Pendaftaran Pengundi Online MYSPR
MYSPR DAFTAR. PENDAFTARAN PENGUNDI ONLINE
Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi perlu bertindak segera dengan membuat pendaftaran sebagai pengundi yang sah. Masih terdapat segelintir masyarakat yang terdiri dari golongan dewasa masih tidak menjadi seorang pengundi semasa berlangsungnya pilihanraya umum. Ini dilihat sebagai satu kerugian besar kepada negara kerana setiap kertas undi yang ditandakan oleh seseorang pengundi sangat bermakna bagi menentukan pemerintahan negara tercinta.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara manual sebelum ini. Sistem manual dilihat tidak lagi relevan pada masa kini kerana penggunaan borang pendaftaran secara manual perlu mengambil masa yang agak lama untuk diproses sebelum pemohon mendapat status sebagai pengundi sah. Justeru, pihak SPR telah mengorak langkah dengan membuat perubahan kepada sistem pendaftaran pemilih yang lebih efisien, berkesan serta sangat memudahkan. Sistem pendaftaran pilih yang diperkenalkan merupakan sistem secara atas talian yang dikenali sebagai MySPR.
MySPR ini dibuat selaras dengan keputusan kerajaan yang membenarkan had umur pengundi sah diturunkan daripada berumur 21 tahun kepada 18 tahun. Perubahan had umur ini telah dibuat semasa pembentangan di Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019. Justeru, sistem secara atas talian cukup memudahkan pengundi membuat pendaftaran di man sahaja tanpa perlu ke kaunter pejabat SPR.
Sistem MySPR membolehkan pelaksanaan dua transaksi secara atas talian iaitu pendaftaran baru dan pendaftaran tukar alamat serta pusat mengundi.
- Pendaftaran Baru : Ia merupakan pendaftaran bagi warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun dan layak untuk mendaftar sebagai pengundi buat pertama kali
- Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi : Permohonan dibuat oleh pemilih yang berdaftar bagi mengemaskini alamat tempat tinggal terkini. Biasanya, pusat mengundi akan berubah mengikut alamat terkini tempat tinggal pemilih
Syarat – Syarat Am Pendaftaran Pemilih
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun
- Menetap dan tinggal di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
- Tiada halangan atau hilang kelayakan undang – undang yang dikuatkuasakan
Syarat Tambahan Semasa Pendaftaran MySPRDaftar
- Memiliki nombor telefon bimbit yang sah
- Alamat emel yang masih aktif dan sah
- Gambar hadapan kad pengenalan
- Gambar swafoto bersama kad pengenalan
- Format gambar adalah jpeg, jpg dan png. Saiz gambar mestilah kurang daripada 500kb
Cara – Cara Membuat Pendaftaran
- Layari laman web SPR di https://www.sprdaftar.spr.gov.my/ atau layari terus laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my dan klik butang “MYSPR DAFTAR”
- Klik butang “PERMOHONAN AKAUN BARU”
- Isikan maklumat peribadi serta maklumat lain yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, nombor telefon bimbit, emel, password, pengesahan password, soalan keselamatan dan jawapan keselamatan, alamat lengkap serta muat naik gambar hadapan kad pengenalan dan gambar swafoto pemohon. Masukkan kod captcha dan tandakan pada kenyataan “Saya telah membaca syarat – syarat kelayakan..”
- Setelah maklumat lengkap diisi, klik butang “Hantar”
- Satu notifikasi akan dipaparkan seperti ini “Adakah anda pasti untuk menghantar permohonan ini?” dipaparkan dan tekan butang “PASTI”
- Pegawai SPR akan memproses serta memverifikasi permohonan tersebut dan satu emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan
- Pastikan anda memeriksa emel di ruangan Spam, sekiranya emel pengesahan tidak diterima di ruangan Inbox
- Setiap permohonan akan diproses pada hari yang sama sekiranya permohonan dibuat pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari (hari bekerja)
- Sekiranya permohonan dibuat selepas jam 12.00 tengahari, ia akan diproses pada hari bekerja berikutnya
- Sekiranya permohonan dibuat pada hari Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan am, ia juga akan diproses pada hari berikutnya
- Setelah mendapat emel pengesahan dari SPR, pastikan anda klik pada pautan url yang
diberikan bagi mengaktifkan akaun anda. Masukkan nombor kad pengenalan, kata
laluan yang telah didaftarkan di laman pengaktifan
- Kemudian, klik pada butang “Mohon TAC” dan satu SMS akan dihantar ke nombor
telefon bimbit pemohon yang telah didaftarkan. Masukkan kod TAC yang diterima dan
klik butang “Hantar” untuk login ke MySPR Daftar
- Masukkan nombor kad pengenalan, password serta kod captcha dan klik butang “LOG
MASUK”
- Sistem akan membuat verifikasi, seterusnya dasboard pengguna akan dipaparkan
- Dashboard pengguna akan memaparkan status pengguna. Ia bergantung kepada rekod
yang telah disimpan oleh SPR.
Sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut berkaitan pendaftaran pemilih menggunakan MySPR, pemohon boleh menghubungi pihak SPR di talian hotline 03-8892 7018 (waktu pejabat)