PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Pada tarikh 1 Julai 1997, di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah ditubuhkan. Penubuhan perbadanan ini bertujuan untuk menguruskan pembiayaan kewangan serta pinjaman pelajaran kepada para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi awam dan swasta. Skim bantuan ini membolehkan para pelajar meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi tanpa dibebankan dengan kos yuran pengajian yang semakin meningkat. Ia juga memberi kemudahan pinjaman termasuk kos sara hidup pelajar sepanjang tempoh pengajian.

Kemudahan bantuan pinjaman ini yang diberikan kepada para pelajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta adalah termaktub dalam Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566), Seksyen 2 iaitu Institut Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan adalah di bawah :

  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
  • Akta Institut Teknologi MARA 1976
  • Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
  • Institut Pengajian Tinggi yang telah ditubuhkan hendaklah ditentukan sebagai sebuah institut Pendidikan tinggi di bawah Akta Pendidikan 1996
  • Politeknik ditubuhkan dan diselenggara oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996

 

SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon
  3. Telah mendapat surat tawaran ke IPTA/ IPTS serta Politeknik dan memenuhi syarat – syarat kelayakan masuk yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  4. Bidang / kursus   pengajian yang akan diikuti oleh pemohon samada di IPTA / IPTS dan Politeknik mestilah telah berdaftar dengan PTPTN dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
  5. Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan oleh IPTS mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan tarikh belum luput
  6. Pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pula perlu mendapatkan pengesahan daripada jabatan atau agensi sepertimana telah dinyatakan di atas;
  7. Semasa memohon, perlu pastikan baki tempoh pengajian hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun
  8. Tidak mendapat pinjaman / tajaan dari mana – mana penaja lain
  9. Telah pun membuka serta mempunyai akaun SSPN1M-i**.
  10. Bagi urusan rasmi PTPTN, pemohon perlu menggunakan hanya emel rasmi pelajar sahaja
  11. Sekiranya pemohon mempunyai pendidikan terdahulu hendaklah menyelesaikannya sebelum membuat permohonan baru
  12. Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja pada satu – satu masa
  13. Bagi pemohon yang baru pertama kali hendak menggunakan sistem permohonan secara atas talian (online), sila daftarkan permohonan anda dengan mengisi maklumat nombor PTPTN pada menu PENDAFTARAN KALI PERTAMA dan menekan butang DAFTAR. Pemohon tidak perlu memilih menu tersebut bagi penggunaan seterusnya (hanya perlu daftar masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan di ruangan atas laman web dan menekan butang LOG MASUK).
  14. Pemohon mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang “Ya” bagi tujuan pengesahan permohonan. Setiap permohonan yang telah disahkan TIDAK boleh dibuat pindaan dan pemohon dikehendaki membeli nombor PTPTN yang baru untuk membuat permohonan baru.

* Sila semak senarai kursus tajaan PTPTN di dalam portal terlebih dahulu kerana hanya kursus-kursus yang diluluskan tajaan PTPTN sahaja akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT yang ingin mendapatkan sebarang tajaan PTPTN perlulah membuat permohonan kepada PTPTN terlebih dahulu.

* Setiap pemohon perlu membuka akaun SSPN1M-i terlebih dahulu kerana hanya pemohon yang mempunyai akaun SSPN1M-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang dibolehkan membuat permohonan PTPTN. Pemohon perlu menyemak no akaun SSPN1M-i 15 digit dengan menghubungi cawangan PTPTN berhampiran.

CARA MOHON PTPTN SECARA ONLINE

    • Sebelum memohon pastikan pemohon telah pun menerima surat tawaran kemasukan ke mana – mana IPT samada swasta atau awam
    • Nombor pin PTPTN yang bernilai RM 5.00 perlu dibeli di cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan. Ianya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian
    • Semak tarikh tutup permohonan sebelum membuat sebarang permohonan

 

  • Pastikan pemohon mempunyai nombor akaun individu yang telah ditetapkan oleh pihak IPT masing – masing

 

  • Klik butang Permohonan Pinjaman.
  • Masukkan No Kad Pengenalan Pemohon di ruang yang disediakan
  • Masukkan Maklumat No Pin PTPTN yang telah dibeli daripada Bank Simpanan Nasional
  • Masukkan Tarikh dalam format (hhbbtt)
  • Masukkan Masa dalam format (jjmmss)
  • Masukkan No Pin PTPTN
  • Klik Butang Daftar
  • Masukkan maklumat lengkap di dalam borang
  • Pemohon perlu cetak serta hantarkan semua dokumen di kaunter PTPTN di IPT pemohon
  • Sertakan sesalinan kad pengenalan
  • Sesalinan transkrip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) sekiranya ia tidak melebihi dua tahun dari tahun peperiksaan yang diambil
  • Sesalinan Surat Tawaran Kemasukan IPT yang telah disahkan oleh IPT berkenaan
  • Sesalinan muka hadapan Buku Akaun Bank yang mencatatkan nama dan no akaun pemohon / Slip Deposit Bank / Pengesahan Nombor Akaun Bank persendirian yang telah ditetapkan oleh pihak IPT
  • Sesalinan transkrip keputusan peperiksaan atau sijil kelayakan masuk yang lain seperti STPM / Diploma / Matrikulasi / Ijazah / Sarjana
  • Sesalinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan / Kad Pesara / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja
  • Pemohon perlu mengemukakan  Akuan Pusat Zakat sekiranya pemohon atau ibu bapa / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan / Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / sesalinan Surat Pengesahan
  • Surat Pengesahan Majikan (jika bekerja)

 

Pemohon boleh menghubungi talian hotline PTPTN di talian 03-2193 3000 sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan PTPTN.