyemak senarai model kereta yang layak untuk setiap kategori yang dinyatakan di laman web Grab.
Teknik Penjanaan Pendapatan Grab
Terdapat dua teknik yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan apabila menjadi Pemandu Grab, iaitu pemandu insentif dan pemandu tambang. Pemandu insentif merupakan pemandu yang mesti mengikuti jadual yang dikeluarkan oleh grab setiap minggu supaya dapat memaksimumkan pendapatan melalui pemberian insentif dari grab. Selain itu, pemandu yang menggunakan teknik ini dapat mengumpul duit daripada tambang yang dibayar oleh penumpang.
Manakala pemandu tambang hanya mengharapkan pendapatan Grab dari tambang sahaja. Pemandu jenis ini tidak mampu untuk mengikuti jadual perjalanan untuk mendapatkan insentif. Mereka akan hanya mengambil trip yang berharga tinggi sahaja supaya dapat mengumpul wang yang banyak setiap hari. Bagi pemandu ini, Acceptance Rate perlu sentiasa dipantau dengan anggaran kadar 30% minimum setiap hujung minggu supaya akaun pemandu masih boleh digunakan. Sebagai contoh, 10 permintaan yang diterima, sebanyak 7 permintaan sahaja boleh ditolak.
Terdapat beberapa tips yang boleh membantu Pemandu Grab merancang strategi untuk menjana pendapatan yang lumayan, antaranya ialah Pemandu Grab disarankan mengambil penumpang di pusat membeli belah, stesen LRT, KLIA, KLIA2, pasaraya atau pejabat. Selain itu, Pemandu Grab disarankan tidak banyak menolak permintaan tanpa alasan yang kukuh. Jika tak mahu ambil, jangan berada dalam talian. Pastikan juga Pemandu Grab menggunakan telefon pintar yang menerima signal GPS yang kuat. Pemandu Grab boleh menyemak senarai telefon yang sesuai digunakan di laman web. Pastikan juga menggunakan holder untuk telefon supaya pemanduan nam pak mudah dan profesional. Manakala capaian internet yang bagus adalah sangat membantu melancarkan lagi kerja sebagai Pemandu Grab yang hebat.
Corak Permainan Pemandu Grab
Pemanduan Grab boleh dibuat style pemandu sendiri. Pemandu boleh memandu dengan permainan Flexi ataupun HG mengikut jadual. Pemanduan Flexi lebih kepada high fare/flexi insentif dan pemanduan HG adalah kepada jadual yang tertera.
Insentif HG (Hourly Guarantee)
Selain itu, pelan insentif yang ditawarkan oleh Grab pula memang menguntungkan kepada Pemandu Grab. Insentif yang diberikan hanya tertumpu kepada kawasan – kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi dari pelanggan. Insentif tersebut juga bergantung kepada tempoh masa pemandu tersebut berada dalam talian aplikasi tersebut dan sedang menerima tempahan pelanggan.
Syarikat Grab memberikan pemandu ganjaran RM1.50 untuk semua tempahan yang dipenuhi, selain penalti RM1.00 bagi setiap pelanggan yang ditolak atau dibatalkan. Setiap hari pemandu yang menolak atau membatalkan tempahan diberi peluang 3 kali sebelum penalti dikenakan. Sebaliknya, ganjaran diberikan bagi setiap permintaan yang berjaya dipenuhi. Hal ini menunjukkan bahawa syarikat Grab menjanjikan keuntungan hanya kepada pemandu yang serius untuk menjadi Pemandu Grab.
Insentif Flexi
Insentif flexi diberikan kepada mereka yang tidak opt in untuk insentif HG. Kebiasaan, Grab akan memberi cash back 10% atau 20% berdasarkan trips yang dapat dicomplete dalam satu hari yang tertentu.
Bukan semua orang layak menjadi pemandu Grab, mereka perlu memenuhi syarat yang dikehendaki oleh pihak syarikat untuk memastikan keselamatan penumpang dan juga diri mereka. Apabila mendaftar sebagai pemandu, anda telah bersetuju mematuhi kod etika dan garis panduan perkhidmatan. Jika berlaku sebarang pelanggaran garis panduan tersebut, pihak syarikat bertanggungjawab untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya. Jika syarikat mendapati beberapa perkara yang mencurigakan dalam kesahihan tempahan anda, syarikat akan menamatkan Perjanjian anda dengan serta merta. Jika anda mempunyai penjelasan yang sah anda boleh membuat rayuan untuk diambil semula dalam sebagai Pemandu Grab.
Kelebihan memandu Grab
Flexible
Pemanduan dibuat mengikut selera dan waktu masing masing. Part time ataupun full time. Online lebih jika nak buat duit banyak