PERMOHONAN ONLINE PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Program Perumahan Rakyat (PPR) dilihat sebagai satu langkah positif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah tempat tinggal oleh golongan berpendapatan rendah. Ia juga sebagai satu usaha menangani masalah setinggan terutama bagi golongan B40 di sekitar bandar.

 

Rakyat hari ini masih ramai yang tinggal di kawasan setinggan dan tidak memiliki rumah sendiri terutama di kawasan bandar kerana harga rumah adalah begitu tinggi melebihi kemampuan golongan ini. Oleh itu, pihak kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan program PPR ini bagi membantu golongan tersebut.

 

Untuk menjayakan program ini, Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilantik sebagai agensi pelaksana bagi projek PPR di seluruh Malaysia yang mempunyai dua kategori berbeza iaitu PPR Disewa dan juga PPR Dimiliki.

 

TUJUAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah untuk membasmi rumah – rumah setinggan dan menempatkan semula penduduk setinggan ke kediaman yang lebih baik serta memenuhi keperluan kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Projek PPR ini akan dijual pada harga permulaan dari RM 30,000 dan RM 35,000 sebuah di Semenanjung Malaysia, manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak pula ia boleh dimiliki hanya dengan harga RM 40,500 sahaja. Rekabentuk kedua – dua jenis rumah ini akan menggunakan spesifikasi yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

 

KATEGORI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

Terdapat dua kategori program PPR yang berbeza iaitu :

  • PPR Disewa (PPRS)
  • PPR Dimiliki (PPRM)

 

PROJEK PPR (DISEWA)

Program ini telah diperkenalkan sejak Februari 2002. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah serta golongan setinggan yang merupakan golongan sasaran bagi program ini untuk menyewa sebuah rumah dengan kadar minima RM 124.00 sebulan.

 

PROJEK PPR (DIMILIKI)

Selain projek PPR (disewa), pihak kerajaan turut melaksanakan satu lagi program PPR, iaitu program PPR Dimiliki. Ia bertujuan agar golongan berpendapatan rendah berpeluang memiliki kediaman sendiri. Walaubagaimanapun, pada peringkat permulaan projek ini hanya dilaksanakan di negeri Pahang sahaja. Harga rumah PPR Dimiliki ini dijual pada harga serendah RM 30,000 dan RM 35,000 seunit.

 

CIRI-CIRI RUMAH PPR

Terdapat beberapa ciri rumah PPR yang akan disediakan oleh pihak kerajaan berdasarkan kawasan projek yang dibina. Antara adalah seperti berikut :

  • Kawasan bandar : jenis rumah adalah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar : rumah adalah jenis teres
    • Saiz keluasan : saiz adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi
    • Konsep : 3 bilik tidur dengan 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air
    • Mestilah menyediakan kemudahan asas seperti :
  1. i) Dewan orang ramai atau dewan komuniti
  2. ii) Surat

iii) Gerai makan atau ruang niaga

  1. iv) Kemudahan untuk golongan OKU
  2. v) Taman permainan kanak – kanak atau kawasan lapang
  3. vi) Rumah sampah atau tempat pembuangan sampah 

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN PPR

Sebelum membuat permohonan PPR, anda perlu mematuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan. Berikut merupakan syarat – syarat permohonan rumah PPR :

  1. Merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  2. Berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan untuk isi rumah.
  3. Pemohon belum dan tidak memiliki sebarang rumah
  4. Mematuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

 

CARA – CARA MEMOHON RUMAH PPR ONLINE 

Pemohon yang memiliki kelayakan yang telah ditetapkan oleh urusetia PPR boleh membuat permohonan secara online. Namun, tidak semua permohonan boleh dibuat secara online, kerana terdapat beberapa negeri yang perlu dipohon secara manual. Bagi permohonan secara manual, pemohon perlu menghadirkan diri ke pejabat Bahagian Perumahan negeri.

 

Bagi permohonan secara online, anda boleh melayari laman web berikut mengikut negeri di laman sesawang di atas :

 

PEMOHON BARU

Permohonan baru yang dilakukan secara online perlu disertakan bersama beberapa dokumen penting. Ia perlu dimuat naik ke dalam sistem menggunakan format pdf atau jpeg sahaja. Dokumen yang diperlukan adalah sepert berikut :

  •     Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  •     Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri Pemohon
  •     Salinan Kad Pengenalan / MyKid / Sijil Kelahiran Anak-anak Tanggungan
  •     Salinan Slip Gaji / Surat Pengesahan Pendapatan (suami / isteri)
  •     Salinan kad OKU (sekiranya berkenaan)

Bagi mendaftar permohonan baru, pemohon hanya perlu klik butang untuk mendaftar PPR Pendaftaran Pendaftaran Baru dan Permohonan Baru

 

PEMOHON BERDAFTAR

Bagi pemohon yang telah pun mendaftar di dalam sistem, pemohon perlu menyemak samada kesemua dokumen wajib yang diperlukan telah dimuatnaik dan semua maklumat telah lengkap diisi.

 

Sekiranya pemohon memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang kemusykilan, pemohon boleh menghubungi sekretariat PPR seperti di bawah :


Pengarah
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 35, No.51, Persiaran Perdana,Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel     : 603 – 8891 4356
Fax    : 603 – 8891 4226