Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19
Menurut taklimat khas berkenaan dengan Covid-19 boleh Perdana Menteri Tan Muhyiddin Yassin , perintah kawalan pergerakan untuk menagani Covid-19 akan bermula di seluruh Malysia mulai Rabu 18 hingga ke 31 MAC.
Dilaksana dari 18 hingga ke 31 Mac 2020
- Perintah kawalan bermula dengan larangan termasuk acara sukan, social & budaya, keagamaan termasuk sebarang perhimpunan. Kesemua rumah ibadat and premis perniagaan akan ditutup. Ini termasuk aktiviti keagamaan di surau dan masjid. Solat Jumaat juga ditangguhkan
Hanya perniagaan keperluan asas seperti Pasar Awam, Pasar Raya, Kedai Serbaneka akan beroperasi
2. Semua Institut pelajaran di Malaysia akan ditutup. Ini termasuk IPT awam/swasta tinggi ataupun mana mana institut kemahiran dan vokasional.
Semua Tadika, Taska, Sekolah Kerajaan, harian, Asrama Penuh , International , Pusat tahfiz, mana mana institut pendidikan juga akan ditutup.
3. Rakyat Malaysia akan disekat dari perjalanan ke luar negara. Bagi mereka yang baru pulang dari luar negara perlulah menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan quarantine selama 14 hari
4. Semua premis kerajaan dan swasta ditutup.
Pengecualian terhadap perkhidmatan kritikal seperti bekalan makanan peruncitan, air, elektrik, telekomunikasi , pos, pengangkutan, minyak, bahan api, gas, penyiaran, kewangan, bomba,polis, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, pertahanan, pembersihan, perbankan , kesihatan dan farmasi.
Perintah ini diperlukan bagi menagangi wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia. Sejumlah 553 kes positif Covid-19 telah dikesan setakat 16 Mac 2020 termasuk 42 kes yang telah sembuh. Lebih 170,000 orang telah dijangkiti wabak Covid-19 di suluruh dunia.