Pembayaran Fasa 1 BSH

PEMBAYARAN FASA PERTAMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020 BAGI KATEGORI ISI RUMAH SEBANYAK RM 300 MULAI 20 JANUARI 2020

Sejak dahulu lagi, pihak kerajaan telah pun memperkenalkan pelbagai jenis bantuan untuk golongan berpendapatan rendah, miskin tegar dan kurang upaya. Menjelang tahun 2012 pula, kerajaan turut memperkenalkan skim bantuan baharu yang dikenali dengan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Namun, bantuan ini telah mengalami sedikit inovasi serta telah dikenali dengan nama baharu mulai tahun 2018 iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH).

Pada pembentangan bajet setiap tahun, pihak kerajaan akan memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia melalui skim BSH ini. Bantuan ini yang disasarkan kepada golongan yang berpendapatan rendah dalam kategori B40 memberi impak yang begitu positif serta mampu menaiktaraf kehidupan golongan ini seisi keluarga.

BSH Tahun 2020

Pada tahun 2020, seramai 3.8 juta penerima bantuan berdaftar akan menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 mulai 20 Januari 2020 bagi fasa pertama. Pembayaran bantuan ini memperuntukkan sebanyak RM 1 bilion bagi merealisasikan inisiatif kerajaan seperti mana yang diumumkan semasa Belanjawan 2020. Penerima bantuan adalah terdiri dari isi rumah yang berpendapatan antara RM 2000 hingga RM 4000, dan mestilah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Sebelum membolehkan penerima menerima bantuan selayaknya, setiap permohonan akan diteliti serta ditapis terlebih dahulu bagi memastikan individu yang layak sahaja akan menerima bantuan.

Pembayaran bantuan fasa pertama akan dibayar sebanyak RM 300 kepada penerima isi rumah yang layak di seluruh negara termasuklah pemohon yang berada di kawasan pedalaman. Bantuan ini akan dimasukkan terus ke akaun bank seperti mana yang telah didaftarkan semasa menerima BSH 2019. Walau bagai mana pun, bagi pemohon yang tidak mempunyai sebarang akaun bank, bantuan akan dibayar secara tunai mulai 1 Februari. Bantuan ini diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM 2000, kategori pendapatan antara RM 2001 hingga RM 3000 dan juga kategori pendapatan RM 3000 hingga RM 4000 dan ia tertakluk kepada kriteria serta syarat sama seperti BSH 2019.

Pihak kerajaan sentiasa memastikan rakyat Malaysia akan hidup dengan lebih baik. Oleh itu, pemohon yang tidak berjaya mendapat bantuan boleh membuat permohonan serta mengemaskini data yang akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. BSH ini juga turut dibuka kepada individu bujang yang berumur 40 tahun dan keatas serta golongan OKU yang berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan bulanan kurang dari RM 2000.

Kategori Baru BSH 2020

Lim Guan Eng juga menjelaskan bahawa penerima bantuan kategori bujang dan OKU akan menerima bantuan sebanyak RM 300 dan juga secara automatik akan menjadi penerima insurans Skim Takaful MySalam secara percuma. Pembayaran fasa kedua dan ketiga akan dibayar pada bulan Mei dan Ogos 2020. Walau bagaimana pun, ia tertakluk kepada pengumuman terkini dari Menteri Kewangan Malaysia atau pihak kerajaan.

Pemohon yang pernah menerima BSH sebelum ini mungkin juga tidak layak menerima bantuan pada tahun – tahun berikutnya kerana beberapa faktor. Oleh sebab itu, sekretariat BSH menyarankan agar pemohon sentiasa mengemaskini maklumat peribadi sekiranya terdapat beberapa perubahan maklumat yang perlu dimaklumkan. Permohonan yang gagal mungkin disebabkan maklumat yang tidak dikemaskini seperti berikut :

  1. Status perkahwinan – pasangan suami / isteri bukan warganegara Malaysia; atau
  2. Kategori bujang / ibu bapa tunggal yang tiada tanggungan; atau
  3. Individu bujang yang ada tanggungan
  4. Alamat surat menyurat terkini tidak dikemaskini
  5. Maklumat akaun bank, nombor telefon bimbit, alamat emel pemohon yang terkini
  6. Maklumat tanggungan mesti diisi dengan tepat

Anda boleh menghubungi sekretariat BSH menggunakan medium berikut untuk sebarang maklumat lanjut / pertanyaan :

  1. Hotline BSH LHDN – 1800882747
  2. Hotline MOF – 0388824565 / 0388824566
  3. Faksimili MOF – 0388823933