PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID (BKC)

Bantuan Khas Covid (BKC) telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa 

pengumuman khas PEMULIH. Bantuan ini akan disalurkan kepada 11 juta rakyat Malaysia yang terdiri dari individu bujang, isi rumah serta warga emas dan akan dibayar secara berfasa mulai bulan Ogos 2021 hingga Disember 2021.

Pendaftaran Akaun 

Setiap pemohon perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu di laman web BKC. Cara membuat pendaftaran akaun adalah seperti berikut :

  1. Layari laman web Bantuan Khas Covid (BKC) di https://bkc.hasil.gov.my
  2. Masukkan nombor MyKad dan klik butang Semak
  3. Sistem akan membuat semakan nombor MyKad anda dan sekiranya nombor anda belum didaftarkan, klik ikon Daftar Akaun untuk mendaftar dan dua soalan keselamatan akan dipaparkan 
  4. Pemohon perlu menjawab ke semua soalan tersebut bagi memastikan pemohon merupakan pemilik akaun yang sah
  5. Pemohon boleh meneruskan proses pendaftaran BKC setelah menjawab dua Soalan Keselamatan 
  6. Pada ruangan PENDAFTARAN BKC, masukkan maklumat berikut:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    • Kata Kunci Keselamatan
  7. Masukkan kata kunci keselamatan yang mudah dihafal untuk log masuk akaun dan ianya bukanlah kata laluan atau password anda
  8. Kemudian, jawab lima (5) soalan lagi yang akan dipaparkan seperti berikut :
    • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
    • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran anda?
    • Apakah haiwan kegemaran anda?
    • Apakah lagu kegemaran anda?
    • Apakah buku kegemaran anda?
    • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  9. Pastikan anda memasukkan jawapan yang tepat kerana ianya penting semasa anda ingin reset password sekiranya erlupa. 
  10. Klik butang Teruskan dan masukkan masukkan Kata Laluan (gabungan beberapa aksara seperti huruf kecil, huruf besar, simbol dan nombor)
  11. Kemudian, tekan butang Daftar dan pendaftaran akaun BKC telah selesai

 

Permohonan BKC 

Anda hanya boleh membuat permohonan sekiranya telah mendaftar akaun pengguna di laman web BKC. Setelah selesai mendaftar, barulah boleh membuat permohonan BKC. Cara membuat permohonan Bantuan Khas Covid (BKC) adalah seperti berikut :

  1. Layari portal BKC di https://bkc.hasil.gov.my atau boleh klik terus https://bkc.hasil.gov.my/PermohonanBKC.aspx untuk membuat permohonan 
  2. Terdapat tiga pilihan menu di bahagian atas laman iaitu:
    • Permohonan
    • Pengesahan
    • Hantar
  3. Klik ikon Permohonan dan lengkapkan maklumat pemohon yang terdiri daripada 
    • Nombor MyKad (setelah masukkan nombor MyKad, tekan butang Semak untuk pengesahan nombor MyKad)
    • Nama 
    • Jantina
    • No Telefon Rumah
    • No Telefon Bimbit
    • Pekerjaan
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (pemohon serta pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat
    • Poskod
    • Negeri
    • Bandar
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat Emel
  4. Muat naik dokumen sokongan seperti : 
    • Sijil Kahwin
    • Sijil Cerai
    • Sijil Kematian Pasangan
    • Pengesahan Pasangan
    • Surat Pengesahan Bank
  5. Kemudian, klik butang Muat Naik
  6. Di bahagian Maklumat Wakil, pilih salah satu:
    • Ada Wakil
    • Tiada Wakil
  7. Kemudian tekan butang Teruskan
  8. Masukkan kod Captcha yang dipaparkan dan klik Sahkan Captcha
  9. Kemudian, tandakan di bahagian Akuan Pengesahan sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  10. Akhir sekali, tekan butang Hantar sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  11. Permohonan BKC 2021 anda telah selesai selesai

 

Menyemak Semula Permohonan

Setelah berjaya membuat permohonan, pemohon boleh membuat semakan samada ianya benar – benar telah dihantar dengan hanya log masuk ke akaun pemohon. 

 

  1. Log masuk ke akaun menggunakan ID dan kata laluan yang betul
  2. Skrin akan memaparkan ikon berikut :
  • Profil
  • Semakan Status
  • Kemaskini Permohonan
  • Cetakan
  • Peti Mel
  • Maklum Balas
  1. Klik ikon butang Peti Mel dan klik ikon Surat di bahagian atas
  2. Senarai Surat akan dipaparkan dan anda akan dapat melihat subjek Permohonan BKC 2021
  3. Klik ikon Permohonan BKC 2021
  4. Skrin akan memaparkan status “Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BKC untuk semakan permohonan: Nombor MyKad Pemohon: 850102-07-8005
    Nama Pemohon: MUHAMMAD HAIQAL BIN SYAFIQ
    Tarikh & Masa: 27/07/2021 15:30 PM”
  5. Status ini menunjukkan permohonan anda telah berjaya dihantar atau telah diterima oleh LHDN
  6. Anda boleh membuat semakan permohonan dari masa ke semasa untuk mengetahui status kelulusan