Pengurusan Kelapa Sawit

Jadual Pengurusan Kelapa Sawit

 

Pembajaan

Asas pembajaan adalah 1 tahun , 9kg untuk satu pokok.  Lebih kurang 3kg untuk 4 bulan  , 2.25kg 3 bulan. Had pembajaan adalah 12kg setahun . Lebihan pembajaan tidak membawa manfaat , kalau silap akan merosakkan daun pokok kelapa sawit. Baja import adalah lebih mahal tetapi kualiti adalah tinggi, Baja MPOB F4 adalah lebih murah dan mengandungi kandungan organik. Semua baja boleh dipakai , dan disyorkan pengunaan secara selang seli baja import dan baja MPOB f4.

Baja Asas

NPK + TE + Mgo + BOron

Contoh Pokok 1 tahun baja npk 15:15:15 . 0.5kg /3bulan

Pokok 5 tahun baja NPK 12:12:17 atau 10:5:20 , 3bulan

 

Teknik pembajaan

3 cara pembajaan untuk Pokok Sawit. Akar Pokok Sawit lebih menyukai longgokan daun kering yang lembab.

  1. Tabur tipis secara rata di sekeliling kebun
  2. Tabur di keliling pokok
  3. Tabur di bawah longgok daun kering.

 

 

Pruning.

Pruning hanya wajib jika daun buah dah teruk. Pokok yang elok tidak memerlukan pruning sama semakali.

 

Meracun

Meracun hanya diwajibkan sekiranya semak adalah terlampau tebal.