Permohonan Moratorium
Pihak kerajaan telah memberikan moratorium secara automatik kepada semua peminjam sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) diumumkan. Pemberian ini diberikan tanpa mengira peringkat golongan dan ianya diberikan selama 6 bulan. Walau bagaimana pun, semasa PKP 2.0, moratorium ini tidak lagi diberikan kepada peminjam secara automatik dan ianya diberikan kepada golongan yang benar – benar terkesan sahaja. Setiap pemohon perlu menyertakan bukti kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan semasa membuat perlanjutan moratorium dan tidak semua peminjam layak untuk mendapatnya.
Namun, memandangkan kes harian Covid-19 ini mencecah ribuan kes setiap hari, beberapa sektor masih tidak dapat berjalan seperti biasa. Malah, terdapat ramai individu yang telah kehilangan sumber pendapatan dan ini sangat memberi impak kepada kehidupan seharian. Memandangkan hal ini sangat merisaukan, kerajaan telah membenarkan pemberian moratorium tanpa syarat dan setiap peminjam boleh mendapat moratorium dari pihak bank. Kelulusan moratorium akan diberikan secara automatik sebaik sahaja peminjam membuat permohonan dan perlanjutan moratorium diberikan selama enam bulan.
Antara pinjaman yang dibenarkan mendapat moratorium adalah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, overdraft dan sewa beli kenderaan (AmBank, CIMB Bank, Maybank). Bagi mendapatkan moratorium, peminjam perlu berhubung dengan bank masing – masing melalui laman web atau talian telefon.
Senarai Bank
Hampir kesemua bank memberikan moratorium semasa PKP 3.0 ini, antaranya :
- Bank Islam Malaysia
No tel : 03-26900900
Laman web : https://vao.bankislam.com.my
- Bank Muamalat
No tel : 1-300-88-8787
Laman web : https://map.muamalat.com.my/
- Bank Rakyat
No tel : 1-300-80-5454
Laman web : https://cv19-support.bankrakyat.com.my/
- Bank Pembangunan Malaysia
Laman web : 03-26113888
- BSN Bank Simpanan Nasional
No tel : 1300-88-1900
Laman web : https://www.bsn.com.my
- CIMB Bank
No tel : 03-62047788
Laman web : https://www.cimb.com.my
- Hong Leong Bank
No tel : 03-76268899
Laman web : https://www.hlb.com.my
- HSBC Bank
No tel : 1300-88-2626
Laman web : https://www.hsbc.com.my
- Maybank
No tel : 1300-88-6688
Laman web : https://www.maybank2u.com.my
- MBSB Bank
No tel : 03-20963000
Laman web : https://www.mbsbbank.com/en/notices/moratorium
- Public Bank
No tel : 1800-22-5555
Laman web : https://www.pbebank.com
- OCBC Bank
No tel : 03-83149310
Laman web : https://www.ocbc.com.my
- RHB online Bank
No tel : 03-9206 8118
Laman web : https://www.rhbgroup.com
- SME Bank
No tel : 03-26037700
Laman web : https://www.smebank.com.my
- Standard Chartered
No tel : 1300-88-8888
Laman web : https://www.sc.com
No tel : 03-21788888
Laman web : https://www.ambank.com.my
- Affin Bank
No tel : 03-82302222
Laman web : https://www.affinonline.com
- Alliance Bank
No tel : 03-55169988
Laman web : https://www.alliancebank.com.my / https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do
- Agrobank
No tel : 1-300-88-2476
Laman web : https://www.agrobank.com.my
- UOB Bank
No tel : 03-26166800
Laman web : https://www.uob.com.my
- Kuwait Finance House
No tel : 1-300-888-534
Laman web : https://www.kfh.com.my
- Citibank
No tel : 03-23830000
Laman web : https://www.citibank.com.my
- Al Rajhi Bank
No tel : 03-23326000
Laman web : https://www.alrajhibank.com.my
- BNP Paribas Bank
No tel : 03-2179 8361
Laman web : https://www.bnpparibas.com.my
Secara tidak langsung, moratorium ini membolehkan peminjam membuat penstrukturan semula kewangan dengan adanya wang lebihan ansuran bulanan. Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai modal pusingan bagi perniagaan kecil – kecilan. Selain itu, ia juga dapat menampung keperluan hidup serta membolehkan peminjam meneruskan kelangsungan hidup semasa mendepani wabak Covid – 19 ini.