PERMOHONAN i-CITRA
Kerajaan Malaysia sentiasa memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan bagi membantu rakyat sepanjang pandemik Covid-19. Justeru, Kumpulan Wang Simpanan Malaysia (KWSP) merupakan sebuah agensi yang akan membantu rakyat Malaysia menerusi pengeluaran i-Citra seperti mana yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Menerusi program ini, ahli KWSP dibenarkan untuk membuat pengeluaran pada kadar maksima sebanyak RM 5,000 dengan bayaran sebanyak lima kali iaitu sebanyak RM 1,000 sebulan.
Pengeluaran wang simpanan melalui i-Citra ini membolehkan ahli KWSP menampung keperluan harian bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa berhadapan pandemik Covid-19 ini. Pada mulanya kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan permohonan dibuat mulai 15 Julai 2021, namun tarikh tersebut telah diawalkan iaitu 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021. Bayaran pertama akan mula dibuat mulai bulan Ogos 2021 sekiranya permohonan tersebut berjaya.
Syarat Permohonan i-Citra
- Merupakan ahli KWSP yang berumur 55 dan ke bawah termasuk pemastautin tetap dan bukan warganegara Malaysia
- Jumlah simpanan terkumpul sekurang – kurangnya RM 150 dalam akaun KWSP semasa membuat permohonan
Kriteria Pengeluaran
- Pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM 5,000
- Bayaran sebanyak RM 1,000 akan dibuat selama lima (5) dan tertakluk kepada baki simpanan
- Bayaran minima sebanyak RM 50 dan perlu meninggalkan baki simpanan sekurang – kurangnya RM 100 dalam Akaun 1
- Kelulusan jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan ahli semasa tarikh permohonan diproses dan perlu mengambil kira bayaran i-Sinar yang akan ditolak pada masa hadapan sekiranya ada
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 secara dalam talian iaitu seperti berikut:
- Layari laman web rasmi di icitra.kwsp.gov.my
- Klik ikon permohonan
- Masukkan nombor MyKad / MyPR / passport / MyKAS dan nombor telefon bimbit (pastikan ianya dimasukkan dengan betul dan tepat)
- Tekan butang TERUSKAN dan anda perlu membuat pengesahan identiti melalui kod OTP atau soalan keselamatan
- Bagi penerimaan kod OTP, pastikan anda telah mengemaskini nombor telefon bimbit bagi memudahkan proses permohonan
- Pilih jumlah pengeluaran samada
- A : Jumlah maksima pilihan pengeluaran
- B : Amaun pilihan pemohon dengan hanya gerakkan penunjuk yang
- dipaparkan
- Klik butang TERUSKAN
- Lengkapkan maklumat pemohon, pembayaran dan kaji selidik, kemudian tekan butang TERUSKAN
- Pastikan anda membuat semakan maklumat terlebih dahulu sebelum tanda pada kotak yang disediakan, kemudian tekan butang HANTAR
- Tiada sebarang pindaan amaun pengeluaran dibenarkan setelah permohonan dibuat
- Permohonan boleh dibatalkan setelah mendapat kelulusan, namun tiada sebarang permohonan semula dibenarkan
i-Citra ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu ahli KWSP yang berhadapan dengan masalah kehidupan akibat terkesan dengan pandemik Covid-19 yang belum berakhir. Walaupun ahli boleh mengeluarkan wang simpanan mereka, namun pihak KWSP sentiasa memastikan dana persaraan ahli tetap seimbang dan terjamin bagi kemudahan masa hadapan.
Maklumat Lanjut
Sila hubungi pihak KWSP sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut melalui :
- Laman web rasmi KWSP
- Hotline i-Citra di talian 03-89224848
- Ask ELYA di portal KWSP