PERMOHONAN ZAKAT SELANGOR
Lembaga Zakat Selangor (LZS) adalah badan atau institusi yang menguruskan segala kutipan ataupun agihan zakat di seluruh negeri Selangor. Pengurusan bantuan agihan zakat perlu dilaksanakan dengan betul agar penerima bantuan merupakan asnaf zakat. Oleh yang demikian, LZS perlu memastikan bahawa pemohon adalah benar – benar asnaf fakir miskin sebelum memberi bantuan dan proses serta siasatan perlu dilakukan dengan lebih terperinci dan teliti. Lembaga Zakat Selangor juga telah menggubal serta menetapkan syarat – syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon – pemohon zakat agar ia benar – benar dimanfaatkan oleh asnaf yang memerlukan.
CARA PERMOHONAN ZAKAT SELANGOR
SYARAT – SYARAT ASAS PERMOHONAN
Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan zakat dari LZS perlulah menepati syarat – syarat asas berikut iaitu :
- Pemohon mestilah individu yang beragama Islam
- Merupakan kelahiran dan menetap di negeri Selangor ATAU telah bermastautin selama tiga tahun atau lebih
- Pendapatan pemohon mestilah kurang atau tidak mencapai had mencukupi (Had kifayah)
- Bukan penerima sebarang bantuan dari pihak lain atau penerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi
CARA PENGAGIHAN ZAKAT UMUM
Beberapa prosedur diperlukan bagi memohon agihan zakat umum iaitu :
- Pemohon perlu mendapatkan serta mengisi borang Bantuan Agihan Zakat dan mengisi dengan lengkap maklumat peribadi
- Permohonan dimohon atas nama ketua keluarga / penjaga / waris pemohon bagi pemohon yang masih berada dalam tanggungan
- Setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan berikut :
- Sesalinan kad pengenalan pemohon
- Sesalinan kad pengenalan atau sijil kelahiran bagi semua anak / tanggungan
- Sesalinan sijil perkahwinan / surat cerai / sijil kematian samada suami atau isteri
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti surat pengesahan dari doktor, bil – bil rawatan, surat perakuan dan dokumen – dokumen lain.
- Borang permohonan perlulah mendapat pengesahan daripada Pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Nazir Masjid / Ketua Penduduk / Pengerusi Surau / Pegawai Kerajaan Gred A atau Amil Zakat yang berdaftar
CARA PENGAGIHAN ZAKAT PENDIDIKAN
Bagi memohon agihan zakat Pendidikan, beberapa prosedur perlu dilakukan iaitu :
- Pemohon perlu mendapatkan serta mengisi borang Bantuan Agihan Zakat dan mengisi dengan lengkap maklumat peribadi
- Bagi pemohon asnaf fakir miskin perlulah mengisi borang pengesahan sekolah samada sekolah rendah atau sekolah menengah
- Permohonan dibuat atas nama keluarga bagi pemohon sekolah rendah / menengah dan atas nama pelajar bagi pelajar IPT
- Dokumen sokongan turut diperlukan bagi mendapatkan agihan zakat Pendidikan ini seperti :
- Sesalinan kad pengenalan pemohon
- Sesalinan penyata pendapatan / gaji ibu bapa
- Sesalinan surat pengesahan status pelajar di IPTA / IPTS
- Bagi mendapatkan agihan zakat sepanjang pengajian, pemohon perlu mengemukakan sesalinan slip keputusan peperiksaan bagi setiap semester (bantuan agihan zakat Pendidikan anak fakir miskin)
- Bagi penerima agihan zakat Pendidikan umum, pelajar bagi tahun pertama dan pelajar luar kampus samada UiTM, UPM, UKM, UIAM, MMU dan juga UNITEN boleh memohon bantuan agihan zakat secara terus kepada pihak LZS. Manakala bagi pelajar pengajian sepenuh masa dan pelajar tahun kedua, pemohon perlu membuat permohonan bantuan zakat di pejabat zakat universiti masing – masing.
CARA PENGAGIHAN ZAKAT KAUNTER EKSPRES
Bagi permohonan agihan zakat kaunter Ekspres, pemohon perlu mengisi borang bantuan agihan zakat dan melakukan beberapa prosedur berikut :
- Pemohon perlu mendapatkan serta mengisi borang Bantuan Agihan Zakat dan mengisi dengan lengkap maklumat peribadi
- Permohonan dimohon atas nama ketua keluarga / penjaga / waris pemohon bagi pemohon yang masih berada dalam tanggungan
- Dokumen sokongan turut diperlukan bagi mendapat agihan zakat ekspress ini seperti:
- Sesalinan kad pengenalan pemohon
- Sesalinan kad pengenalan atau sijil kelahiran bagi semua anak / tanggungan
- Sesalinan sijil perkahwinan / surat cerai / sijil kematian samada suami atau isteri
- Sesalinan penyata pendapatan seperti slip gaji / pencen atau sebagainya
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti surat pengesahan dari doktor, bil – bil rawatan, surat perakuan dan dokumen – dokumen lain.
Borang permohonan agihan zakat boleh dimuat turun dari laman web rasmi LZS. Setiap borang permohonan bantuan zakat yang telah lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen sokongan yang diperlukan perlu dihantar atau diserahkan di kaunter – kaunter LZS yang berhampiran. Sebarang pertanyaan berkaitan zakat boleh diajukan kepada pihak ibu pejabat LZS di alamat berikut :
Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint Alami
Pusat Perniagaan Worldwide 2
Persiaran Akuatik, Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
atau boleh menghubungi LZS melalui laman sesawang di atas.