Permohonan UPU 2018
Pada awal tahun 1970-an hingga Oktober 2015, UPU dikenal sebagai Unit Pusat Unversiti. Walaubagaimanapun, pada tahun 2005, ia mula dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) yang merupakan salah satu bahagian di Jabatan Pengurusan IPT, Kementeran Pendidikan Tinggi Malaysia. BPKP ini adalah bahagian yang bertanggungjawab menguruskan serta menyelaras kemasukan para pelajar ke Unversiti – universiti Awam, Kolej Komuniti, Politeknik serta Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).Terdapat empat kategori permohonan bagi memasuki pusat pengajian tinggi di Malaysia iaitu kategori lepasan SPM / setaraf, lepasan STPM / setaraf, matrikulasi KPM, Asas Sains UM & Asasi UiTM dan juga lepasan Diploma / setaraf.
- LEPASAN SPM / SETARAF
- Terdapat sebanyak 5 pilihan program Politeknik Konvensional / Kolej Komuniti dan ILKA. Bagi program pengajian Universiti Awam / Politeknik Premier terdapat sebanyak 8 pilihan program yang boleh dipilih
- Setiap pemohon WAJIB memilih 5 program pengajian dan juga boleh menggabungkan kedua – dua program menjadi 8 pilihan
- Pemohon yang tidak berminat dengan program yang ditawarkan di Universiti Awam atau Politeknik Premier boleh terus memohon 5 program / kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti / Politeknik Konvensional dan ILKA.
- Pemohon dibenarkan memilih program / kursus yang sama di Politeknik Konvensional / Kolej Komuniti dan ILKA tetapi pusat latihan yang berbeza
- Pemilihan program perlu dipohon mengikut susunan keutamaan kerana pilihan pertama akan disaring terlebih dahulu dan semak syarat – syarat kelayakan kemasukan program pengajian
- Pemohon boleh membatalkan salah satu permohonan dalam UPUOnline tetapi sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan
- LEPASAN STPM / SETARAF
- Terdapat sebanyak 12 pilihan program yang boleh dipohon
- Setiap pemohon WAJIB memilih 5 program pengajian yang disusun mengikut susunan keutamaan
- Bagi program yang memerlukan sesi temuduga, pilihan program pengajian perlu berada pada pilihan 1 – 4 sahaja
- Bagi program pengajian pendidikan (sesi temuduga) pilihan perlu pada kedudukan 1 – 2 sahaja
- Pemohon perlu menyemak kelayakan kemasukan program pengajian
- Pemilihan program perlu dipohon mengikut susunan keutamaan kerana pilihan pertama akan disaring terlebih dahulu
- Pemohon boleh memilih program pengajian yang sama dan sekiranya ingin memohon bidang yang berbeza perlulah meletakkan di kedudukan akhir pilihan program
- MATRIKULAS KPM, ASASI SAINS UM & ASASI UITM
Pelajar – pelajar lepasan matrikulasi KPM, Asasi Sains UM dan Asasi UITM di kategori berikut layak memohon program pengajian di Universiti Awam. Kategori tersebut adalah :
- Kategori N
- Aliran Sains PASUM / BMKPM / Asasi UiTM
- Kategori P
- Aliran Perakaunan BMKPM
- Kategori U
- Aliran Undang – Undang Asas UiTM
- Kategori K
- Aliran Kejuruteraan UiTM
- Kategori L
- Aliran TESL Asasi UiTM
- Kategori J
- Aliran Teknikal BMKPM
Permohonan bagi pelajar lepasan Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM dan Asasi UiTM adalah dibenarkan memilih program pengajian berdasarkan syarat khas iaitu berdasarkan keputusan peperiksaan Semester 1 semasa permohonan fasa 1 dibuka. Pemohon juga perlu mengemaskini pilihan program semasa fasa 2 berdasarkan pencapaian akademik keseluruhan setelah selesai Semester Akhir dan boleh membuat pilihan program pengajian bermula 8 Mac 2018.
- LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
- Calon yang telah tamat pengajian sebelum Ogos 2018 boleh memohon program pengajian yang ditawarkan
- Bagi calon yang belum menamatkan pengajian tetapi akan menamatkan pengajian selepas bulan Jun hingga Ogos 2018 boleh membuat pengemaskinian tarikh tamat pengajian dan memuatnaik sebarang dokumen terkini yang berkaitan semasa permohonan rayuan / kemaskini maklumat
- Dokumen – dokumen tersebut perlu dimuatnaik selewat – lewatnya pada 13 April 2018 di dalam UPUOnline. Sebarang kegagalan memuatnaik dokumen tersebut berkemungkinan permohonan calon tidak dapat dipertimbangkan
Pemohon perlu mendapatkan nombor Unik ID BSN bagi membuat permohonan, walaubagaimanapun untuk pendaftaran, nombor unik tersebut tidak diperlukan. Anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu, kemudian dapatkan nombor unik ID BSN untuk tujuan permohonan.
PENDAFTARAN KALI PERTAMA
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu bagi mengakses serta membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / Metro. Enam item berikut perlu diisi dengan lengkap semasa membuat pendaftaran kali pertama di dalam system permohonan UPU :
- No Kad Pengenalan
- Alamat E-mel
- Nama Ibu
- Kata Laluan
- Kod Keselamatan
- Soalan Keselamatan Profil Akaun
PERMOHONAN KALI PERTAMA
Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli no unik ID BSN terlebih dahulu. Pemohon perlu melengkapkan lima item berikut semasa memohon kali pertama di dalam sistem online :
- No. Kad Pengenalan
- No. Unik ID BSN (nombor pin dibeli mengikut kategori : SPM / Setaraf, STPM / Setaraf)
- Jenis Permohonan
- Program Pengajian (isi pilihan porgam mengikut keutamaan)
- Kategori (pilih kategori mengikut kelulusan)
Bagi pemohon yang telah mendaftar dan ingin membuat pengemaskinian atau semakan, anda hanya perlu login ke dalam sistem menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang sah semasa pendaftaran kali pertama.
Pemohon lepasan SPM / setaraf perlu mengemaskini semula pilihan program pengajian sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan bersesuaian dengan kelayakan akademik yang diperolehi. Ia bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak bersesuaian dengan kelayakan dan syarat yang ditetapkan oleh program pengajian. Ia juga boleh menyebabkan permohonan pemohon ditolak kerana tidak memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Pemohon – pemohon lepasan STPM / STAM / Matrikulasi / Asasi pula boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu tetapi pemilihan program pengajian hanya boleh dilakukan bermula pada 8 Februari 2018. Program pengajian yang sesuai dengan kelayakan akademik sahaja akan dipaparkan dalam senarai pilihan. Sekiranya tiada program pengajian yang ingin dipohon bermakna anda tidak layak untuk memohon program tersebut.
Terdapat 2 fasa permohonan bagi pelajar lepasan Matrikulasi / Asasi. Fasa 1, pemohon perlu memohon program pengajian sama seperti pemohon yang lain. Pilihan kursus yang dipaparkan adalah berdasarkan markah peperiksaan semester 1 yang dimasukkan dalam sistem permohonan. Pemohon wajib mengemaskini permohonan di Fasa 2 setelah mendapat keputusan peperiksaan akhir keseluruhan dan pemohon yang tidak membuat permohonan semasa Fasa 1 tidak layak dan tidak akan dipertimbangkan dalam permohonan ke Universiti Awam.
Antara maklumat yang boleh dikemaskini semasa Fasa 2 adalah seperti berikut :
- Pilihan Program Pengajian
- Alamat terkini yang boleh dihubungi
- Alamat emel terkini
- Nombor telefon yang boleh dihubungi
Pemohon perlu memilih program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik serta melepasi syarat am yang ditetapkan bagi mengelakkan permohonan ditolak kerana tidak melepasi syarat.